Home Civil Society Voices Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam pelan halu tuju...

Keperluan untuk pendekatan berhati-hati terhadap cadangan tenaga alternatif dalam pelan halu tuju (Malay/English)

PIXABAY/PEXELS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan pelancaran fasa kedua pelan hala tuju peralihan tenaga negara oleh perdana menteri pada 29 Ogos.

Kami sambut baik usaha kerajaan dalam menggariskan pelan hala tuju peralihan tenaga nasional yang dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api fosil sekali gus memacu negara ke arah ekonomi karbon rendah.

Penubuhan dana benih berjumlah RM2bn untuk menggerakkan fasiliti peralihan Tenaga Nasional adalah langkah baik ke arah merangsang sumber kewangan selanjutnya bagi peralihan tenaga.

Namun, dalam kita mengharungi pelbagai cabaran berkait peralihan tenaga, kami khuatir akan beberapa cadangan yang diketengahkan dalam pelan halu tuju, seperti hidrogen dan teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang kami percaya memerlukan penilaian dan perbincangan yang lebih teliti sebelum diterima sebagai solusi yang sesuai.

Pelan ini jelas dalam hala tuju dasarnya dalam membentuk kebergantungan kepada hidrogen kelabu sehingga tahun 2050 serta menghapuskan penggunaannya sebagai sumber bahan mentah menjelang 2050. Hidrogen kelabu merupakan gas fosil yang dihasilkan oleh industri bahan api fosil di mana kebocoran boleh berlaku sepanjang kitaran hidupnya; oleh sebab itu, hidrogen menyumbang kepada perubahan iklim dengan memancarkan metana pada tahap yang tinggi. Metana adalah gas rumah hijau yang 86 kali lebih tinggi daripada karbon dioksida.

Kini, kesan pemanasan hidrogen tidak diberi pengamatan sewajarnya atas dua asbab utama, pertama kerana kesan hidrogen di stratosfera tidak diambil kira dalam perkiraan; kedua, kajian oleh Ocko dan Hamburg (Julai 2022) telah menunjukkan bahawa kaedah standard untuk mencirikan kesan iklim gas hanya mempertimbangkan kesan jangka panjang dari nadi emisi sekali kira sahaja; akan tetapi bagi gas seperti hidrogen yang kesannya berjangka pendek, kerangka jangka panjang ini menenggelamkan daya pemanasan hidrogen yang jauh lebih tinggi pada jangka masa pendek dan sederhana.

Ini memerlukan perhatian lanjut kerana hidrogen adalah molekul kecil yang mudah bocor ke dalam atmosfera, dan jumlah keseluruhan emisi daripada kebocoran, pembuangan, pelepasan dan lain-lain dalam sistem hidrogen sedia ada masih tidak diketahui. Oleh itu, keberkesanan hidrogen sebagai strategi dekarbonisasi, terutamanya dalam tempoh masa beberapa dekad masih tidak jelas; akan tetapi ianya jelas bahawa hidrogen mempunyai  tahap emisi metana yang tinggi.

Hidrogen biru adalah hidrogen fosil atau kelabu dengan langkah tambah penangkapan dan penyimpanan karbon. Menurut kajian Universiti Cornell yang diterbitkan pada Ogos 2021 adalah didapati bahawa emisi metana yang bocor untuk hidrogen biru adalah lebih tinggi daripada hidrogen kelabu oleh kerana peningkatan penggunaan gas asli untuk menjana penangkapan karbon, biarpun emisi karbon dioksidanya secara pokoknya adalah lebih rendah.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa untuk tujuan pemanasan, jejak gas rumah hijau hidrogen biru adalah lebih dari 20% lebih besar daripada pembakaran gas asli atau arang batu manakala ianya 60% lebih besar jika dibandingkan dengan pembakaran minyak diesel. Kajian itu menyimpulkan bahawa penggunaan hidrogen biru kelihatan sukar untuk diwajarkan dari aspek perubahan iklim.

Hidrogen hijau memerlukan jumlah sumber air serta sumber elektrik boleh diperbaharui yang murah pada skala yang besar yang menjadikannya tidak efisien. Ekonomi hidrogen yang dicadangkan akan meningkatkan tekanan terhadap kelestarian dan keterjaminan sumber air sedia ada kita, yang kian tertekan akibat krisis iklim.

Pelan hala tuju ini juga mencadangkan inisiatif untuk meneroka pembakaran hidrogen bersama arang batu dan terdapat juga projek perintis pembakaran hidrogen dan amonia. Pembakaran bersama amonia juga mempunyai potensi pengurangan emisi yang terhad dan akan berisiko meningkatkan emisi kitaran hayat. Nitrogen oksida adalah hasil sampingan apabila membakar amonia; gas tersebut tergolong dalam keluarga gas beracun dan sangat reaktif, manakala hidrogen sangat mudah terbakar dan boleh menyebabkan kebakaran dan letupan jika tidak dikendalikan dengan baik.

Berkenaan dengan teknologi penangkapan dan penyimpanan karbon, ianya adalah satu risiko besar yang berkos tinggi serta belum terbukti dalam skala besar. Memetik laporan oleh Institute for Energy Economics and Financial Analysis (IEEFA) (September 2022) yang menyemak 13 projek penangkapan dan penyimpanan karbon yang dioperasi pada skala yang besar, laporan tersebut menyimpulkan bahawa projek yang gagal atau berprestasi rendah jauh lebih banyak daripada yang berjaya, dan 73% karbon dioksida yang ditangkap setiap tahun adalah untuk meningkatkan pemulihan minyak bagi tujuan mengekstrak lebih banyak minyak dan gas.

Cabaran dalam membangunkan penangkapan dan penyimpanan karbon tidak hanya disebabkan oleh status baharu teknologi tersebut seperti yang dinyatakan dalam pelan hala tuju, tetapi juga berkaitan risiko kesihatan, keselamatan dan alam sekitar yang serius.

Penangkapan dan penyimpanan karbon melibatkan rangkaian paip yang besar yang disambungkan ke tapak penyuntikan bawah tanah, setiap satu paip dengan bahayanya yang tersendiri. Paip boleh bocor atau pecah; karbon dioksida yang dipadatkan adalah sangat berbahaya apabila terlepas dan boleh mengakibatkan kesesakan nafas kepada manusia dan haiwan. 

Kerosakan paip di Satartia, Amerika Syarikat mengakibatkan keracunan pada skala yang besar akibat karbon dioksida dan menyoroti kebimbangan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat awam yang menghadapi kemungkinan pembinaan lebih banyak paip karbon dioksida untuk menangani perubahan iklim.

Menurut satu lagi laporan oleh IEEFA, dua projek penangkapan dan penyimpanan karbon di Norway yang sering dikemukakan sebagai bukti kebolehpercayaan teknologi tersebut, ketidakpastian bawah permukaan (subsurface) boleh timbul pada bila-bila masa dan menimbulkan risiko material berterusan yang dapat membatalkan sebahagian atau keseluruhan manfaat yang ingin dicapainya.

Selanjutnya, biarpun pelan hala tuju tidak merujuk kepada kebergantungan kepada tenaga nuklear, berita bahawa kerajaan tidak menolaknya adalah perkara yang sangat membimbangkan. Kajian yang dilaksanakan oleh Stanford University mendapati bahawa reaktor modular kecil, yang kian diiklankan sebagai masa depan tenaga nuklear, sebenarnya akan menghasilkan lebih banyak sisa radioaktif daripada loji tenaga nuklear konvensional. Ini merupakan cabaran besar dalam pengurusan sisa radioaktif.

Jelas, terdapat banyak keperluan yang mustahak untuk penilaian yang holistik dari lensa alam sekitar, sosial dan ekonomi terhadap semua teknologi baru ini, sebelum kerajaan menerima dan melaksanakannya. Ini termasuk keperluan untuk mengadakan perundingan yang bermakna dengan masyarakat awam serta rakyat am yang khuatir akan perkara ini.

Peralihan tenaga sememangnya cabaran yang besar dan ia memerlukan dasar serta penyelesaian yang diamati dengan teliti yang dapat membawa ke arah penyelesaian krisis iklim, bukan sebaliknya mencipta permasalahan baru yang kita tidak berdaya untuk mengawal, mengawasi dan mentadbirnya. – SAM

English version

Need for cautious approach to alternative energy proposals in roadmap

Sahabat Alam Malaysia (SAM) welcomes the launch by the prime minister of phase two of the national energy transition roadmap on 29 August.

We commend the government for being proactive in charting the roadmap in our energy transition that reduces our dependence on fossil fuels as we move towards a low carbon economy.

The setting up of the RM2bn seed fund for a national energy transition facility is a step in the right direction in galvanising further finance for the energy transition.

However, as we navigate the challenges involved in the transition we have deep concerns over some of the proposals currently being touted in the roadmap, such as hydrogen and carbon capture, utilisation and storage technologies, which we believe require more thorough assessment and debate before they are accepted as appropriate solutions.

The roadmap is clear in its policy direction to rely on grey hydrogen until 2050 and to completely phase out the use of grey hydrogen as a feedstock by 2050. Grey hydrogen is produced from the fossil fuel industry, and because of its origin from fossil gas and the leakage along its life cycle, hydrogen contributes to climate change by emitting high levels of methane. Methane is a potent greenhouse gas, 86 times more powerful than CO2.

Currently, the warming effects of hydrogen could have been underestimated for two reasons: first, because the effects of hydrogen in the stratosphere have not been considered in the accounting; second, a study by Ocko and Hamburg (July 2022) pointed out that the standard methods for characterising climate impacts of gases consider only the long-term effect from a one-time pulse of emissions, but for gases like hydrogen whose impacts are short-lived, this long-term framing masks a much stronger warming potency in the near to medium term.

This warrants further attention because hydrogen is a small molecule known to easily leak into the atmosphere, and the total amount of emissions from leakage, venting and purging in the existing hydrogen systems remains unknown. Therefore, the effectiveness of hydrogen as a decarbonisation strategy, especially over timescales of several decades, remains unclear but what is clear is the high level of methane emissions.

Blue hydrogen is fossil or grey hydrogen with an additional step of carbon capture and storage. A Cornell University study published in August 2021 finds that the fugitive methane emissions for blue hydrogen are higher than for grey hydrogen due to an increase of natural gas to power the carbon capture, even though the CO2 emissions are lower.

The study further reveals that the greenhouse gas footprint of blue hydrogen is over 20% greater than burning natural gas or coal for heating and 60% greater than burning diesel oil for heating, with a conclusion that the use of blue hydrogen appears difficult to justify on climate grounds.

Green hydrogen requires vast amounts of precious water resources and the process also demands huge amounts of cheap renewable electricity, which make green hydrogen highly inefficient. The proposed hydrogen economy will increase pressure on the sustainability and security of our existing water resources, exacerbated by the climate crisis.

The roadmap has also proposed an initiative to explore hydrogen co-firing with coal and there is also a flagship catalyst project of co-firing of hydrogen and ammonia. Ammonia co-firing also has limited emissions reduction potential and will risk increasing lifecycle emissions. Nitrogen oxides are the by-product when burning ammonia, which belong to a family of poisonous, highly reactive gases; while hydrogen is highly flammable and can cause fires and explosions if not handled properly

In relation to carbon capture and storage technology, this is one of high risk, high cost and unproven at scale. A report by the Institute for Energy Economics and Financial Analysis (IEEFA) (September 2022), which reviewed 13 operational large-scale carbon capture and storage projects concludes that failed or underperforming projects considerably outnumbered successful experiences and 73% of CO2 captured annually is for enhanced oil recovery to extract more oil and gas.

The challenges in developing carbon capture and storage are not just due to the technology’s nascent status as stated in the roadmap, but also present serious health, safety and environmental risks. Carbon capture and storage involves a massive network of pipelines connected to underground injection sites, each with its own set of dangers.

Pipelines can leak or rupture; compressed carbon dioxide is highly hazardous upon release and can result in the asphyxiation of humans and animals. The pipeline rupture in Satartia, US saw mass poisoning from CO2 and underscores growing concerns across communities that face the prospect of more CO2 pipelines being built to address climate change.

According to another report by the IEEFA, the carbon capture and storage projects in Norway which are often cited as proof of the technology’s viability, subsurface unknowns can arise at any point and present material ongoing risks that may ultimately negate some or all the benefits it seeks to create.

Further, while the roadmap does not refer to reliance on nuclear energy, news that the government has not ruled this out is a matter of utmost concern. Stanford-led research finds that the new small modular reactors, which have been touted as the future of nuclear energy, will actually generate more radioactive waste than conventional nuclear power plants. This presents a massive challenge in relation to radioactive waste management.

Clearly, there is much need for holistic environmental, social and economic assessments into all these new technologies, before embracing and embarking on them. This includes the need for meaningful consultations with civil society and concerned members of the public.

The energy transition is indeed challenging but it does require carefully considered policies and solutions that help us solve the climate crisis, and not create new ones which we are unable to control, regulate and govern properly.

Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x