
[ENGLISH VERSION BELOW] Sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2021, Centre for Independent Journalism (CIJ), dengan sukacitanya menyambut dan meraikan pelbagai pencapaian barisan aktivis dan pembela hak asasi manusia dalam mempertahankan hak-hak kemanusiaan, terutamanya cabaran berkaitan dengan Kebebasan Bersuara (FOE).
Hari Hak Asasi Manusia ini disambut di peringkat antarabangsa pada tanggal 10 Disember setiap tahun. Tarikh ini dipilih bagi memperingati proklamasi dan dukungan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada 10 Disember 1948, terhadap Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Pada hari ini kami memperingati segala usaha, kesungguhan dan keberanian barisan aktivis, serta segala cabaran getir yang kekal wujud untuk rakyat melaksanakan hak asasi mereka.
Sepanjang tahun 2021, tinjauan CIJ mendapati berlaku peningkatan yang mendadak terhadap penggunaan undang-undang yang menekan seperti Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi menutup suara-suara dan pandangan yang bertentangan.
Pertubuhan masyarakat sivil (CSO) juga mendapati terdapat sekatan dan tekanan terhadap hak asasi manusia sewaktu berdepan dengan wabak Covid.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pihak berkuasa kerap menggunakan pendekatan berbentuk intimidasi dan senarai berikut mencatatkan bilangan kes melibatkan ramai individu yang disiasat di bawah undang-undang yang menekan dan menindas serta lapuk pada tahun 2021:
Januari sehingga November 2021 | Senarai undang-undang yang menindas berdasarkan pemantauan media kami |
140 | Kejadian di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (mensabitkan kesalahan menggunakan kemudahan dan bekalan dalam talian, etc) |
19 | Kejadian di bawah Akta Hasutan 1948 (mensabitkan kesalahan bagi segala perbincangan yang dianggap sebagai menghasut) |
32 | Kejadian di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (mensabitkan kesalahan bagi hinaan dengan niat untuk mencetuskan kekacauan) |
35 | Kejadian di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan (mensabitkan kesalahan bagi kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam) |
1 | Kejadian di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (mensabitkan kesalahan bagi penyebaran maklumat yang disifatkan sebagai rahsia rasmi ) |
0 | Kejadian di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 (mentadbir urus penggunaan penerbitan bahan cetakan) |
9 | Kejadian di bawah Akta Perhimpunan Awam (PAA) 2012 (mengawal bantahan awam) |
30 | Kejadian di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [EO2] (mensabitkan kesalahan bagi “berita palsu ” berkaitan Covid atau Pengisytiharan Darurat 2021) |
Huraian: Data dan statistik yang dibentangkan dalam laporan ini dikira melalui pemantauan CIJ terhadap laporan media dalam talian dan ada kemungkinan tidak meliputi kesemua kes di bawah undang-undang yang disebutkan. Oleh itu, data kami mungkin berbeza dengan statistik rasmi kerajaan atau data daripada organisasi hak asasi manusia yang lain. Tambahan lagi, skop tinjauan kami tidak meliputi semua undang-undang yang disifatkan menekan yang digunakan di Malaysia bagi menyekat FOE, seperti undang-undang keselamatan dan jantina atau undang-undang berkaitan dengan jenayah seksual. Justeru, senarai yang panjang ini tentunya tidak lengkap kerana terdapat lebih banyak individu yang disiasat dan didakwa di bawah pelbagai undang-undang yang menekan. Sekiranya senarai kes-kes dibaca secara menyeluruh, hal ini menunjukkan bahawasanya wujud skema tindakan yang besar, sengaja dan terancangan bagi menyekat kebebasan asasi rakyat.
Malaysia juga kini berjaya menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Oktober yang lalu dan telah mengumumkan komitmen mereka untuk mendukung hak asasi manusia, maka pihak kerajaan haruslah menjalankan tindakan yang konkrit dan telus bagi meningkatkan rekod hak asasi manusia di negara ini. Komitmen yang dibuat di peringkat antarabangsa ini tidak harus menjadi sekadar retorik semata-mata dan harus segera diterjemah ke dalam bentuk tindakan dan pembaharuan di peringkat nasional.
Antara perkembangan positif yang berlaku baru-baru ini adalah pihak kerajaan kelihatan terus komited untuk meneruskan rancangan bagi merangka hak persekutuan untuk perundangan maklumat yang bakal memberikan akses buat rakyat terhadap maklumat dan data umum. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan CIJ telah bekerjasama bagi menganjurkan forum Hak untuk Mendapatkan Maklumat bersempena dengan Hari Hak Asasi Manusia.
Forum ini bertujuan untuk menyediakan ruang bersama bagi menyumbang kepada pembentukan kerangka undang-undang hak untuk bermaklumat yang selaras dan sejajar bagi mendepani cabaran-cabaran di Malaysia, serta mengukuhkan komitmen kerajaan terhadap hala tuju bagi mempromosi dan mendukung hak untuk bermaklumat melalui perundangan yang sesuai.
Dengan semangat yang sama, kami turut menggesa agar pihak kerajaan segera menunjukkan jalan pembaharuan di Malaysia tidaklah buntu dan mereka terus komited untuk mengamalkan tadbir urus yang baik dan bertanggungjawab berdasarkan rasa hormat kepada hak asasi manusia sejagat dan kebebasan bersuara, berkumpul, berucap dan hak untuk mendapatkan maklumat.
Selaras dengan hasrat ini, pihak kerajaan haruslah segera menjamin dan mendukung perkara-perkara berikut:
- Menghentikan intimidasi dan gangguan serta merta terhadap wartawan, pembela hak asasi manusia dan ahli organisasi sivil lain yang bersuara, membangkang atau menggesa kebertanggungjawaban dari pihak kerajaan, termasuklah melalui penggunaan undang-undang yang menekan
- Segera menjalankan moratorium terhadap penggunaan undang-undang menekan dan segera menuju ke arah pemansuhan Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta menggubal semula Akta Perhimpunan Awam 2012 dan Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan
- Komited untuk menggubal undang-undang hak untuk mendapatkan maklumat serta merta
- Merangka garis masa dan pelan tindakan bagi segera menuju kepada ratifikasi perjanjian-perjanjian hak asasi manusia antarabangsa, terutamanya Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil, dan Perjanjian Antarabangsa Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
English version
Government should uphold our human rights obligations
In conjunction with International Human Rights Day 2021, the Centre for Independent Journalism (CIJ) is pleased to celebrate and honour the many achievements of activists and human rights defenders in protecting and defending human rights, specifically freedom of expression-related challenges.
Human Rights Day is commemorated globally on 10 December every year to honour the UN General Assembly’s adoption and proclamation of the Universal Declaration of Human Rights on 10 December 1948.
On 10 December 2021, we honour the effort, persistence and courage, and acknowledge the challenges of exercising our rights.
Throughout 2021, CIJ has observed and monitored a sharp increase in the usage of oppressive legislation, such as the Sedition Act and the Communications and Multimedia Act, to silence dissenting opinions and expressions.
Civil society organisations have also observed the suspension or derogation of our fundamental human rights while navigating the Covid pandemic.
Authorities also have frequently used harassment tactics, and below are some of the cases where many individuals were investigated under archaic and repressive laws in 2021:
January to November 2021 | List of repressive laws included as part of our media monitoring |
140 | Incidents under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 (criminalises improper use of network facilities or network service, etc) |
19 | Incidents under Sedition Act 1948 (criminalises discourse deemed as seditious) |
32 | Incidents under Section 504 of the Penal Code (criminalises intentional insults with intent to provoke a breach of the peace) |
35 | Incidents under Section 505 of the Penal Code (criminalises statements conducting to public mischief) |
1 | Incident under the Official Secrets Act (OSA) 1972 (criminalises the dissemination of information classified as an official secret) |
0 | Incidents under the Printing Presses and Publications Act 1984 (governs the usage of printing presses) |
9 | Incidents under the Peaceful Assembly Act 2012 (regulates public protests) |
30 | Incidents under the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021 [EO2] (criminalises “fake news” relating to Covid or the emergency proclamation of 2021) |
Disclaimer: The data and statistics presented in this report were computed from CIJ’s monitoring of online media reports and may not include every case under the above laws. As such, our data may vary from official government statistics or data from other human rights organisations. Furthermore, our monitoring scope does not cover all repressive laws that are used in Malaysia to curtail freedom of expression, such as security laws and gender or sexuality-related laws. Therefore, this already extensive list is certainly non-exhaustive as there are many more individuals who are being probed and charged under very repressive laws. Read together, however, these cases can be seen as part of a larger, deliberate and concerted series of actions intended to stifle our fundamental freedoms.
As Malaysia recently secured a seat in the UN Human Rights Council last October and has made public pledges to uphold human rights, the government must take sincere and concrete action to improve its human rights record at home. This international commitment should not remain a mere facade but must be translated into real action and reform at the national level.
On a more positive note, we have seen the current government’s commitment to moving ahead with plans to draft a federal right to information legislation that would promote our access to information and public data.
On 10 December 2021, the Legal Affairs Division of the Prime Minister’s Department, the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) and CIJ are jointly organising a forum on right to information in conjunction with International Human Rights Day.
This forum aimed to provide a shared space to contribute to the development of a coherent and aligned legal framework on right to information that would address the challenges in Malaysia and to reaffirm the government’s commitment in the roadmap to promote and uphold the right to information, including through enabling legislation.
In a similar spirit, we urge the state to show that the reform landscape in Malaysia is not dying, and it remains committed to good governance and accountability based on respect for universal human rights and freedom of expression, assembly, speech and right to information.
In this regard, the state must guarantee and adopt the following without delay:
- An immediate end to the intimidation and harassment of journalists, human rights defenders, and other civil society actors in Malaysia who speak out, dissent and demand accountability from the state, including through the application of the repressive laws
- Implement an immediate moratorium on the use of and move towards the repeal of the Sedition Act 1948, the Official Secrets Act, the Printing Presses and Publications Act 1984, and Section 233 of the Communications and Multimedia Act, and to reform or amend the Peaceful Assembly Act 2012 and Sections 504 and 505(b) of the Penal Code
- Commit to the enactment of a right to information law without any further delay;
- To develop a concrete timeline and plan of action to immediately move towards the ratification of international human rights treaties, in particular the International Covenant on Civil and Political Rights and the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
CIJ
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme