Home Civil Society Voices Kertas hijau, putih dan jawatankuasa pilihan sebagai pemacu reformasi/Green, white papers and...

Kertas hijau, putih dan jawatankuasa pilihan sebagai pemacu reformasi/Green, white papers and select committees should spur meaningful reforms

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Tahun 2026 merupakan secara umumnya tahun keempat bagi Parlimen ke-15 yang bermula pada 19 Disember 2022 dan kerajaan ‘Madani’ yang bermula pada 24 November 2022.

Ini bermakna Malaysia hanya mempunyai kurang daripada 24 bulan untuk melaksanakan sebarang reformasi institusi dalam tempoh Parlimen ke-15 dan pentadbiran kerajaan Madani, walaupun kedua-duanya kekal hingga tamat penggal pada 18 Disember 2027.

Malangnya, reformasi sering kali menjadi sasaran ketakutan yang sengaja dibangkitkan, fitnah, malah pemangsaan etno-agama, sehingga banyak reformasi ditinggalkan atau dikendurkan, walhal penyelesaian menang-menang yang munasabah boleh dicapai.

Kegagalan melaksanakan reformasi bukan sahaja menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap parti dan pemimpin politik yang sedang berkuasa, tetapi juga akan membebankan parti lawan apabila mereka pula berkuasa kelak, menghadapi tekanan awam yang lebih tinggi untuk melaksanakan reformasi.

Dalam era media sosial hari ini, perundingan tertutup secara berasingan antara kerajaan dan pelbagai pihak berkepentingan – seperti yang diamalkan kini – tidak lagi mencukupi untuk melindungi kerajaan dan usaha reformasi daripada serangan populis dan sinis, termasuk dari luar negara.

Sebarang langkah kerajaan menarik balik sesuatu reformasi di bawah tekanan hanya akan melemahkan kewibawaannya, bahkan mungkin ‘mengebumikan’ reformasi tersebut selama beberapa dekad serta menambah kekecewaan rakyat.

Pada tahun 2026, kami menggesa kerajaan persekutuan Madani agar mengorak langkah berani dengan melibatkan masyarakat secara terbuka, menggalakkan penyokong reformasi berdialog dengan pihak penentang dan yang berkecuali.

Semua pihak yang berkepentingan perlu diberi ruang untuk memiliki agenda reformasi ini – bukan sekadar menyalahkan kerajaan kerana bertindak terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Bagi reformasi yang masih belum mencapai kesepakatan nasional yang luas, kerajaan boleh memudah cara perbincangan awam dan rentas parti melalui beberapa instrumen berikut:

  • Kertas hijau (green papers) – dokumen awal kerajaan yang membentangkan pelbagai pilihan tanpa membuat sebarang komitmen
  • Kertas putih (white papers) – penjelasan kerajaan mengenai cadangan reformasi pilihan mereka untuk mendapatkan maklum balas awam
  • Jawatankuasa pilihan parlimen – platform untuk meneliti dan menambah baik draf rang undang-undang atau dasar sebelum diundi di Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Pada tahun 2026, kami menantikan pelaksanaan atau permulaan 10 reformasi berikut dengan penggunaan instrumen perbincangan awam dan rentas parti yang bermakna:

Jawatankuasa pilihan (sebelum pembentangan rang undang-undang)

  • Had penggal 10 tahun untuk perdana menteri, yang memerlukan pindaan kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan
  • Reformasi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bagi membolehkan pengawasan Parlimen dalam pencalonan ketua pesuruhjaya SPRM serta melalui pembentangan laporan tahunan SPRM untuk perbahasan Parlimen
  • Reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang memerlukan pindaan kepada Perkara 113–114 Perlembagaan Persekutuan, bagi membolehkan pengawasan Parlimen dalam pencalonan tujuh pesuruhjaya SPR dan melalui laporan tahunan SPR untuk perbahasan Parlimen

Perkara-perkara ini boleh diserahkan kepada satu jawatankuasa khas (ad hoc) baharu yang dibentuk khusus untuk tujuan tersebut atau kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.

Kertas putih (sebelum pembentangan rang undang-undang)

  • Pemisahan jawatan peguam negara dan pendakwa raya, yang memerlukan pindaan kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, selepas kajian dan rundingan meluas yang dikendalikan oleh bahagian hal ehwal undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri
  • Akta pembiayaan politik yang mengandungi komponen pembiayaan awam, selepas kajian dan rundingan mendalam yang dikendalikan oleh BHEUU dan penyediaan draf rang undang-undang oleh Kumpulan Parlimen Semua Parti Malaysia mengenai Pembiayaan Politik sejak 2024

Walaupun rundingan bersama pihak berkepentingan dan pakar telah dijalankan untuk perkara-perkara di atas, orang awam dan semua ahli Parlimen berhak mengetahui cadangan kerajaan sebelum mana-mana rang undang-undang diluluskan secara tergesa-gesa di Parlimen.

READ MORE:  Mind the gap: Malaysia's reform promise is wearing thin

Kertas hijau (sebelum penggubalan sebarang dasar atau perubahan undang-undang)

  • Keperluan dan keberdayaan kemudahan pengundian tidak hadir – yang boleh berupa undi pos, pengundian awal dari jarak jauh atau dalam bentuk lain – bagi pengundi di Sarawak, Sabah dan Labuan, serta di semenanjung yang perlu berada di luar wilayah mereka pada hari pengundian
  • Tuntutan, keperluan dan cadangan bagi penambahan kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta pengagihannya kepada Sarawak, Sabah, 11 negeri semenanjung dan tiga wilayah persekutuan
  • Pengagihan saksama dana pembangunan kawasan kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira afiliasi parti, di peringkat persekutuan dan negeri
  • Mencapai sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam Dewan Rakyat dan 13 dewan undangan negeri melalui inovasi dalam proses pilihan raya, sistem pilihan raya atau pembiayaan awam
  • Perwakilan demokratik dan kerajaan pilihan raya untuk wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Kertas hijau bermaksud kerajaan tidak mengikat diri kepada mana-mana cadangan atau pendirian, tetapi memudah cara perbincangan awam dengan menyusun perdebatan kepada beberapa pilihan yang munasabah untuk pertimbangan manfaat dan kos. Ini berguna untuk menggerakkan reformasi tanpa memaksakan sebarang penyelesaian sebelum munculnya konsensus yang menyeluruh.

Melihat kembali pencapaian yang telah dicapai, kami merakamkan penghargaan kepada kerajaan Madani serta sokongan semua ahli Parlimen daripada pelbagai parti terhadap pelaksanaan reformasi institusi dan perundangan berikut sejak November 2022:

  • Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, yang berkuat kuasa sejak 4 Julai 2023
  • Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023, yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2024
  • Pindaan kepada Perkara 15, 15A dan 26 serta jadual kedua Perlembagaan Persekutuan, terutamanya bagi memperluas hak kewarganegaraan kepada anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 17 Oktober 2024, namun masih belum dikuatkuasakan
  • Akta Majlis Media Malaysia 2025, yang berkuat kuasa sejak 14 Jun 2025
  • Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan pindaan kepada Perkara 56-57 Perlembagaan Persekutuan – telah menerima perkenan diraja pada 9 Julai 2025, namun masih belum dilaksanakan
  • Pengukuhan jawatankuasa pilihan parlimen dengan menjadikan jawatankuasa berfokuskan kementerian sebagai tetap serta meningkatkan keanggotaan maksimum setiap jawatankuasa daripada sembilan kepada 12 orang, melalui pindaan kepada peraturan mesyuarat Dewan Rakyat pada 12 Ogos


English version

Green, white papers and parliamentary select committees to deliver meaningful reforms in 2026

The year 2026 is by and large the fourth year of the 15th Parliament which started on 19 December 2022 and of the “Madani” (trustworthy) government which started on 24 November 2022.

This leaves Malaysia less than 24 months to achieve whatever institutional reforms in the 15th Parliament and the Madani government, even if it serves its full term till 1 December 2027.

Unfortunately, reforms have often become the subject of intensive fearmongering, smearing, and even ethno-religious demonisation, so much so many reforms are either abandoned or watered down, when reasonable win-win solutions could have been sought.

Abandoning reforms do not only cause the public to distrust parties and political leaders currently in power. It would probably also hurt the opposition parties and political leaders when they come into power next and encounter stronger public demands for reforms.

In this age of social media, separate closed-door consultations between the government and different stakeholders in solo – the current practice – cannot effectively shield the government and the intended reform from populist and cynical attacks, some of which may even originate from overseas.

READ MORE:  University reform: Address academic dishonesty

Any backtracking when under attack would not only weaken the government’s authority, but might also bury the reform for decades and fuel public frustration.

In 2026, we urge the “Madani” (trustworthy) federal government to adopt a bold strategy of public engagement, getting proponents of a reform to talk to its opponents and bystanders, and every concerned individual and group to take ownership of the reform, instead of blaming the government for doing too little or too much.

For each reform that a broad national consensus has not yet been built, the government can facilitate public and cross-partisan deliberation with some of these instruments:

  • Green papers, in which the government lays out potential options without committing to any
  • White papers, in which the government explains its favoured reform proposal to invite public responses
  • Parliamentary select committee, in which the draft bill or policy is fine-tuned before being put to vote by the House of Representatives and the Senate

In 2026, we look forward for the completion or commencement of these 10 reforms with the meaningful instrument of public and cross-partisan deliberation:

Select committees (before tabling of bill)

  • A 10-year term limit for the prime minister, necessitating an amendment to Article 43 of the Federal Constitution
  • Reform of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act, to enable parliamentary oversight in the nomination of the MACC chief and via though an annual report by the MACC for parliamentary debate
  • Reform of the Electoral Commission, necessitating an amendment to Articles 113-114 of the Federal Constitution, to enable parliamentary oversight in the nomination of the seven election commissioners and through an annual report by the commission for parliamentary debate

These may be assigned to a new purpose-built special (ad hoc) select committee or the Parliamentary Standing Select Committee on Human Rights, Elections and Institutional Reforms.

White papers (before tabling of bills)

  • The separation of the attorney general and public prosecutor, necessitating amendment to Article 145 of the Federal Constitution, after extensive research and consultations undertaken by the Prime Minister’s legal affairs bureau
  • The political financing act with a component of public funding, after much research and consultations led by the legal affairs bureau and the preparation of a draft bill by the All-Parties Parliamentary Group Malaysia on Political Financing since 2024

Green papers (before formulation of any policy or legal changes)

  • The need and viability of an absentee voting facility – which can be through postal voting, distant early voting or in other forms – for voters in Sarawak, Sabah and Labuan, and the peninsula who have to be away from their region on polling day
  • The demand for, desirability of and proposal for the expansion of the House of Representatives and Senate seats and their allocation to Sarawak, Sabah, the 11 states in the peninsula and the three federal territories
  • The equitable allocation of constituency development funds for all elected representatives regardless of party affiliation at both the federal and state levels
  • Attaining minimum 30% women’s representation for the House of Representatives and the 13 state legislatures through innovations in the electoral process, electoral system or public funding
  • Democratic representation and elected government for the federal territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya.
READ MORE:  Bolehkah Malaysia melangkaui politik 'gedebe'?

Green papers mean that the government does not commit itself to any proposal or position but facilitates public deliberation by structuring the debate to a few viable options for benefit and cost considerations. This is useful to advance reforms without imposing any solution before a broad-based consensus emerges.

Looking back, we register our appreciation for the Madani government and the support of all parliamentarians from various parties on the attainment of the following institutional and legal reforms since November 2022:

  • the Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023, in force since 4 July 2023
  • the Public Finance and Fiscal Responsibility Act 2023, in force since 1 January 2024
  • the amendment of Articles 15, 15A and 26 and the second schedule of the Federal Constitution, primarily to expand citizenship to overseas-born children of Malaysian mothers, passed by the House of Representatives on 17 October 2024, yet to come in force
  • the Malaysian Media Council Act 2025, in force since 14 June 2025;
  • the Parliamentary Service Act 2025 and the amendment of Articles 56-57 of the Federal Constitution – granted royal assent on 9 July 2025, yet to be implemented
  • the strengthening of parliamentary select committees by making these ministry-focused committees permanent and expanding the maximum membership of each committee from nine to 12, with the amendment of the House of Representatives standing order on August 12, 2025.

Endorsed by:

  1. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
  2. Agora Society Malaysia
  3. All Women’s Action Society (Awam)
  4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  5. Bait Al Amanah
  6. Borneo Komrad
  7. Buku Jalanan Chow Kit
  8. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  9. Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
  10. Community Action Nexus Berhad
  11. Dewan Perhimpunan China Melaka ⻢六甲华⼈⼤会堂
  12. Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan 森美兰华⼈⼤会堂
  13. Duroa Zone B1
  14. Engage
  15. Family Frontiers
  16. Federasi Pemuda Kebangsaan
  17. Friends of Bukit Kiara
  18. Gabungan Darurat Iklim Malaysia
  19. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
  20. Global Bersih
  21. Ikatan Anak Muda Tawau (Ikat)
  22. Iman Research
  23. Institute for Research & Development of Policy
  24. Kemban Kolektif
  25. Lawyer Kamek
  26. Liga Rakyat Demokratik
  27. LLG Cultural Development Centre 林连⽟基⾦
  28. Mandiri
  29. Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
  30. Movement for Change, Sarawak (MoCS)
  31. Muslim Professionals Forum (MPF)
  32. National Human Rights Society of Malaysia (Hakam)
  33. Pacos Trust
  34. Penang Women Development Corporation (PWDC)
  35. Pergerakan Orang Empowerment and Revolution (POW.ER)
  36. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  37. Persatuan Bertindak Pilihan Raya Bebas Dan Saksama (Tindak)
  38. Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur / Kuala Lumpur Residents Action for Sustainable Development Association (KLRA+SD)
  39. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose) Sarawak
  40. Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam
  41. Pertubuhan Solidaritas
  42. PurpleLily
  43. Pusat Kommuniti Masyarakat (Komas)
  44. Rasuah Buster
  45. Sabah Action Body Advocating Rights (Sabar)
  46. Sabah Entitlement and Equity Now (SEEN Org)
  47. Sabah Youth Movement
  48. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  49. Selamatkan Kuala Lumpur
  50. SIS Forum (Malaysia)
  51. Society of Entrepreneurial Educational Development
  52. Suara Mahasiswa UMS
  53. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  54. Sustainable Petaling Jaya Association
  55. Tenaganita
  56. The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
  57. The Federation of Chinese Associations, Johore State 柔佛州中华总会
  58. The Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  59. The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 吉隆坡暨雪兰莪华⼈⼤会堂
  60. The Sarawak Initiatives
  61. Undi18
  62. United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong) 董总
  63. Vokal Sejiwa
  64. Women’s Centre for Change, Penang (WCC)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x