Home Civil Society Voices Kerajaan perlu tubuh RCI siasat dakwaan ketua polis negara

Kerajaan perlu tubuh RCI siasat dakwaan ketua polis negara

Edict berasa hairan mengapa menteri dan kerajaan langsung tidak memberi respon serta tidak mempedulikan akan hal ini

Former police chief Hamid Bador made a bold allegation - THE STAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) bersimpati dengan ketua polis negara atas kesukaran dalam membendung masalah kartel dalam polis. 

Kenyataan Hamid Bador seperti yang disiarkan dalam media massa pade 18 Mac seolah-olah berbentuk satu rayuan kepada kerajaan agar segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini. 

Pada 1 Januari lalu, beliau juga menyebut perkara sama berkaitan kewujudan kartel polis yang bersekongkol dengan penjenayah. 

Edict berasa hairan mengapa menteri dan kerajaan langsung tidak memberi respon serta tidak mempedulikan akan hal ini.

Edict berpendapat kerajaan perlu segera menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat serta mengenalpasti kumpulan kartel jenayah dalam polis. Hanya suruhanjaya yang bebas seperti ini mampu mengenalpasti parasit-parasit di dalam polis.

Edict percaya bahawa kartel polis ini telah menyelinap dalam setiap jabatan di polis, justeru adalah sangat wajar perkara ini disiasat oleh sebuah badan bebas seperti RCI untuk mengenalpasti anggota-anggota yang terlibat.

Edict juga ingin mengingatkan kerajaan supaya segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) yang telah pun dipersetujui pada tahun 2005. IPCMC adalah jalan penyelesaian untuk jangka panjang bagi menghapuskan kumpulan kartel dalam polis.

Dalam situasi seperti ini, kerajaan tidak boleh mengharapkan pihak polis untuk menyiasat anggotanya sendiri memandangkan kartel polis ini berkemungkinan telah menguasai jabatan-jabatan tertentu dalam pasukan polis. 

Sekiranya kerajaan bersikap tidak peduli atas saranan ini, kami bimbang negara ini bakal dikuasai segerombolan penjenayah berunifom yang bakal menjejaskan keharmonian negara.

Edict mengambil kesempatan ini untuk berdiri teguh bersama ketua polis negara dalam memastikan keselamatan negara terjamin dan memartabat integriti polis di mata masyarakat. – Edict

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x