Liga Mahasiswa Malaysia menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) oleh Anwar Ibrahim sebagai satu perkembangan penting dalam sejarah gerakan mahasiswa Malaysia.
Namun, pemansuhan Auku bukanlah hadiah daripada mana-mana kerajaan kepada mahasiswa. Ini merupakan hasil perjuangan panjang mahasiswa yang berlangsung selama puluhan tahun dan merentasi pelbagai generasi.
Dengan itu, Liga Mahasiswa Malaysia menuntut agar:
- Pemansuhan Auku perlu disegerakan
- Semua prosiding tatatertib dan tindakan hukuman universiti di bawah Auku digugurkan serta-merta
- Proses penggubalan akta baharu disegerakan dengan penglibatan rasmi gerakan mahasiswa, ahli akademik dan seluruh warga universiti secara terbuka dan demokratik
- Akta baharu wajib menjamin elemen kebebasan akademik dan melepaskan autonomi mahasiswa
Liga Mahasiswa Malaysia akan mengikuti rapat dan gerak kerja pihak Kementerian Pendidikan Tinggi susulan pengumuman ini.
Kami menuntut satu garis masa pelaksanaan yang jelas dibentangkan dalam kadar segera.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sekiranya pihak kerajaan sekadar menabur janji, seluruh tenaga dan solidariti mahasiswa bersedia untuk turun ke jalanan secara besar-besaran.
Nafas panjang perlawanan! Hidup Mahasiswa! – Liga Mahasiswa Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










