Home Civil Society Voices Kenyataan Akmal yang bersifat memecahbelah dikecam/Akmal’s divisive call condemned

Kenyataan Akmal yang bersifat memecahbelah dikecam/Akmal’s divisive call condemned

THEVIBES.COM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pusat Komas mengecam sekeras-kerasnya ikrar ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh untuk “melawan DAP hingga ke akhirnya” semasa ucapannya di perhimpunan agung Pemuda Umno baru-baru ini.

Kenyataan ini adalah satu sandiwara politik terang-terangan yang tidak dapat dielakkan akan menjadikan komuniti minority etnik Malaysia sebagai sasaran.

Dengan membingkai peletakan jawatannya sebagai exco negeri Melaka tetapi kekal sebagai ketua pemuda Umno, memetik keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan pucuk pimpinan parti, Akmal pada dasarnya menggunakan sentimen anti-Cina dan minoriti lain di bawah samaran kesetiaan “akar umbi”.

Retorik sedemikian secara tersirat menggerakkan permusuhan etnik untuk keuntungan politik.

Tambahan pula, Umno kini adalah parti komponen kerajaan ‘Madani’, dan sebagai sebahagian daripada gabungan yang memerintah, Umno harus bertindak sebagai rakan kongsi yang komited kepada kerjasama, pembinaan konsensus dan tadbir urus berbilang kaum – bukan meletakkan parti gabungan sebagai musuh untuk ‘dilawan’ tanpa batas.

Kebetulan, Laporan Rasisme Malaysia 2023 dan 2024 oleh Pusat Komas menunjukkan bahawa Akmal mempunyai rekod membuat kenyataan yang didakwa (allegedly) menghasut dan penuh kebencian: dalam kes sebelum ini beliau melemparkan penghinaan perkauman terhadap ahli parlimen DAP berbangsa Cina, di samping pelbagai kenyataan terhadap anggota komuniti minoriti.

Oleh itu, Pusat Komas menyeru kepimpinan Umno untuk mengambil tanggungjawab dan mendesak ketua pemuda mereka dipertanggungjawabkan atas retorik perkauman yang berulang-ulang.

Negara ini memerlukan kepimpinan yang menyatukan, bukan memecahbelahkan.

Pusat Komas menggesa semua pihak untuk mengelak daripada retorik yang memecahbelahkan dan sebaliknya bersatu untuk terlibat dalam dialog yang membina tentang apa yang diperlukan untuk Malaysia.

Meletakkan parti politik atau etnik sebagai kambing hitam adalah tidak serasi dengan nilai-nilai demokrasi.

READ MORE:  Why DAP lost everything in Sabah and what it means for Malaysia

Kepimpinan belia seharusnya memupuk perspektif yang segar dan progresif bagi mencabar corak politik lama – bukannya membiarkan diri terjerumus dalam amalan lama Malaysia, iaitu sentimen perkauman, semata-mata untuk meraih keuntungan politik.

Kami menggesa semua pemuda Umno untuk mempunyai minda yang terbuka terhadap dunia di mana perkauman digantikan dengan konsep Malaysia untuk semua. Hanya apabila sesebuah parti politik benar-benar mampu memperjuangkan kepentingan semua pihak, barulah ia layak mendapat sokongan setiap rakyat.

Pusat Komas menegaskan komitmen terhadap Malaysia yang meraikan kepelbagaian serta menjunjung keadilan dan kesaksamaan. Kami menyeru semua rakyat untuk menolak naratif yang memecahbelahkan dan berusaha ke arah masyarakat yang lebih inklusif dan padu.

Kami akan terus menyokong Malaysia yang inklusif dan demokratik di mana pemimpin bersaing dalam idea dan dasar – bukan dengan mencetuskan ketakutan etnik melalui politik identiti. – Komas

English version

Komas denounces Akmal’s recent divisive call

Pusat Komas strongly condemns Umno’s youth wing chief Dr Akmal Salleh’s recent vow to “fight DAP to the very end” during his speech at the wing’s general assembly recently.

This statement is blatant political posturing that inevitably casts Malaysia’s ethnic minority communities as targets.

By framing his resignation as Malacca state executive councillor but staying as Umno’s youth wing chief, saying the decision was made after discussions with higher-ups in the party, Akmal is essentially rallying anti-Chinese and other minority sentiment under the guise of “grassroots” loyalty.

Such rhetoric implicitly mobilises ethnic animosities for political gain.

In addition, Umno is currently a component party of the ‘Madani’ (trustworthy) government. As part of a governing coalition, Umno should be acting as a partner committed to cooperation, consensus-building and multi-racial governance, not positioning fellow coalition parties as enemies to be ‘fought’ indefinitely.

READ MORE:  DAP's complete Sabah defeat exposes a party that has lost its way

Incidentally, our 2023 and 2024 racism reports show that Akmal has a track record of allegedly inflammatory and hateful remarks: in a prior case, he allegedly hurled racist insults towards an ethnic Chinese DAP parliamentarian, alongside multiple remarks against members of minority communities.

Pusat Komas therefore calls on the Umno leadership to take responsibility and hold its youth chief accountable for his reckless and repeated mischievous rhetoric.

This country needs leadership that unites, not divides. Pusat Komas urges all parties to refrain from divisive rhetoric and instead come together to engage in constructive dialogue about what is needed for Malaysia.

Scapegoating any political party or ethnicity is incompatible with democratic values.

The youth leadership should imbue fresh and empowering perspectives to challenge old-school politics. It should not show itself to be sinking into Malaysia’s favourite old tactic of ethnic mud-slinging to win political points.

We call on all in Umno’s youth wing to have a refreshed mindset for a world where racism is replaced by a Malaysia for all.

Only when a political party can truly stand for all does it deserve the support of all in Malaysia.

Pusat Komas reaffirms its commitment to a Malaysia that celebrates diversity and upholds justice and equality.

We call on all in Malaysia to reject divisive narratives and work towards a more inclusive and cohesive society.

We will continue to advocate for an inclusive, democratic Malaysia where leaders compete on ideas and policies – not by stirring ethnic fear with identity politics. – Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x