Home Civil Society Voices Kenaikan pangkat Leftenan Jeneral Johnny Lim merupakan kejayaan yang wajar dirai

Kenaikan pangkat Leftenan Jeneral Johnny Lim merupakan kejayaan yang wajar dirai

Ia tidak patut dijadikan alat penyebar fitnah

KOMAS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pusat Komas memuji Angkatan Tentera Malaysia kerana melaksanakan pelantikan dan kenaikan pangkat secara profesional dan berprinsip. Ini seharusnya menjadi contoh kepada seluruh perkhidmatan awam di Malaysia.

Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tingginya tahniah kepada Leftenan Jeneral Johnny Lim Eng Seng atas kenaikan pangkat beliau yang bersejarah. Langkah ini sesuai menjadi satu gambaran jelas terhadap sebuah Malaysia yang berpegang kepada prinsip meritokrasi.

Malangnya, detik yang membanggakan ini telah dijadikan alat untuk mempolitikkan dan menyemai sentimen perkauman melalui pelantikan tersebut.

Pusat Komas mengecam sekeras-kerasnya kenyataan rasis dan provokatif yang dihantar oleh ketua bahagian Pas Sungai Buloh Zaharuddin Muhammad, yang memutar belitkan pelantikan Leftenan Jeneral Lim dengan tujuan menakut-nakutkan rakyat dengan mempergunakan sentimen kaum. Ramalan distopianya tentang seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina menjadi perdana menteri pada masa hadapan bukan sahaja tidak wajar, malah berbahaya.

Kami ingin tegaskan bahawa:

  • Kenaikan pangkat Leftenan Jeneral Lim adalah bukti kepada pencapaian berdasarkan merit, komitmen dan semangat patriotisme – nilai yang seharusnya menyatukan, bukan memecah belahkan kita.
  • Cara kita memilih pemimpin harus berteraskan demokrasi, meritokrasi dan keadilan. Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa pelantikan dalam perkhidmatan awam dan kepimpinan kerajaan tidak seharusnya berdasarkan kaum atau etnik, tetapi atas dasar kepercayaan, kelayakan dan khidmat kepada rakyat.
  • Kenyataan seperti ini adalah satu usaha yang jelas untuk mengelirukan rakyat dan mengukuhkan mitos perkauman tentang siapa yang dianggap “layak kewarganegaraannya”.

Pemimpin yang berintegriti dan benar-benar mengutamakan kepentingan negara tidak akan menggunakan retorik seperti ini, kerana ia hanya memperbesarkan jurang perpecahan di kalangan masyarakat.

Jika Pas benar-benar berpegang kepada prinsip kesamarataan, keadilan dan integriti seperti yang sering dilaungkan, mereka harus mengambil tindakan tegas terhadap perilaku berbaur perkauman dalam kalangan pimpinan mereka.

READ MORE:  Embrace Johnny Lim's promotion to lieutenant general as meritocracy in action

Pusat Komas menggesa setiap rakyat yang bertanggungjawab, termasuk para pemimpin politik, untuk menolak politik berasaskan ketakutan seperti ini.

Kita harus bersama membina masa depan yang mana kejayaan rakyat Malaysia diraikan bersama. – Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x