Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengambil maklum pengumuman tarikh pilihan raya umum dewan negeri Johor dan Negeri Sembilan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Di tengah-tengah suhu dan persaingan politik yang tinggi, Bersih menggesa semua parti politik dan calon-calon untuk berkempen berpandukan prinsip pilihan raya bersih, bebas dan adil agar rakyat dapat membuat pilihan yang tenang dan rasional.
Bersih memberi peringatan kepada semua pihak – parti-parti politik, calon-calon pilihan raya, pihak berkuasa, kerajaan sementara dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pilihan raya negeri – kali ini untuk mematuhi undang-undang terutamanya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Kesalahan pilihan raya yang biasa dilakukan oleh calon atau parti politik semasa kempen adalah seperti kesalahan penjamuan dan pemberian barang bernilai (Seksyen 8) dan penyogokan (Seksyen 10).
Bersih juga ingin mengingatkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sementara untuk tidak berkempen secara langsung atau tidak langsung, dengan menganjurkan majlis atau acara kerajaan selepas pembubaran dan pengumuman tarikh-tarikh pilihan raya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Majlis kerajaan dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat dan tidak wajar digunakan untuk memberi kelebihan kempen kepada calon-calon kerajaan.
Bersih akan menghantar kumpulan pemantau pilihan raya Bersih ke Johor dan Negeri Sembilan untuk memerhati perjalanan pilihan raya, khususnya bagi memantau kesalahan pilihan raya seperti rasuah, penjamuan, penggunaan sumber dan jentera kerajaan untuk kegunaan calon dan lain-lain kesalahan pilihan raya. Maklumat berkenaan pemantau pilihan raya Bersih boleh diakses melalui laman web Bersih di www.bersih.org
Bersih bergerak melalui sokongan dan dukungan rakyat. Kami menyasarkan RM30,000 bagi menggerakkan kempen pemantau pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan, terutama untuk mobilisasi pasukan pemantau dan kempen-kempen di media sosial. Sumbangan boleh disalurkan ke:
Bersih & Adil Network Sdn Bhd
512295102931
Maybank
Rujukan: PantauPRN
– Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











