Home Civil Society Voices Keganasan rumahtangga: Peningkatan pertanyaan pada awal ‘lockdown’ menunjukkan keperluan untuk kesiapsiagaan bagi...

Keganasan rumahtangga: Peningkatan pertanyaan pada awal ‘lockdown’ menunjukkan keperluan untuk kesiapsiagaan bagi pandemik seterusnya (Malay/English)

JUAN PABLO SERRANO ARENAS/ PEXELS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pertanyaan mengenai keganasan rumahtangga yang ditujukan kepada talian perkhidmatan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melalui telefon dan WhatsApp telah meningkat 3.4 kali pada bulan Mei berbanding pada tahap awal perintah kawalan pergerakan dijalankan.

Laporan mengenai keganasan rumahtangga kepada WAO turut meningkat sejak permulaan pandemik Covid-19 dan permulaan perintah kawalan pergerakan.

“Peningkatan mendadak dalam keganasan rumahtangga yeng telah disaksikan ketika tempoh perintah kawalan pergerakan amat merisaukan,” ujar pengarah eksekutif WAO, Sumitra Visvanathan.

“Apabila pemandiri berada dalam situasi yang meletakkan mereka berada di tempat yang sama dengan pendera, ini akan mewujudkan keadaan yang lebih mudah bagi para pendera untuk mengawal pergerakan mereka secara fizikal, emosi dan juga sosial.”

WAO pada awalnya melaporkan 1.4 kali peningkatan dalam panggilan dan pertanyaan WhatsApp melalui hotline WAO dari bulan Februari hingga Mac 2020, apabila perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan.

Kemudiannya, WAO telah mendapati peningkatan yang lebih tinggi. Berbanding hanya 250 pertanyaan yang diterima pada bulan Februari, WAO menerima 898 pertanyaan pada bulan April dan 848 pertanyaan pada bulan Mei. Peningkatan yang dicatatkan adalah 3.6 dan 3.4 kali berbanding pada bulan Februari.

“Perintah kawalan pergerakan merupakan satu langkah yang perlu untuk mengawal jangkitan Covid-19, akan tetapi kerajaan juga perlu menyedari bahawa rumah bukanlah tempat yang selamat bagi kebanyakan wanita dan kanak-kanak, malah sebaliknya,” kata Sumitra lagi.

Pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah positif dalam memastikan perkhidmatan yang penting masih boleh didapati oleh pemandiri keganasan rumahtangga, termasuklah melalui pesanan khidmat masyarakat oleh Majlis Keselamatan Negara yang memberi peringatan kepada pemandiri bahawa mereka boleh menghubungi Hotline Talian Kasih untuk bantuan, dan juga hotline WAO yang boleh dihubungkan melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaubagaimanapun, terdapat kekurangan dan ketidakpastian di dalam respon kerajaan ke atas kes keganasan rumahtangga, terutamanya pada bulan pertama perintah kawalan pergerakan dijalankan. Ini termasuklah:

  1. sebilangan pegawai penguatkuasa tidak jelas sama ada mereka perlu atau tidak untuk menyiasat kes keganasan rumahtangga
  2. ketidakjelasan mengenai bagaimana untuk mendapatkan perintah perlindungan interim apabila mahkamah ditutup
  3. kekurangan panduan bagi para pemandiri dan perkhidmatan awam yang tersedia dan sama ada pemandiri boleh untuk keluar dari rumah atau tidak
  4. kekurangan rumah perlindungan sementara
  5. bantuan kewangan tidak diberikan kepada pemandiri secara terus
  6. kekurangan sumber yang diperuntukkan kepada perkhidmatan keganasan rumahtangga
READ MORE:  Unspoken tragedies: Malaysian women's silent cry for justice

Sebahagian daripada isu yang dinyatakan (1,2, 3) telah pun berjaya ditangani, akan tetapi, ianya hanya diambil tindakan setelah beberapa minggu perintah kawalan pergerakan bermula. Manakala selebihnya masih belum menemui jalan penyelesaian.

Walaupun perintah kawalan pergerakan akan berakhir, kesan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan terus wujud. Dan kita mungkin akan berhadapan dengan krisis yang sama pada masa hadapan.

Kerajaan harus menambahbaik kesiapsiagaan kita dan memberi respon kepada kes keganasan rumahtangga serta memastikan perlindungan diberikan kepada para pemandiri yang memerlukan.

Langkah-langkah khas seperti memastikan bilangan staf yang mencukupi untuk hotline Talian Kasih dan mandat yang jelas bagi perintah perlindungan keganasan rumahtangga yang akan dimohon boleh dibuat secara atas talian.

Termasuk juga mengeluarkan standard operating procedures yang jelas mengenai operasi berterusan rumah perlindungan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan respon yang perlu diberikan oleh responder pertama kes keganasan rumahtangga.

“Pandemik ini telah memberi kita peluang untuk terus belajar,” kata Sumitra. “Kita perlu menggunakan pengetahuan yang kita dapatkan ketika perintah kawalan pergerakan mula dijalankan bagi memastikan persediaan yang lebih baik pada masa hadapan, dan juga para pemandiri keganasan rumahtangga tidak terus dianiaya pada masa kita cuba untuk membendung masalah kesihatan dan ekonomi akibat Covid-19.”

English version

Enquiries to WAO’s domestic violence hotline spike three times pre-movement control order levels, showing need for preparedness for next round of pandemic

Enquiries to Women’s Aid Organisation (WAO) domestic violence telephone and messaging services increased 3.4 times in May compared to pre-movement control order levels. Reports of domestic violence to WAO have risen steadily since the start of the Covid-19 pandemic and the implementation of the movement control order.

READ MORE:  Unspoken tragedies: Malaysian women's silent cry for justice

“The sharp rise in domestic violence that we’ve witnessed during the movement control order period is extremely concerning,” said WAO executive director Sumitra Visvanathan.

“When survivors are put into a situation of isolation with their abusers, this creates circumstances where it is even easier for the abuser to exert control physically, emotionally, and socially.”

The WAO initially reported a 1.4 times increase in WAO hotline calls and WhatsApp messaging enquiries from February to March 2020, when movement control order came into effect.

Subsequently, the WAO observed a much greater spike. Compared to the 250 enquiries the WAO received in February, the WAO received 898 enquiries in April and 848 enquiries in May, increases of 3.6 and 3.4 times respectively from the February level.

“The movement control order was necessary to control Covid-19, but the government must also recognise that for many women and children, home is not a safe haven – but actually quite the opposite,” said Sumitra.

The government has taken some positive steps towards ensuring services are available for domestic violence survivors, including through public service announcements by the National Security Council reminding survivors that they can call the Talian Kasih hotline for help and linking the Ministry of Health’s Crisis Preparedness and Response Centre with WAO’s hotline.

However, there have been gaps and uncertainty in the government’s response to domestic violence, especially in the first month of the movement control order. This included:

  1. some enforcement officers are unclear whether they should investigate domestic violence cases
  2. lack of clarity on how to obtain interim protection orders when courts are closed
  3. lack of direction to survivors and the public on services available and whether survivors could exit their homes
  4. inadequate availability of temporary shelters
  5. financial aid not adequately targeted for survivors
  6. lack of (or diversion of) resources away from domestic violence services
READ MORE:  Telenisa dedahkan dapatan penting dalam laporan perkhidmatan guaman Syariah 2023 (Malay/English)

Some of these issues (1,2,3) were subsequently addressed but only a few weeks after the movement control order started. Some remain unresolved.

Although the current movement control order will come to an end, the effects of Covid-19 and the movement control order will linger. And we may face similar crises in the future. The government must be better prepared to respond to domestic violence and ensure the critical protection needs of survivors are met.

Such measures include ensuring adequate staffing for the Talian Kasih hotline and a clear mandate for domestic violence protection orders to be applied for and issued online.

They also include the issuance of clear standard operating procedues around the continued operation of the Social Welfare Department’s shelters and on the required response to domestic violence by designated first responders.

“This pandemic has presented us significant learnings,” said Sumitra. “We must use the knowledge gained during the first movement control order period to ensure that we are better prepared for future emergencies, and that survivors of domestic violence are not falling through the cracks as we work to contain the health and economic fallouts from Covid-19.”

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x