
Kami terpanggil untuk memberi respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri 1 Ismail Mohamed Said pada 25 Mac 2021.
Beliau menyatakan bahawa suruhanjaya siasatan diraja tidak perlu ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kartel polis yang ditimbulkan oleh ketua polis negara sejak bulan Januari lalu dan diulangi oleh ketua polis beberapa kali sehingga Mac.
Kami ingin menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh timbalan menteri ini adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal serta seolah-olah dilihat takut dengan pendedahan ini.
Apakah yang membuatkan beliau berasa bimbang untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang bebas seperti suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut? Adakah wujud penglibatan ahli politik dalam kumpulan kartel berkenaan?
Kami ingin menegaskan, kerajaan yang teguh hendaklah berani dalam menghadapi sebarang tuduhan dengan membenarkan satu siasatan yang bebas dan telus terhadap apa-apa dakwaan yang dikeluarkan. Tambahan pula, dakwaan ini dikeluarkan oleh individu paling penting dalam polis iaitu ketua polis sendiri.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Mengikut Kanun Prosedur Jenayah pula, dalam Seksyen 13(1), setiap individu hendaklah memaklumkan atau membuat laporan polis sekiranya mengetahui tentang apa-apa kelakuan jenayah.
Justeru, kami menyeru agar ketua polis membuat satu laporan polis dan nyatakan setiap butiran anggota yang terlibat supaya mereka dapat ditahan dan didakwa di mahkamah.
Sekiranya tidak, ketua polis sebagai seorang penjawat awam yang telah bersumpah, adalah tertakluk dibawah Seksyen 181 Kanun Keseksaan yang mana memperuntukkan seseorang penjawat awam yang membuat satu dakwaan palsu boleh dipenjarakan sehingga tempoh tiga tahun dan denda.
Kami juga menyokong seruan sebuah pertubuhan bekas anggota polis, Malaysian Community Care Foundation, kepada semua pihak agar menyambut baik tindakan ketua polis yang cuba memulihkan institusi kepolisan di negara kita serta berusaha membantu ketua polis dalam berhadapan dengan situasi ini.
Akhir sekali, kami ingin menggesa kerajaan supaya menyegerakan penubuhan suruhanjaya bebas aduan dan salah laku polis (IPCMC) yang telah pun siap sedia untuk dibentang sejak 2005. Dengan kewujudan IPCMC, kita akan dapat mengatasi masalah kartel polis ini dengan lebih berkesan.
Dikeluarkan bersama:
- Eliminating Deaths And Abuse In Custody Together (Edict)
- Parti Sosialis Malaysia (PSM)
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme