Home Civil Society Voices Kebimbangan terhadap ordinan bagi mengekang ‘berita tidak benar’

Kebimbangan terhadap ordinan bagi mengekang ‘berita tidak benar’

Geramm bimbang dengan peraturan ini kerana ia tidak digubal oleh ahli-ahli parlimen yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia

Photograph: Canva

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gerakan Media Merdeka (Geramm) ingin menyuarakan kebimbangan terhadap langkah kerajaan mewartakan ordinan bagi mengekang apa yang disifatkan sebagai “berita tidak benar” berkenaan wabak Covid-19.

Kami bimbang dengan peraturan ini kerana ia tidak digubal oleh ahli-ahli parlimen yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.

Pada permukaannya mungkin kelihatan indah dan boleh dipersetujui bersama, namun tanpa takrif “berita palsu” yang jelas, kami bimbang ia boleh disalahgunakan dan memberi kesan negatif terhadap kebebasan media.

Penggubalan undang-undang ini juga dilihat agak kontroversi, mengambil kira pertikaian tentang keperluan pengistiharan darurat dalam situasi ketidakpastian status majoriti pemerintah.

Justeru, Geramm menuntut agar segala peraturan seperti yang telah diwartakan tidak digunakan untuk menindas atau senjata mendiamkan, menekan atau membuli pihak tertentu yang tidak sehaluan.

Kedaaan ini juga menyukarkan media untuk melaksanakan tugas sebagai penyemak-imbang sekiranya peraturan ini disalahgunakan untuk melindungi perbuatan pihak-pihak tertentu.

Kami kekal dengan pendirian yang disuarakan sebelum ini bagi menentang penggubalan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 melalui kempen melawan berita palsu dengan fakta, bukan akta.

Antara lain kami secara konsisten menyokong apa-apa inisiatif semak fakta (fact-checking), terutama di masa pandemik yang menyaksikan banyak kekeliruan tercetus akibat perkongsian fakta tidak benar. – Geramm

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x