Home Civil Society Voices Keluar mengundi, tentukan masa depan negara (Malay/English)

Keluar mengundi, tentukan masa depan negara (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru 21 juta pengundi untuk melaksanakan hak kita untuk mengundi dan menentukan masa depan sendiri daripada membenarkan orang lain memilih kerajaan yang mungkin bukan pilihan kita.

Walaupun ramai pihak termasuk Bersih telah menggesa agar pilihan raya umum tidak dijalankan semasa musim monsun, perdana menteri, hasil desakan kepimpinan parti beliau, telah membubarkan Parlimen pada 10 Oktober. Hal ini akan menyusahkan ramai pengundi terutama di kawasan banjir di seluruh negara dan merendahkan jumlah turun mengundi.

Sebagai rakyat, kita wajib menolak sebarang percubaan sesetengah ahli politik untuk memanipulasi, tidak menggalakkan dan memecahbelahkan. Kita perlu bangkit dan keluar menunjukkan aspirasi bagaimana bentuk negara yang kita mahukan. Langkah paling berkesan dan jitu adalah melalui peti undi. Rakyatlah penentu sebenar, kingmaker semasa pilihan raya.

Bersih telah mengenalpasti lima fokus utama, sebahagiannya daripada kempen ketuanan pengundi kami dalam setahun lepas, untuk rakyat mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya dan parti-parti politik yang akan bertanding menjadi kerajaan kita bagi lima tahun akan datang. Tuntutan tersebut adalah:

1. Jangan nafi undi kami

Dengan pelaksanaan Undi 18, pendaftaran pemilih secara automatik dan hak undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara, SPR wajib menetapkan minimum 21 hari tempoh kempen agar undi pos dapat sampai pada hari pengundian. Jika tidak sia-sialah hak pengundi pos luar negara namun menafikan masa untuk mereka turut serta.

Kami juga menggesa undi awal kepada pengundi luar kawasan terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di semenanjung serta pengundi Malaysia barat di Sabah dan Sarawak.

2. Hentikan pendakwaan terpilih

Sebagai rakyat kita diberitahu untuk mematuhi undang-undang atau berdepan akibat yang buruk. Kita perlu menolak semua ahli politik atau parti yang melihat kuasa politik sebagai jalan untuk mengelakkan hukuman atau untuk membalas dendam terhadap musuh mereka. Bagi memastikan tiada campur tangan dalam proses kehakiman oleh kerajaan, peranan pendakwa raya perlu dipisahkan daripada peguam negara yang merupakan lantikan politik.

3. Memperkasakan Parlimen

Tiada kerajaan yang dipilih dalam pilihan raya mampu menjalankan polisi yang baik untuk menangani isu periuk nasi kita sekiranya undang-undang dan institusinya tidak diperkasakan untuk menuntut ketelusan dan akauntabiliti daripada kerajaan.

Justeru reformasi parlimen seperti pengembalian akta perkhidmatan parlimen serta pemerkasaan jawatankuasa pilihan khas dan ahli parlimen backbenchers serta pembangkang melalui pindaan peraturan mesyuarat adalah mustahak. Rakyat wajib memilih parti dan gabungan yang jelas mempunyai iltizam dalam manifesto untuk melakukan reformasi institusi.

READ MORE:  How can the people help save the environment?

4. Tolak korupsi

Korupsi yang membarah dalam negara telah menjadi sebahagian budaya kita. Kita perlu hentikannya dengan memilih ahli politik yang bersih dan parti yang beriltizam mengambil langkah konkrit seperti meluluskan akta pembiayan politik, pelaksanaan pelan anti-rasuah kebangsaan dan reformasi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia agar ia dapat menjadi badan bebas dan tidak digunakan sebagai senjata terhadap musuh politik.

5. Menstabilkan politik

Kita telah dibelenggu dengan ketidakstabilan politik yang tidak berpenghujung sejak Langkah Sheraton, dan pilihan raya awal ini hanyalah penerusan terhadap ketidakstabilan tersebut.

Kita perlu undang-undang dan peraturan yang boleh menstabilkan politik yang memberikan ketentuan yang lebih baik kepada polisi kerajaan dan tarikh pilihan raya. Bersih mencadangkan akta parlimen berpenggal tetap supaya lebih kepastian kepada kita semua.

Untuk mengembalikan Parlimen sebagai institusi yang menentukan pembentukan kerajaan yang lebih jelas, kami mencadangkan pindaan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat supaya mempunyai undi kepercayaan untuk mengesahkan bakal perdana menteri dan undi tidak percaya secara konstruktif untuk mana-mana PM yang kehilangan sokongan majoriti ahli parlimen. Mekanisme ini akan mengelakkan keruntuhan kerajaan melalui kenyataan penarikan sokongan yang samar-samar yang dilakukan di luar Parlimen.

Bersih akan melancarkan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan peratusan turun mengundi sebagai contoh kempen #UndiMasaDepan dengan video pendek dan poster bagi menggalakkan rakyat turun mengundi. Kami juga sedang merekrut pemantau pilihan raya untuk memantau dan melaporkan kesalahan pilihan raya.

Sebagai usaha mengutip sumbangan pilihan raya umum, kami akan melancarkan buku pertama, Making Democracy Work – Institutional Reforms for Malaysia, dalam tempoh dua minggu lagi. Buku ini adalah kumpulan 16 laporan kajian yang kami hasilkan dalam tempoh dua tahun dan mempunyai cadangan penting bagi memperbaiki sistem politik kita yang sedang rosak. – Bersih

English version

Time for the people to decide our own future

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) calls on all 21 million eligible voters to exercise our right to vote and determine our own future instead of allowing others to choose a government we may not want.

Despite the call of many, including Bersih, not to hold the general election during the monsoon season, the prime minister, at the urging of his party leadership, dissolved Parliament on 10 October. This would likely inconvenience many voters in flood-prone areas around the country and suppress voter turnout.

READ MORE:  Election 2022: The power of people's mobilisation

As the people, we must reject the attempts of some politicians to manipulate, discourage and divide us and rise above it to express our aspiration for the kind of country we want to live in. The most effective and decisive way is through the ballot box. The people are the real kingmakers during elections.

Bersih has identified five key areas of focus, which are part of our ketuanan pengundi (voter supremacy) campaign over the past one year, for the people to demand from the Election Commission and from political parties that will contest for the right to be our government for the next five years. They are:

1. Don’t suppress our votes

With the implementation of the lowering of the minimum voting age to 18, automatic voter registration and the right to become postal voters for all Malaysians living overseas, the Election Commission must allow a minimum 21-day campaign period so that most postal ballots can return by polling day. Otherwise it would be meaningless to allow overseas voters the right but deny them the time to participate.

We also call for advance voting for out-of-region voters, especially for east Malaysians living in the peninsula as well as west Malaysians in Sabah and Sarawak.

2. End selective prosecution and immunity

As the people, we are told to obey the law or face the consequences of breaking it. We must reject any politicians or parties that see political power as a means to escape punishment or to exact revenge on their opponents.

To ensure that there is no interference in the judicial process by the government, we must separate the role of the public prosecutor from that of the attorney general, who is a political appointee.

3. Empowering Parliament

No government elected in the upcoming general election can effectively delivere good policies to address our bread-and-butter issues if the laws and institutions are not empowered to demand transparency and accountability from the government.

READ MORE:  SPR patut adakan tempoh kempen yang mencukupi (Malay/English)

As such, parliamentary reform such as the restoration of the parliamentary services act and the empowerment of select committees and backbenchers and opposition MPs through standing order amendments are critical. The people should choose parties or coalitions that make clear and specific commitments in their manifesto to carry out institutional reforms.

4. Reject corruption

Corruption is a scourge in our country and has become part of our culture. We must end this by choosing clean politicians and parties that are committed to take concrete measures such as the passing of the political financing act, the implementation of a national anti-corruption plan and the reform of the Malaysian Anti-Corruption Commission so that it can become an independent body and not used as a weapon against political opponents.

5. Stabilise politics

We have been plagued with unending political instability since the Sheraton Move and the calling of this early election is a continuation of that.

We need laws and regulations that stabilise politics and lend predictability to government policies and the dates of elections. Bersih proposed a fixed-term Parliament act to ensure greater certainty for all of us. T

o restore Parliament as the institution to determine with certainty the formation of a government, we propose amendments to the house standing orders to provide for a confirmatory vote of confidence for any incoming prime minister and a constructive vote of no-confidence for any PM who may have lost the support of the majority of MPs. These mechanisms would prevent the collapse of governments through sometimes dubious statements of withdrawal of support for the PM issued outside Parliament.

Bersih will be launching various activities to encourage a high voter turnout, such as the #VoteFuture campaign with short videos and posters to encourage all to vote. We are also recruiting pemantau (observers) to observe the election and report election offences.

As part of our fundraising effort for the general election, we will launch our first book, Making Democracy Work – Institutional Reforms for Malaysia, within the next two weeks. This book is a compilation of 16 research reports we commissioned over the last two years and contains key recommendations to repair our broken political system. – Bersih

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x