Home Civil Society Voices Kebebasan berpolitik mahasiswa: Langkah penting melahirkan pemimpin masa depan yang kompeten, berintegriti

Kebebasan berpolitik mahasiswa: Langkah penting melahirkan pemimpin masa depan yang kompeten, berintegriti

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menyambut baik langkah Menteri Pendidikan Maszlee Malik membentangkan pindaan tiga akta bagi memberikan pelajar institusi pendidikan tinggi lebih kebebasan dalam penglibatan politik.

Ia melibatkan pemansuhan peruntukan Seksyen 15(2)(c) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Seksyen 47(2)(c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Seksyen 10(2)(c) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Kementerian Pendidikan turut meletakkan sasaran penggubalan satu akta baharu pendidikan tinggi bagi menggantikan Auku menjelang 2020.

Ia merupakan langkah pertama dalam transformasi pendidikan tinggi seiring hasrat kementerian melahirkan graduan holistik, seimbang dan mampu bersaing di pentas dunia.

Ikram menyokong penuh langkah pindaan ini kerana ia mampu melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berpotensi menjadi pemimpin negara pada masa depan. Bahkan kebanyakan pemimpin negara sekarang juga dahulunya merupakan pemimpin mahasiswa yang aktif berorganisasi, menggerakkan pelajar dan terlibat langsung dalam politik kampus.

Langkah ini juga akan membuka ruang yang seluas-luasnya untuk mahasiswa menggilap bakat kepimpinan mereka serta dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin dan peka dengan keadaan masyarakat.

Moga usaha Kementerian Pendidikan untuk melakukan transformasi pendidikan tinggi bagi melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan mampu bersaing di peringkat global akan menjadi kenyataan.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x