[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan usaha kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pada masa ekonomi yang mencabar ini, seperti yang digariskan dalam ucapan Khas Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 23 Julai.
Walau bagaimanapun, kami menekankan bahawa inisiatif itu perlu menjadi bantuan jangka pendek sahaja, terutamanya memandangkan peningkatan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi global dan rasionalisasi subsidi.
Walaupun kerajaan telah mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 daripada RM1,500, berkuat kuasa 1 Februari 2025, terdapat keperluan mendesak untuk beralih ke arah menerima pakai gaji kehidupan wajar.
Nilai sebenar gaji telah berkurangan dengan ketara, jatuh kepada hampir satu pertiga daripada empat dekad yang lalu. Pada 1984, graduan baharu memperoleh kira-kira RM1,300 sebulan, yang apabila diselaraskan dengan inflasi, akan bersamaan dengan RM7,000 hingga RM8,000 hari ini.
Oleh itu, ia adalah satu langkah ke arah yang betul untuk menaikkan gaji minimum secara beransur-ansur, terutamanya memandangkan gaji di Malaysia telah lama tidak bergerak dan tidak selaras dengan inflasi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Gaji rendah yang berterusan telah menyebabkan penghijrahan bakat, dengan pekerja Malaysia mencari peluang yang lebih baik di luar negara, sambil menarik pekerja asing bergaji rendah ke negara ini – justeru, tidak menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan bagi peranan yang sama dan telah melemahkan lagi kuasa beli domestik, yang merugikan ekonomi yang lebih luas.
Keputusan kerajaan untuk menaikkan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM2.9bn, di samping peningkatan bantuan kebajikan bulanan bagi warga emas dan kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan rendah, adalah satu langkah positif. Kumpulan ini amat terkesan oleh inflasi, yang terus menjejaskan keupayaan mereka untuk menjalani kehidupan yang bermaruah.
Namun begitu, kerajaan mestilah mengutamakan pembaharuan struktur jangka panjang dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, infrastruktur, produktiviti dan pengurusan fiskal.
Pergantungan yang tinggi kepada pemberian tunai boleh menjadi tidak produktif, yang berpotensi membawa kepada defisit fiskal, pergantungan awam dan tekanan inflasi.
Sokongan penggunaan memainkan peranan dalam pemulihan ekonomi, tetapi pertumbuhan yang mampan bergantung pada kapasiti negara untuk menghasilkan, berinovasi dan menjana pekerjaan.
Sambil menyokong golongan yang paling rentan, kerajaan juga mestilah meningkatkan penyertaan pasaran buruh. Salah satu halangan utama ialah kekurangan pusat penjagaan kanak-kanak yang mampu untuk membiayainya dan ketiadaan dasar gaji kehidupan wajar, yang membolehkan inflasi untuk terus mengatasi pertumbuhan gaji.
Dalam sektor pertanian, kerajaan perlu menggalakkan pesawah padi mengamalkan kaedah kawalan biologi sebagai sebahagian daripada pendekatan berasaskan ekologi untuk pengurusan makhluk perosak.
Petani di Thailand telah berjaya menggunakan itik Khaki Campbell dan Muscovy untuk mengawal makhluk perosak seperti cherry snails, apple snails, rumpai dan serangan kecil lain.
Walaupun Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah mencuba kaedah ini, ia masih belum diterima pakai secara meluas di Malaysia. Kerajaan perlu menggalakkan alternatif biologi, yang juga boleh menawarkan petani sumber pendapatan tambahan.
CAP mengambil maklum peningkatan peruntukan jualan Rahmah Madani daripada RM300 juta kepada RM600 juta. Walau bagaimanapun, kita mestilah menyedari bahawa langkah sedemikian adalah sementara.
Malaysia telah lama mengalami ketidakjaminan makanan dan terus bergantung kepada import makanan, malah bagi hasil yang boleh diusahakan secara tempatan.
Kebergantungan berlebihan ini mendedahkan negara kepada kekurangan makanan dan inflasi, terutamanya semasa gangguan dalam rantaian bekalan global, seperti yang dialami semasa Covid. Ia juga mengakibatkan kehilangan pertukaran asing yang berharga.
Keputusan baru-baru ini untuk membekukan kenaikan kadar tol mungkin kelihatan memberi manfaat kepada pemandu, tetapi ia datang dengan kos yang tinggi.
Kerajaan dijangka memberikan pampasan kepada pemegang konsesi sebanyak lebih daripada RM500 juta – satu beban yang akhirnya ditanggung oleh pembayar cukai.
Walaupun kami memahami bahawa kerajaan terikat dengan kewajipan undang-undang dan kewangan jangka panjang di bawah perjanjian konsesi, CAP menggesa pertimbangan strategi pembelian secara beransur-ansur untuk mengurangkan tekanan fiskal jangka panjang.
Mengenai subsidi bahan api, CAP percaya bahawa subsidi Ron 95 perlu disasarkan khusus kepada kumpulan berpendapatan 40% terendah dan 40% pertengahan yang bawah.
Tujuan subsidi adalah untuk membantu mereka yang memerlukan, dan mereka dalam kategori pertengahan yang atas dan kategori 20% teratas perlu membayar kadar pasaran bagi bahan api.
Begitu juga, kredit RM100 sekali sahaja melalui MyKad, yang akan bermula pada 31 Ogos di bawah inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang diperluaskan, perlu diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan – bukannya diagihkan meliputi seluruh Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Adalah penting untuk sentiasa sedar bahawa jumlah hutang negara Malaysia telah melebihi RM1tn. Pengurusan fiskal yang berhemat diperlukan untuk memastikan simpanan digunakan untuk mengurangkan hutang dan menambah baik infrastruktur negara.
Pergantungan yang berterusan Malaysia kepada buruh asing berkemahiran rendah kekal sebagai kelemahan struktur. Pekerja asing menyumbang 14% daripada tenaga buruh, atau 2.4 juta individu, kebanyakannya bekerja dalam pekerjaan bergaji rendah dan tidak diingini, yang biasanya dirujuk sebagai tiga D iaitu kotor, berbahaya dan sukar.
Sementara itu, sistem pendidikan kita kekal ketinggalan zaman, menjurus kepada perindustrian dan bukannya digital atau ekonomi regeneratif.
CAP menggesa kerajaan untuk menangani halangan struktur ini dan memastikan Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik untuk pertumbuhan jangka panjang yang inklusif. – CAP
English version
Towards a fairer and more sustainable economic future for Malaysia
The Consumers’ Association of Penang (CAP) welcomes the government’s efforts to assist those in need during these challenging economic times, as outlined in the Prime Minister Anwar Ibrahim’s special speech on 23 July.
However, we stress that such initiatives should serve as short-term relief only, particularly in light of the rising cost of living, subsidy rationalisation and global economic uncertainties.
Although the government has announced an increase in the minimum wage to RM1,700 from RM1,500, effective 1 February 2025, there is a pressing need to shift towards adopting a living wage.
The real value of wages has diminished significantly, falling to nearly a third of what it was four decades ago. In 1984, fresh graduates earned about RM1,300 a month, which, when adjusted for inflation, would be equivalent to RM7,000 to RM8,000 today.
Therefore, it is a step in the right direction to gradually raise the minimum wage, particularly given that Malaysian wages have long been stagnant and have not kept pace with inflation.
Persistently low wages have led to a brain drain, with Malaysian workers seeking better opportunities abroad, while attracting low-paid foreign workers to the country.
This has discouraged employers from hiring locals for the same roles and has further weakened domestic purchasing power, which is detrimental to the broader economy.
The government’s decision to raise the cash assistance allocation under the Department of Social Welfare to RM2.9bn, alongside the increased monthly welfare aid for the elderly and children from low-income households, is a positive move. These groups have been hit hard by inflation, which continues to undermine their ability to lead a dignified life.
Nonetheless, the government must prioritise long-term structural reforms in education, healthcare, infrastructure, productivity and fiscal management. Heavy reliance on cash handouts can be counterproductive, potentially leading to fiscal deficits, public dependence and inflationary pressures.
Consumption support plays a role in economic recovery, but sustainable growth depends on the country’s capacity to produce, innovate and generate employment.
While supporting the most vulnerable, the government must also enhance labour market participation. One of the key barriers is the lack of affordable childcare and the absence of a living wage policy, which allows inflation to continue outpacing wage growth.
In the agricultural sector, the government should encourage rice farmers to adopt biological control methods as part of an ecologically based approach to pest management.
Thai farmers have successfully used Khaki Campbell and Muscovy ducks to control pests such as cherry snails, apple snails, weeds and other small infestations.
While the Muda Agricultural Development Authority (Mada) has conducted trials in this method, it has yet to be widely adopted in Malaysia.
The government should reduce agricultural chemical subsidies and promote biological alternatives, which could also offer farmers an additional source of income.
CAP acknowledges the increase in the ‘Rahmah Madani sales’ allocation from RM300m to RM600m. However, we must recognise that such measures are temporary.
Malaysia has long suffered from food insecurity and continues to rely heavily on food imports, even for produce that could be cultivated locally.
This overreliance exposes the country to food shortages and inflation, particularly during disruptions in global supply chains, such as those experienced during the Covid lockdowns. It also results in the loss of valuable foreign exchange.
The recent decision to freeze toll rate hikes may appear beneficial to motorists, but it comes at a high cost. The government is expected to compensate concessionaires with more than RM500m – a burden that ultimately falls on taxpayers.
While we understand that the government is tied to long-term legal and financial obligations under concession agreements, CAP urges the consideration of a gradual buyout strategy to reduce long-term fiscal pressure.
On fuel subsidies, CAP believes that the Ron 95 subsidy should be targeted specifically at the bottom 40% and lower-middle income groups. The purpose of subsidies is to assist those in need, and those in the upper-middle income group and the top 20% should pay the market rate for fuel.
Similarly, the one-off RM100 credit through Malaysian identity cards, due to begin on 31 August, under the expanded Sumbangan Asas Rahmah (Sara) initiative, should be given only to those in genuine need, rather than being disbursed universally to all Malaysians aged 18 and above.
It is essential to remain mindful that Malaysia’s total national debt has exceeded RM1tn. Prudent fiscal management is needed to ensure that savings are used to reduce debt and improve the nation’s infrastructure.
Malaysia’s continued dependence on low-skilled foreign labour remains a structural weakness. Foreign workers account for 14% of the labour force, or 2.4 million individuals, mostly employed in low-paid, undesirable jobs commonly referred to as the three Ds – dirty, dangerous and difficult.
Meanwhile, our education system remains outdated, geared towards an industrial rather than a digital or regenerative economy.
CAP calls on the government to address these structural barriers and ensure that Malaysia is better positioned for long-term, inclusive growth. – CAP
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

