Home Civil Society Voices Kenyataan Azalina tidak wajar

Kenyataan Azalina tidak wajar

Azalina Othman Said - WIKIPEDIA

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memandang serius ucapan Azalina Othman Said yang dilaporkan berkata bahawa perdana menteri seharusnya melantik peguam negara dalam kalangan “orang dia” untuk memudahkan segala urusan.

Ucapan itu amat tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin, apatah lagi beliau adalah penasihat undang-undang perdana menteri. [Beliau telah meletak jawatan baru-baru ini].

Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan prinsip pengasingan kuasa antara cabang-cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Prinsip ini penting untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa di samping merealisasikan prinsip semak dan imbang.

Setiap cabang berkuasa untuk ‘menyemak’ dan ‘menyeimbangkan’ kuasa, dan pelaksanaan kuasa masing-masing berdasarkan peruntukan Perlembagaan.

Peguam negara harus berkhidmat untuk kepentingan negara, bukan untuk kepentingan mana-mana parti atau individu.

Sehubungan itu, Ikram menggesa pemimpin di semua peringkat, khususnya pemimpin politik agar menghormati dan menjunjung tinggi prinsip pengasingan kuasa dan falsafah kedaulatan undang-undang. Sebarang gesaan untuk melanggar prinsip ini hendaklah dinasihati dan dihalang.

Mudah-mudahan negara ini dapat mencapai keadilan, kebenaran dan kemakmuran untuk semua.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x