
[ENGLISH VERSION BELOW] Penededahan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berhubung perjanjian berat sebelah di antara kerajaan terdahulu dan dua syarikat konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mengejutkan rakyat Malaysia.
Menteri berkenaan selanjutnya mendedahkan kerajaan BN membeli aset kedua-dua syarikat itu, yang terdiri daripada 40 kamera AES dengan harga RM555 juta yang dibayar oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT); perkara ini menambahkan lagi kejutan, khususnya kepada anggota tentera yang masih berkhidmat dan para veteran.
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) mendesak siasatan menyeluruh berhubung perkara ini.
SPRM dan bahagian jenayah komersil polis harus segera bertindak tanpa perlu menunggu laporan dibuat. Patriot menuntut untuk mengetahui siapakah pemilik korporat dua konsesi AES, iaitu ATES dan Beta Tegap. Kenapakah pengarah urusan dan lembaga pengarah LTAT membenarkan RM 555 juta diambil dari dana tersebut?
Tujuan utama LTAT ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan dan menguruskan manfaat persaraan untuk para anggota perkhidmatan. Apabila dana LTAT digunakan sedemikian rupa, ia merupakan pecah amanah.
Walaupun pengarah urusan dan lembaga pengrah menerima arahan daripada ketua kerajaan, kelakuan sedemikian adalah tidak terhormat, tidak dapat diterima dan satu pengkhianatan amanah. Dalam struktur pemerintahan pasukan tentera, para pemimpin/pemerintah tertinggi menjaga kebajikan dan melindungi keselamatan anggota-anggota mereka.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Sebagai balasan, anggota bawahan akan memberi sokongan tidak berbelah bagi dan bahkan bersedia untuk mempertaruhkan nyawa mereka melaksanakan misi berbahaya. Oleh kerana LTAT berkait rapat dengan tentera dan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan, pemimpin korporat LTAT perlu mematuhi norma-norma institusi ketenteraan.
LTAT hari ini memiliki 59.4% daripada Boustead Holdings Bhd. Boustead Holdings Bhd memiliki 57.4% daripada Boustead Plantation Bhd, 20.7% daripada Affin Bank Bhd, 56.1% daripada Pharmaniaga Bhd, 65.0% daripada Boustead Heavy Industries Corp Bhd, dan beberapa buah syarikat lain.
Boustead Holdings Bhd telah diberikan kontrak untuk membekalkan empat kapal misi pesisir (LMS) yang dilaporkan berharga RM1.2bn, satu isu yang Patriot ditonjolkan pada 28 Mei 18. Sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan berhubung perkara ini.
Patriot dengan tegas mendesak LTAT menggunakan kuasa dan pemilikan empayar perniagaannya yang luas untuk menjaga kesejahteraan anggota perkhidmatan dan veteran secara serius, seperti menyediakan peluang pekerjaan, latihan sambil kerja bagi mereka sedang kursus peralihan dan pemberian biasiswa untuk anak-anak mereka. Kedai rangkaian Pernama perlu disusun semula dan skop perniagaan dikembangkan untuk memberi manfaat yang lebih baik. Mengembalikan lebih banyak keuntungan sebagai bonus kepada ahli.
LTAT bukan sahaja perlu melakukan apa yang dicadangkan, tetapi perlu dilihat sebagai melakukannya secara terus menerus oleh warga tentera. Ini adalah sekurang-kurangnya yang boleh dilakukan oleh LTAT.
BG Dato Mohd Arshad Raji (Rtd) ialah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan.
English version
Lopsided AES contract, LTAT’s involvement doubly shocking
Transport Minister Anthony Loke’s revelation on what appears to be lopsided agreement between the previous government and the two concessionaire companies of the Automated Enforcement System (AES) is shocking to the Malaysian public.
The minister’s further revelation that the BN government bought over the assets of the two companies, comprising mainly 40 AES cameras at a price of RM555m paid by the Armed Forces Fund Board (LTAT), is even more shocking, particularly those serving personnel of the armed forces and the veterans.
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) demands full investigation into this matter.
The MACC and the police commercial crime division must immediately spring to action and not wait for reports. Patriot demands to know who the corporate owners of the two AES concessionaires are, namely ATES and Beta Tegap. Why did the managing director and the board of directors of LTAT allow the RM555m to be taken from the fund?
The LTAT was set up primarily to take care of the welfare and manage retirement benefits for service personnel. When LTAT funds are used in such a manner, it is criminal breach of trust.
Even if the managing director and board of directors were taking instructions from the head of government, such conduct was dishonourable, unacceptable and a betrayal of trust. In the command structure of the security forces, top leaders/commanders take good care of the welfare and protect the safety of their men. In return those under their command give undying support and are even prepared to risk their lives in dangerous missions.
As LTAT is closely related to the military and under the jurisdiction of the Ministry of Defence, the corporate leaders of LTAT are expected to abide by the norms of the military establishment.
LTAT today owns 59.4% of Boustead Holdings Bhd. Boustead Holdings Bhd in turn owns 57.4% of Boustead Plantation Bhd, 20.7% of Affin Bank Bhd, 56.1% of Pharmaniaga Bhd, 65.0% of Boustead Heavy Industries Corp Bhd, and a string of other companies. Boustead Holdings Bhd was given the contract to supply the four littoral mission ships reported to be RM1.2bn, an issue Patriot highlighted on 28 May 18. Until today, nothing seems to have materialised regarding the outcome.
Patriot strongly requests LTAT to use its authority and ownership of its vast business empire to seriously take care of the welfare of service personnel and veterans, such as providing employment opportunities, on-the-job training for those in resettlement courses, and scholarships for their children. The Pernama chain stores need to be restructured and the scope of business expanded to give better benefits. Plough back more of the profits to be given as bonuses to the members.
LTAT must not only be doing what is suggested, it must also be continally seen to be doing them by the men and women of the armed forces. It is the least LTAT can do.
BG Dato Mohd Arshad Raji (Rtd) is president of Persatuan Patriot Kebangsaan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Investigate and charge them.