Home Civil Society Voices Keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada SIS: Kemenangan bagi keadilan, hak perlembagaan dan...

Keputusan Mahkamah Persekutuan memihak kepada SIS: Kemenangan bagi keadilan, hak perlembagaan dan tradisi etika Islam

The Palace of Justice in Putrajaya - Photograph: Ezry Abdul Rahman from Petaling Jaya, Selangor, Malaysia [CC BY 2.0 (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)], via Wikimedia Commons

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sisters in Islam (SIS) menerima baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini dalam menegakkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang dan tanggungjawab semua institusi negara – termasuklah pihak berkuasa agama.

Ini bukan sahaja kemenangan untuk SIS, tetapi kemenangan untuk semua rakyat Malaysia yang percaya kepada proses yang wajar, pengawasan demokrasi dan semangat Islam yang inklusif.

Mahkamah hari ini mengatakan fatwa boleh dan mesti tertakluk kepada proses undang-undang dan memastikan tiada satu pun institusi boleh melanggar undang-undang, dan semua di Malaysia – tanpa mengira kepercayaan – boleh mengambil tindakan apabila hak mereka dinafikan.

Selama lebih satu dekad, SIS telah dilabel sebagai “sesat” kerana memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan dalam Islam.

Keputusan hari ini menegaskan perjuangan kami dilindungi di bawah peruntukan kebebasan asasi yang dijamin untuk semua rakyat oleh Perlembagaan Persekutuan.

Gagasan yang mengatakan prinsip-prinsip seperti keadilan, belas ihsan, meninggikan martabat, dan perbezaan pendapat adalah asing dalam Islam adalah tidak benar. Malah ia warisan intelektual dan perundangan yang kaya.

Kami ulangi yang perjuangan kami tidak pernah bertujuan menyerang Islam atau pihak berkuasa yang berkaitan.

Sebaliknya, ia merupakan cabaran kepada proses yang tidak mempunyai ketelusan, keadilan semula jadi dan kesaksamaan.

SIS percaya apabila sesebuah negara menggunakan Islam sebagai sumber undang-undang, dasar dan amalannya, akan tetapi hasilnya mendiskriminasi wanita dan melanggar kebebasan asasi manusia, maka kita sebagai rakyat mempunyai hak untuk mendapatkan semakan kehakiman.

Kes ini bukan mengenai Islam, tetapi ia berkaitan undang-undang dan dasar awam, yang mesti melalui perdebatan awam.

Keputusan hari ini menjadi tanda aras penting dalam memastikan pihak berkuasa agama mesti bertanggungjawab terhadap nilai-nilai perlembagaan dan tidak menggunakan kuasa tanpa kawalan.

READ MORE:  SIS apex court ruling a victory for justice, constitutional rights and Islam's ethical tradition

Kami berterima kasih kepada pasukan peguam, penyokong dan orang ramai yang telah mendorong kami sepanjang perjalanan kes sejauh ini.

Kami berharap untuk meneruskan perjuangan kami – berlandaskan prinsip Islam dan piawaian hak asasi manusia – ke arah membina masyarakat yang lebih adil, belas ihsan dan inklusif untuk semua, lebih-lebih lagi untuk wanita Islam. – SIS

Tentang Sisters in Islam

Sisters in Islam merupakan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan hak-hak wanita Islam di Malaysia di dalam kerangka Islam, prinsip-prinsip hak asasi manusia, jaminan perlembagaan serta realiti kehidupan dan pengalaman wanita.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x