Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) menyambut baik keputusan Hakim Koroner Mahyon Talib pada 11 September dalam kes inkues kematian Benedict a/l Thanillas.
Koroner mendapati terdapat kecuaian dan pengabaian tugas oleh pihak polis dalam kematian Benedict.
Benedict merupakan seorang pesakit kronik yang ditahan oleh pihak polis pada tahun 2017 lalu dan didapati mati dalam tahanan polis di Lokap Berpusat Jinjang.
Koroner Mahyon Talib juga menegaskan supaya pihak polis dan Jabatan Peguam Negara mesti mengambil tindakan ke atas pegawai polis yang terlibat.
Edict ingin memuji tindakan loroner kali ini dalam memberikan keputusan yang jelas berpandukan prinsip hak asasi manusia dan perlembagaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Edict juga memuji pihak pegawai pengendali kes daripada Jabatan Peguam Negara yang turut bersetuju dengan pihak keluarga mendiang bahawa pengabaian dan kecuaian pihak polis ke atas mendiang adalah punca kematian ini berlaku.
Edict berharap agar mahkamah koroner yang lain dapat meneladani keputusan kes ini bagi kes-kes yang serupa berkaitan pengabaian dan kecuaian pihak polis ke atas tahanan.
Akhir sekali, kami ingin menegaskan, kematian dalam tahanan adalah tidak wajar sama sekali berlaku dalam apa jua keadaan. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan Malaysia ke arah sifar kematian dalam tahanan.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme