Home Civil Society Voices Kes Najib: Hormati keputusan mahkamah, bersama basmi rasuah

Kes Najib: Hormati keputusan mahkamah, bersama basmi rasuah

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) mengajak masyarakat untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib Razak bagi kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Perjalanan kes ini diperhatikan seluruh warga dunia. Keputusan kes ini penting bagi memulihkan kredibiliti sistem kehakiman negara. Kebebasan institusi kehakiman adalah penting untuk mana-mana negara yang bermaruah.

Kes penyelewengan ini merupakan satu tragedi untuk negara yang membawa kesan dan persepsi negatif yang berpanjangan.

Ikram berharap kes ini menjadi pengajaran kepada para pemimpin politik, sama ada kerajaan atau pembangkang, juga pemimpin agensi atau syarikat kerajaan, serta institusi perbankan, kakitangan awam dan lain-lain, agar menjadikan tanggungjawab kepimpinan ini satu amanah dan tiada pemimpin akan datang yang berani melibatkan diri dalam apa jua bentuk penyelewengan wang dan rasuah.

Di samping itu, pemimpin yang amanah, berintegriti dan adil hendaklah diangkat, agar negara boleh fokus kepada pembangunan dan pelaksanaan model solusi yang berimpak kepada rakyat.

Ikram mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama dalam usaha membina negara selari dengan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara rahmah dengan kepemimpinan negara yang kompeten dan berintegriti, sistem pemerintahan yang berasaskan semak dan imbang yang berkesan, tadbir urus yang baik dan undang-undang yang adil.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x