Home Civil Society Voices Konflik Palestin-Israel: Gencatan senjata dialu-alukan tetapi amalan diskriminasi terhadap warga Palestin harus...

Konflik Palestin-Israel: Gencatan senjata dialu-alukan tetapi amalan diskriminasi terhadap warga Palestin harus dihentikan (Malay/Engli

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pusat Komas mengalu-alukan genjatan senjata yang diumumkan oleh pihak Israel dan Hamas setelah tindakan ketenteraan oleh rejim “aparteid” Israel yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan tidak seimbang terhadap rakyat Palestin di Gaza serta Tebing Barat baru-baru ini yang telah berlarutan selama lebih satu minggu.

Kejadian berbalas serangan antara pihak Israeli occupation forces dan Hamas yang tercetus sebelum sambutan Aidilfitri lalu bukanlah satu perkara yang baharu malah ianya merupakan rentetan dari konflik kemanusiaan dan jenayah peperangan yang berlaku di Gaza sejak pengusiran beramai-ramai rakyat Palestin pada tahun 1948.

Bukanlah menjadi suatu rahsia lagi bahawa Israel mempunyai rekod yang memalukan dalam pematuhan terhadap piawaian hak asasi antarabangsa dan pencabulan resolusi-resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui pentadbiran, dasar awam serta tindakan-tindakan yang melanggar hak asasi manusia rakyat Palestin.

Kita bersolidariti dengan rakyat Palestin yang kental dalam memastikan hak-hak asasi mereka terpelihara dan ditegakkan.

Di peringkat tempatan, mereka telah mengambil pendekatan yang aman melalui protes jalanan serta perhimpunan awam walaupun seringkali menerima tindakbalas yang keras oleh Israeli occupation forces.

Di peringkat antarabangsa pula, mereka telah menggunakan kaedah dan mekanisme perundangan yang melibatkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court) di mana siasatan terhadap jenayah perang dan kemanusiaan oleh Israel sejak 2014 telah mula disiasat. Palestin juga telah mengemukakan aduan kepada Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum PBB pada tahun 2018 untuk meneliti, menilai serta memberikan syor kepada Israel untuk memenuhi komitmennya terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.

Semakan oleh Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Kaum pada tahun 2019 telah mendapati terdapat amalan diskriminasi perkauman dan perlanggaran terhadap hak-hak asasi manusia rakyat Palestin yang dilakukan oleh Israel.

Jawatankuasa tersebut telah mengusulkan beberapa syor kepada Israel bagi menambahbaik komitmennya terhadap Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum. Antara syor yang dimaksudkan termasuklah pemberian layanan yang samarata terhadap semua individu dengan menjamin akses yang samarata untuk kewarganegaraan, perlindungan undang-undang, manfaat ekonomi dan sosial; hak terhadap pemilikan hartanah; dan Israel juga disarankan untuk mengubahsuai atau menghapuskan sebarang perundangan yang tidak menepati prinsip-prinsip anti-diskriminasi.

Namun begitu, saranan jawatankuasa tersebut tidak dihiraukan oleh Israel. Keangkuhan Israel untuk mematuhi piawaian antarabangsa dalam menegakkan hak-hak asasi manusia sejagat semakin jelas apabila Israel secara terang-terangan menolak dari terlibat dengan proses siasatan yang dilaksanakan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa susulan aduan oleh Palestin pada tahun 2015.

READ MORE:  Time to cut ties? US support for Israel under scrutiny

Oleh yang demikian, badan-badan antarabangsa terutamanya PBB perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan tegas dalam menggerakkan usaha untuk menamatkan krisis Palestin-Israel yang telah berlarutan ini dengan menyediakan penyelesaian yang adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat. Segala langkah yang boleh mempercepat dan memudahcara proses untuk mengembalikan semula hak-hak asasi dan maruah rakyat Palestin perlu diambil oleh PBB; bukan sekadar mengeluarkan kenyataan-kenyataan media sahaja.

Tindakan berterusan bersifat diskriminasi perkauman yang dilaksanakan oleh Israel ini harus ditolak sepenuhnya oleh masyarakat global kerana tindakan yang zalim ini juga secara terang-terangan bertentangan dengan Deklarasi Dan Program Tindakan Durban yang diiktiraf sewaktu Persidangan Dunia Menentang Rasisme tahun 2001 sebagai konsensus antarabangsa dalam menghapuskan diskriminasi perkauman.

Pusat Komas yang giat terlibat sewaktu persidangan itu telah memberikan sokongan kuat supaya isu Palestin ini diangkat sebagai salah satu daripada tiga isu paling besar dunia sewaktu persidangan tersebut. Diskriminasi perkauman yang tidak dibendung akan menyumbang kepada kelahiran sikap ekstrimisme. Dalam jangka masa yang panjang, ia akan mengakibatkan kezaliman dan menggalakkan perlanggaran hak asasi manusia.

Kami mengalu-alukan genjatan senjata yang telah diumumkan dan menggesa Israel untuk berhenti daripada menggunakan sebarang tindakan ketenteraan terhadap masyarakat awam yang akan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan bangunan-bangunan penting serta kelumpuhan perkhidmatan awam.

Kami turut menggesa Hamas walaupun ianya dilakukan untuk melindungi diri, untuk tidak menggunakan kekerasan yang disasarkan kepada masyarakat awam Israel. Walaupun keganasan telah dihentikan seketika, para pemimpin dunia tidak boleh leka dan perlu terus menggunakan waktu yang ada untuk mewujudkan keamanan yang berpanjangan untuk rakyat Palestin.

Kita bersolidariti dengan saudara-saudari kita di Palestin dengan mengatakan tidak kepada kezaliman berterusan yang dialami mereka. Mereka juga memiliki hak asasi manusia dan maruah diri untuk hidup di negara mereka secara aman, damai dan harmoni. – Komas

English version

Palestine-Israel conflict: Ceasefire welcomed but discrimination against the Palestinians must stop

Pusat Komas welcomes the ceasefire announcement by both the Israel and Hamas government after the recent unjust, inhumane and disproportionate military actions by the Israeli “apartheid” regime against the Palestinians in Gaza and the West Bank which lasted for more than a week.

READ MORE:  Israel kills over 100 Palestinians in dawn massacre

The exchange of fire between the Israeli occupation forces and Hamas that broke out before the Aidilfitri celebrations was not a new incident, but a continuation of a long-running humanitarian and human rights crisis that has taken place in Gaza since 1948.

It is not a secret that Israel has a shameful human rights record in its administration, policies and actions, which have consistently failed to adhere to international human rights standards and UN resolutions and which violate the rights of the Palestinian people.

We stand in solidarity with the brave Palestinian people, who are resilient in ensuring that their fundamental rights are protected and upheld.

At the local level, they have taken a peaceful approach through demonstrations and public gatherings even though they were met with violent responses by the Israeli occupation forces.

The Palestinian people have also used international legal mechanisms such as the International Criminal Court to investigate Israel’s crimes against humanity and war crimes, and the Committee on the Elimination of Racial Discrimination to review and provide recommendations to Israel to ensure their commitment to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.

The review by the Committee on the Elimination of Racial Discrimination in 2019 has indicated that there were indeed elements of racial discrimination in the actions and practices of Israel.

The committee has also proposed several recommendations to Israel to ensure that it adheres to its obligation under the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination. The recommendations include providing equal treatment to all individuals by guaranteeing equal access to citizenship, legal protection, economic and social benefits and the right to property ownership. Furthermore, Israel was also advised to repeal any laws and legislation that do not adhere to anti-discrimination principles.

However, the committee’s recommendations were ignored by Israel. Israel’s arrogance to not adhere to universal human rights standards was more apparent when they blatantly refused to work with the International Criminal Court on the war crimes probe following the submission of a complaint by Palestine in 2015.

READ MORE:  How Israel killed hundreds of its own people on 7 October

Therefore, it is imperative for international organisations like the UN to play a stronger proactive role to end the longstanding Palestinian-Israeli crisis by providing a fair and equitable solution to all parties involved. All measures to speed up and facilitate the process to restore the fundamental rights and dignity of the Palestinian people must be exhausted by the UN and not through the release of media statements only.

Furthermore, Israel’s continual acts of racial discrimination should be ostracised by the global community as these acts of injustice are contrary to the Durban Declaration and Programme of Action, adopted during the 2001 World Conference Against Racism.

We in Pusat Komas, who were actively involved in the organising processes of the conference, have expressed our unequivocal support to the Palestinian cause, which was identified in 2001 to be one of the three most pressing racism issues in the world. It is essential for this issue to be resolved as soon as possible, as sustained racial discrimination against any people will lead to the growth of extremism which would inadvertently lead to more incidents of injustice and violations of human rights.

We welcome the ceasefire announcement and urge Israel to desist from ever using military action against the public as it would result in the loss of life, destruction of important buildings and the paralysis of the civil service.

We also urge Hamas, in its right to defend the nation, to not resort to violence targeted at the Israeli public. Even though the violence has stopped for now, the world leaders should come together to build long-lasting peace for the Palestinians.

We come together in solidarity with our Palestinian sisters and brothers to reject the tyranny experienced by them. They too have human rights and dignity to live in their country safely, peacefully and harmoniously. – Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x