Home Civil Society Voices Kawalan yang lebih ketat terhadap pengimportan sisa plastik dipuji (Malay/English)

Kawalan yang lebih ketat terhadap pengimportan sisa plastik dipuji (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan kawalan yang lebih ketat ke atas pengimportan sisa plastik yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia di bawah perintah Kastam yang dipinda baru-baru ini.

Kami amat menghargai bahawa kerajaan Malaysia telah mengambil langkah terhadap ketidakadilan alam sekitar yang berkaitan dengan perdagangan sisa global.

Kami berharap dengan penguatkuasaan yang lebih ketat, ia akan membantu menamatkan kemudaratan kesihatan awam dan alam sekitar yang disebabkan oleh perdagangan sisa dan kitar semula toksik.

Perintah Kastam (Larangan Import)(Pindaan) 2025 yang mula berkuat kuasa pada 1 Julai menghendaki pengimportan sisa, paring dan sekerap plastik di bawah kod tarif 39.15 bagi semua negara disertakan dengan sijil kelulusan oleh atau bagi pihak Sirim Berhad sepertimana yang ditakrifkan di bawah garis panduan bagi pengimportan dan pemeriksaan sisa plastik.

Sijil kelulusan ialah permit untuk mengimport sisa plastik, yang dikeluarkan setelah berjaya mematuhi dengan semua keperluan yang digariskan dalam garis panduan. Garis panduan ini meliputi rangka kerja kawal selia pengimportan sisa plastik ke Malaysia bagi tujuan pembuatan, di mana sisa itu digunakan untuk menghasilkan produk siap atau barangan merentasi pelbagai industri.

Garis panduan tersebut selanjutnya menyatakan bahawa pengimportan sisa plastik hanya dibenarkan dari:

  • Pihak yang telah meratifikasi Konvensyen Basel mengenai Kawalan Pergerakan Rentas Sempadan Sisa Berbahaya dan Pelupusannya atau
  • Negara-negara yang telah memeterai perjanjian dua hala, pelbagai hala atau serantau mengenai pergerakan rentas sempadan sisa plastik dengan Malaysia, dan perjanjian atau pengaturan itu tidak menjejaskan pengurusan sisa plastik yang mesra alam seperti yang dikehendaki oleh Konvensyen Basel

Ini bermakna negara yang belum meratifikasi Konvensyen Basel seperti AS, Fiji dan Haiti tidak boleh lagi mengeksport sisa mereka ke Malaysia.

Menurut data yang dikumpul oleh Basel Action Network, pada 2024, AS telah mengeksport 35,316 tan sisa plastik ke Malaysia.

AS dan negara maju lain seharusnya bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa mereka, menambah baik kitar semula domestik, dan memastikan sistem pengurusan sisa adalah baik dari segi alam sekitar dan sosial. Negara-negara ini tidak sepatutnya mencari destinasi baharu untuk mengeksport sisa mereka. Ini akan menjadi insentif untuk mengutamakan pengurangan sisa dan mengambil langkah huluan untuk mengurangkan plastik.

Memandangkan kita kini mempunyai peraturan import yang lebih ketat, Malaysia perlu memastikan:

  • penguatkuasaan berkesan dengan prosedur kastam yang mantap
  • melaksanakan pemeriksaan rapi
  • membanteras rasuah
  • mengenakan penalti yang berkesan bagi pelanggaran peraturan
  • memastikan pendakwaan yang cepat dan telus terhadap pesalah

Penyeludup bahan buangan tidak ragu-ragu untuk melanggar undang-undang atau mencari kecelahan dalam undang-undang bagi meneruskan operasi mereka.

Maka, kita perlu sentiasa berwaspada dalam melindungi alam sekitar dan kesihatan awam kita daripada bahaya perdagangan sisa. – SAM

English version

SAM lauds stricter control on plastic waste imports

Sahabat Alam Malaysia (SAM) welcomes the stricter control on plastic waste imports imposed by the Malaysian government under an amended Customs order.  

We appreciate that Malaysia is taking measures against the environmental injustices associated with the global waste trade.

We hope that with stringent enforcement, it will help put an end to the environmental and human health harm caused by waste trade and toxic recycling.

The Customs (Prohibition of Imports) (Amendment) Order 2025, which comes into force on 1 July, requires that the import of waste, parings and scrap of plastics under the tariff code 39.15 for all countries to be accompanied by a certificate of approval by or on behalf of Sirim Berhad as defined under the guidelines for the import and inspection of waste plastic.

The certificate of approval is a permit to import waste plastic, issued upon successful compliance with all requirements outlined in the guidelines. The guidelines cover the regulatory framework for the import of plastic waste into Malaysia for manufacturing purposes, where the waste is used to produce finished products or goods across various industries.

The guidelines further state that the import of plastic waste is only allowed from:

  • Parties that have ratified the Basel Convention on the Control of Transboundary Movements of Hazardous Wastes and their Disposal or
  • Countries that have entered bilateral, multilateral or regional agreements or arrangements regarding the transboundary movement of plastic waste with Malaysia, that such agreements or arrangements do not derogate from the environmentally sound management of waste plastic as required by the Basel Convention

This means that countries that have not ratified the Basel Convention, such as the US, Fiji and Haiti, can no longer export their waste to Malaysia. According to data gathered by the Basel Action Network, in 2024, the US exported 35,316 tonnes of plastic waste to Malaysia.

The US and other developed nations should be responsible for their waste management. They should improve domestic recycling and ensure that the waste management systems are environmentally and socially sound. These countries should not be looking for new destinations to export their waste. This will serve as an incentive to prioritise waste minimisation and take upstream measures to reduce plastics.

Now that we have strict import rules, Malaysia needs to:

  • ensure enforcement with robust customs procedures
  • implement rigorous inspection
  • crack down on corruption
  • impose effective penalties for violations and
  • ensure swift and transparent prosecution of offenders

Waste smugglers have no qualms about violating the law or looking into possible loopholes.

We have to be vigilant in protecting our environment and public health from the harms of waste trade. – SAM

Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x