Surat terbuka kepada Johari Abdul Ghani
Tahniah atas pelantikan YB sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar. Dengan jawatan baru ini dengan tanggungjawab yang besar untuk membentuk masa depan yang lebih bersih, sihat dan lestari untuk Malaysia serta jiran-jiran kita di Asean.
Salah satu cabaran yang mendesak yang dihadapi rantau kita ialah jerebu rentas sempadan yang sering berulang, satu krisis yang telah membelenggu Asia Tenggara selama beberapa dekad.
Ia bukan sekadar masalah bermusim; ia merupakan isu kesihatan awam, beban ekonomi dan bencana alam sekitar.
Baru-baru ini, beberapa negeri di semenanjung Malaysia sekali lagi terjejas akibat jerebu rentas sempadan, menekankan keperluan tindakan tegas segera.
Mengapa krisis jerebu perlu ditangani segera
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sejarah telah menunjukkan kesan negatif jerebu. Jutaan rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia terpaksa menghirup udara kotor. Sekolah ditutup, kanak-kanak tercicir pelajaran, sektor pelancongan terhenti, penyakit pernafasan meningkat, penerbangan dibatalkan, perniagaan merosot, petani dan nelayan kehilangan mata pencarian, manakala sistem kesihatan awam berada dalam tekanan.
Punca utama telah lama diketahui – kemerosotan tanah gambut, pembukaan tanah dengan kaedah tebang dan bakar, terutamanya di Sumatra dan Kalimantan, yang didorong oleh pembukaan ladang kelapa sawit dan pulpa kayu.
Isu ini rumit kerana ia melangkaui sempadan negara. Tiada satu negara pun mampu menyelesaikannya bersendirian.
Ketika Malaysia mengambil alih pengerusi Asean pada tahun 2025, kepimpinan kita dalam kelestarian dan menangani cabaran rentas sempadan akan menjadi tumpuan.
Jika jerebu berulang, ia akan menjejaskan kredibiliti Malaysia pada saat kita sepatutnya menunjukkan kepimpinan serantau dalam tindakan iklim dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.
Peluang Malaysia untuk memimpin
- Menggerakkan Amalan Perniagaan Bertanggungjawab
Jerebu bukan sahaja isu alam sekitar, ia juga merupakan isu tadbir urus dan tanggungjawab perniagaan.
Industri perladangan Indonesia dan Malaysia sangat berkait rapat. Beberapa syarikat perladangan, termasuk syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia, pernah dikaitkan dengan amalan tidak lestari.
Ini peluang untuk sektor perladangan Malaysia membuktikan mereka tidak lagi bertolak ansur dengan penebangan hutan atau kemusnahan tanah gambut. Jika tidak, syarikat milik Malaysia di Indonesia berisiko dipersalahkan kerana menyumbang kepada jerebu, seperti yang berlaku pada krisis 2015 dan 2019.
Cara terbaik untuk memulihkan reputasi sektor perladangan adalah jelas:
- Hentikan kemusnahan tanah gambut yang mencetuskan
- Pastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam rantaian
- Buktikan kepada dunia bahawa syarikat Malaysia bersih dan bertanggungjawab
Langkah yang lebih tegas bukan sahaja memperbaiki kualiti udara tetapi juga membantu Malaysia menonjol sebagai peneraju etika dan kelestarian di pasaran global.
- Menggubal Undang-Undang untuk Menangani Jerebu Rentas Sempadan
Seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam laporan ‘Hak Terhadap Udara Bersih’, Malaysia perlu menggubal akta udara bersih yang komprehensif untuk mencegah pencemaran udara rentas sempadan.
Undang-undang sebegini akan:
- Memberi kuasa kepada kerajaan untuk mempertanggungjawabkan warganegara dan syarikat Malaysia, walaupun operasi mereka di luar negara menyumbang kepada jerebu
- Bertindak sebagai pencegah terhadap amalan tidak bertanggungjawab
- Melengkapi amalan perladangan lestari dan usaha pemulihan tanah gambut untuk mencegah kejadian jerebu pada masa hadapan
Bagi syarikat yang tidak terlibat dalam kebakaran tanah gambut atau jerebu, ini bukan ancaman tetapi peluang. Menyokong undang-undang sebegini membuktikan mereka bersih, telus dan bertanggungjawab. Hukuman hanya akan dikenakan kepada ‘pesalah sebenar’, sekali gus melindungi integriti syarikat yang bertanggungjawab.
Malaysia pernah menyatakan undang-undang pencemaran udara rentas sempadan adalah mungkin. Kini masanya untuk menunjukkan kemahuan politik bagi merealisasikannya.
- Menggunakan Asean untuk memperkasa hak alam sekitar
Walaupun Perjanjian Asean mengenai Jerebu Rentas Sempadan sudah wujud, ia masih belum cukup berkesan untuk menamatkan krisis ini.
Malaysia boleh menggunakan pengerusinya dalam Asean untuk memperjuangkan hak alam sekitar Asean, selaras dengan resolusi PBB yang baru-baru ini mengiktiraf hak kepada alam sekitar yang bersih, sihat dan lestari.
Pengiktirafan hak ini bermaksud kerajaan perlu mencegah kerosakan alam sekitar, syarikat perlu dipertanggungjawabkan atas kemusnahan alam sekitar, Asean bergerak daripada janji kepada tindakan yang jelas demi keadilan, kesihatan dan kelestarian generasi akan datang.
Langkah ini akan meletakkan Malaysia sebagai suara serantau untuk udara bersih, tanggungjawab korporat dan pembangunan lestari, membuktikan solidariti Asean mampu menangani cabaran rentas sempadan yang paling sukar.
Kesimpulan
YB menteri, krisis jerebu rentas sempadan telah berlarutan terlalu lama. Kini kita perlukan perubahan yang berkekalan.
Pengerusian Malaysia dalam Asean tahun ini menumpukan tema “Inklusiviti dan Kelestarian” – tema yang mesti diterjemahkan dengan tindakan berani.
Dengan menggerakkan amalan perniagaan bertanggungjawab, menggubal undang-undang udara bersih, dan memperjuangkan hak alam sekitar Asean, Malaysia boleh melindungi rakyatnya, menjaga rantau ini, dan menetapkan standard baharu untuk akauntabiliti korporat.
Bersama-sama, kita boleh menjaga dan memastikan generasi akan datang bebas daripada pencemaran jerebu.
Masa untuk tindakan tegas adalah sekarang. – Greenpeace
Heng Kiah Chun ialah ketua jurukempen Greenpeace Malaysia.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme








