Home Civil Society Voices Kanak-kanak wajib dilindungi daripada eksploitasi di media sosial

Kanak-kanak wajib dilindungi daripada eksploitasi di media sosial

ALEXANDRA KOCH/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pesuruhjaya kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), memandang serius penyebaran kandungan melibatkan kanak-kanak perempuan oleh sebuah laman Facebook bertajuk ‘Grup Budak-budak Sekolah Rendah’, yang kemudiannya mencetuskan komen-komen berunsur seksual dan lucah oleh pengguna media sosial.

Tindakan tersebut bukan sahaja tidak bermoral tetapi boleh disifatkan sebagai satu bentuk eksploitasi kanak-kanak di ruang digital.

Pesuruhjaya kanak-kanak memuji tindakan pempengaruh media sosial, Wee Yun Nee atau Mekyun, yang telah membuat laporan polis bagi menuntut siasatan terhadap komen-komen yang menjijikkan dan berunsur gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Tindakan ini wajar dijadikan contoh tanggungjawab sivik dalam menangani jenayah seksual dalam talian.

Pesuruhjaya kanak-kanak ingin menegaskan bahawa kanak-kanak berhak untuk hidup dan berkembang dalam persekitaran yang selamat, termasuk di alam maya.

Sebagaimana termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak PBB (UNCRC), khususnya Artikel 34, negara wajib melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk eksploitasi seksual dan penderaan seksual.

Ini termasuk langkah-langkah yang sewajarnya untuk mencegah seorang kanak-kanak untuk mengambil bahagian atau diperguna secara paksa dalam sebarang aktiviti seksual, mengeksploitasi kanak-kanak untuk pelacuran atau amalan seksual lain, serta eksploitasi kanak-kanak dalam bahan lucah atau pornografi.

Malaysia sebagai parti kepada UNCRC mempunyai obligasi moral dan undang-undang untuk memastikan bahawa sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, termasuk di alam maya, dicegah dan ditangani secara tegas.

Pendedahan kanak-kanak kepada kandungan atau komen yang menjurus kepada seksualisasi adalah pelanggaran serius terhadap hak asasi mereka, dan boleh disiasat di bawah:

  • Seksyen 10, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, berkenaan mengakses bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, yang mana pelaku boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya
  • Seksyen 211, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, berkaitan larangan terhadap pemberian kandungan jelik, yang mana pelaku boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali
  • Seksyen 292, Kanun Keseksaan, bagi kesalahan penyebaran kandungan lucah, yang mana pelaku boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali
READ MORE:  Expedite action plan for National Children’s Policy

Oleh itu, pesuruhjaya kanak-kanak menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap semua pihak yang terbabit, termasuk pentadbir laman Facebook tersebut dan pengguna yang telah memberikan komen-komen bersifat gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk bertindak lebih tegas dan proaktif dalam memantau, menyekat serta mengambil tindakan ke atas akaun dan kandungan yang menyumbang kepada budaya seksualisasi kanak-kanak.

SKKM juga hendaklah menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 terhadap pemberi perkhidmatan aplikasi, dalam kes ini, iaitu, Facebook (pemberi perkhidmatan), supaya pemberi perkhidmatan mewujudkan mekanisme untuk melindungi keselamatan dalam talian pengguna kanak-kanak supaya apa-apa kandungan berupa bahan penganiayaan seksual kanak-kanak tidak dapat diakses oleh penggunanya.

Akhir sekali, pesuruhjaya kanak-kanak mengingatkan bahawa perlindungan terhadap kanak-kanak termasuk di alam maya merupakan suatu tanggungjawab kolektif.

Ibu bapa, pendidik, pengendali platform digital, pembuat dasar dan masyarakat keseluruhan perlu berganding bahu memastikan ruang digital negara ini bebas daripada eksploitasi, gangguan dan penyalahgunaan terhadap kanak-kanak.

Semua pihak digesa untuk lebih peka dan bertindak segera apabila berhadapan dengan kandungan yang mencurigakan atau berpotensi menjatuhkan maruah kanak-kanak. – Suhakam

Dr Farah Nini Dusuki ialah pesuruhjaya kanak kanak Suhakam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x