Kami, NGO-NGO Malaysia yang tersenarai di bawah ingin menzahirkan kekecewaan yang mendalam terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini yang menawarkan projek perkhidmatan pembangunan AI (artificial intelligence) kepada Kometsoft Sdn Bhd.
Ini kerana syarikat tersebut adalah rakan kongsi perkhidmatan peringkat lanjutan Amazon Web Service (AWS) dan oleh yang demikian akan menggunakan perkhidmatan yang akan dibekalkan hampir sepenuhnya oleh syarikat Amazon Web Services (AWS), iaitu sebuah syarikat dari AS yang telah dikenalpasti oleh PBB sebagai sangat terlibat dengan jenayah genosid Israel yang dilakukan di Gaza dan masih berterusan sehingga ke hari ini.
Keputusan tersebut mencerminkan kegagalan dalam pertimbangan tadbir urus awam negara kerana dana awam yang sepatutnya mengukuhkan ekosistem tempatan dan keupayaan berdaulat negara dialirkan kepada sebuah syarikat ‘hyperscaler’ asing yang tertakluk sepenuhnya kepada kepentingan, undang-undang dan tekanan politik kuasa besar dari luar, khususnya kerajaan AS.
Adalah diingatkan bahawa KDN adalah penjaga data dan maklumat strategik negara yang merangkumi data daripada pelbagai agensi keselamatan negara termasuk polis, Jabatan Pendaftaran Negara, imigresen, Agensi Kawalan Sempadan dan lain-lain yang secara jelas tergolong sebagai data kritikal misi yang berimpak tinggi.
Kita semua sedar bahawa kuasa besar dunia sering menggunakan teknologi, sistem kewangan dan perkhidmatan awan sebagai alat tekanan politik dan ekonomi.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Ia telah terbukti digunakan sebagai alat tekanan melalui sekatan, penggantungan perkhidmatan, kawalan akses dan juga pemaksaan pematuhan kepada dasar luar negara kuasa-kuasa besar.
Kita juga telah menyaksikan sendiri bagaimana kepimpinan AS di bawah Donald Trump telah melaksanakan polisi unilateral untuk mengenakan sekatan dan tekanan ekonomi kepada negara-negara yang dianggap mencabar kuasa Amerika.
Kebergantungan kepada AWS sudah pasti bakal mendedahkan Malaysia kepada risiko gangguan operasi yang bukan berpunca daripada isu teknikal, tetapi disebabkan oleh keputusan politik pemimpin Amerika.
Apa yang lebih membimbangkan adalah AWS juga telah diberi pelepasan sepenuhnya daripada audit Cybersecurity Nasional melalui Warta Kerajaan pada awal 2025. Oleh yang demikian, ia tidak akan tertakluk kepada pematuhan peraturan Cybersecurity Malaysia.
Justeru keputusan ini sudah pasti akan mendedahkan negara kepada risiko kecurian dan penyalahgunaan data serta mengancam kedaulatan negara.
Oleh itu, kami menuntut agar:
- Keputusan KDN berkenaan perkara ini dibatalkan serta-merta
- Semua projek strategik perlu disemak semula berdasarkan keselamatan nasional, kedaulatan digital dan risiko geopolitik
- Projek kerajaan dalam bidang perkhidmatan awan (cloud services) perlu diutamakan kepada penyedia tempatan yang tertakluk kepada peraturan undang-undang cybersecurity negara
- Garis panduan tegas dikeluarkan untuk meminimakan risiko data keselamatan negara didedahkan kepada kerajaan negara asing
- BDS Malaysia
- Pertubuhan Mawaddah Malaysia
- Persatuan Akademia Ikram Malaysia
- Muslim Care Malaysia
- Haluan
- Cakna Palestin
- GSPP
- Mapim
- Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (Agenda)
- Accin
- Malaysian Protest for Palestine (MP4P)
- World Tamilar Protection Secretariat (WTPS)
- Centre for Human Rights Research and Advocacy (Centhra)
- Sekretariat Solidariti Palestin (SSP)
- Sejagat
- Abim
- Citizens Internasional
- Just
- Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
- Gerak
- Pace
- Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM)
- Persatuan Mantan Profesor UM (PMPUM)
- Viva Palestina Malaysia
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

