Home Civil Society Voices Kuatkuasa dan reformasi dasar untuk lindungi sungai di Malaysia (Malay/English)

Kuatkuasa dan reformasi dasar untuk lindungi sungai di Malaysia (Malay/English)

A polluted river in Johor - CAP

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Malaysia amat kaya dengan sumber air dengan sekitar 98% keperluan air kita datangnya dari sungai dan anak sungai. Malangnya, ramai individu dan entiti mengabaikan penjagaan sungai kita sehingga mengakibatkan masalah pencemaran yang teruk.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menuntut tindakan segera daripada kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang alam sekitar sedia ada untuk mencegah aktiviti perindustrian berhampiran sungai dan melaksanakan dasar yang menyasarkan pencemaran pada sumbernya.

Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2023, daripada 672 sungai yang dipantau, 25 (4%) adalah tercemar, 161 (24%) sedikit tercemar, dan 486 (72%) menunjukkan kualiti air yang baik.

Secara amnya, dinyatakan bahawa penurunan kualiti air sungai yang direkodkan pada 2023 adalah disebabkan oleh peningkatan beban pencemaran di sungai daripada punca tetap dan punca tidak tetap. Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan, sungai-sungai kita masih terus tercemar.

Tumpuan perlu diberikan kepada perlindungan dan pemuliharaan agar ianya lebih murah dan lebih berkesan dalam jangka masa panjang – dan bukannya bergantung kepada projek pembersihan berterusan.

Baru-baru ini media melaporkan bahawa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan jawatankuasa khas menangani kemerosotan kualiti air sungai kebangsaan melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia akan menerajui jawatankuasa kerja untuk mengenal pasti bahan cemar baharu.

Mesyuarat Majlis Air Negara juga telah bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia dengan membabitkan semua pemegang taruh untuk memastikan masalah itu dapat ditangani segera.

Pembentukan jawatankuasa khusus untuk mengenal pasti bahan pencemar baharu dan membangunkan dasar untuk mengukuhkan pentadbiran yang berkaitan dengan bahan pencemar baharu dalam sumber air negara merupakan satu inisiatif yang dipuji.

Walaupun memahami jenis bahan pencemar yang menjejaskan badan air kita adalah mustahak, menangani punca pencemaran adalah penting bagi perlindungan jangka panjang sungai-sungai kita. Oleh itu, pendekatan semasa mestilah dikembangkan untuk mengutamakan pencegahan, penguatkuasaan dan dasar yang lebih ketat bagi menangani pencemaran di sumbernya.

Isu pencemaran yang berterusan menyerlahkan lagi perancangan fizikal yang kritikal dan jurang penguatkuasaan. Walaupun peraturan alam sekitar wujud, ia hanya berkesan jika dikuatkuasakan dengan tegas. Tidak bertindak atau tindakan yang tertangguh daripada pihak berkuasa membenarkan pencemar meneruskan amalan berbahaya tanpa mempedulikan akibatnya.

Kira-kira 50 kes pencemaran sungai dilaporkan di Selangor pada tahun ini.

Menurut ahli jawatan majlis untuk kesihatan awam dan alam sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Luas) yang dipinda, yang memperuntukkan hukuman yang lebih berat, berjaya mengurangkan kes pencemaran air berbanding tahun 2023.

Enakmen Luas 1999 (Pindaan 2020) termasuk hukuman penjara mandatori, menaikkan denda daripada maksimum RM100,000 kepada minimum RM200,000 dan sehingga RM1 juta bagi pencemaran sumber air tidak berlesen. Enakmen Luas juga memerlukan pesalah untuk menampung semua kos yang ditanggung oleh Luas bagi pemulihan.

Sungai merupakan sebahagian daripada kawasan tadahan air utama, dataran banjir atau ekosistem kepelbagaian biologi, dan dengan itu ia merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Kawasan-kawasan ini penting untuk mengekalkan alam semula jadi dan mengekalkan sumber air bersih.

Beban pencemaran, yang merujuk kepada kuantiti dan kepekatan bahan pencemar yang dimasukkan ke dalam badan air dalam tempoh tertentu, merupakan faktor kritikal dalam menentukan kesihatan sungai.

Dasar sungai juga memainkan peranan penting dalam menguruskan beban pencemaran sebagai penapis semula jadi untuk memerangkap mendapan dan bahan pencemar.

Namun, aktiviti perindustrian termasuk operasi kilang masih ditempatkan berhampiran sungai. Lokasi yang dekat ini merupakan faktor risiko penting bagi pencemaran air sungai, kerana sisa yang tidak dirawat atau tidak dirawat dengan sempurna boleh dialirkan dengan mudah ke dalam sungai, merendahkan kualiti air dan membahayakan kesihatan manusia dan ekosistem.

Penebangan hutan merupakan satu lagi faktor kritikal yang menyumbang dengan ketara kepada pencemaran air sungai. Penyingkiran tumbuh-tumbuhan semula jadi menjejaskan kestabilan tanah dan membawa kepada peningkatan hakisan dan air larian, yang membawa sedimen dan bahan berbahaya ke dalam sungai.

Untuk melindungi sumber air kita, adalah penting untuk menghentikan penebangan hutan dan menggalakkan usaha penghutanan semula, memastikan penampan semula jadi ini kekal dalam keadaan yang baik untuk menapis bahan pencemar dan menstabilkan alam sekitar.

Untuk memerangi pencemaran sungai dengan lebih berkesan, adalah penting untuk melaksanakan perancangan dan pengezonan yang komprehensif. Pengezonan yang betul memastikan ekosistem sungai yang sensitif dilindungi daripada aktiviti perindustrian dan komersial yang boleh menyebabkan pencemaran.

Perancangan kawasan yang sesuai bagi pelbagai jenis guna tanah boleh menghalang aktiviti berisiko tinggi daripada berlaku berhampiran sungai dan mengurangkan kemungkinan bahan pencemar memasuki badan air kita.

Pengezonan juga menyokong penubuhan zon penampan riparian, di mana tumbuh-tumbuhan semula jadi boleh membantu menapis air larian sebelum ia memasuki sungai, seterusnya melindungi kualiti air.

Menambah baik pengurusan sisa adalah penting untuk mengurangkan pencemaran. Pengurusan sisa yang berkesan memastikan sisa dikumpulkan, dirawat dan dilupuskan dengan betul. Dengan demikian, ia dapat meminimumkan risiko bahan pencemar memasuki badan air.

Tambahan pula, usaha pencegahan pencemaran, seperti menyekat penggunaan bahan kimia pertanian, boleh menangani isu di sumbernya.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan segera untuk mengukuhkan lagi penguatkuasaan, menyemak dasar dan melaksanakan langkah pencegahan.

Dengan menggabungkan usaha ini, kita boleh menjaga sungai kita dan memastikan air yang lebih bersih bagi generasi akan datang. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

English version

Stronger enforcement and policy reforms needed to protect Malaysia’s rivers

Malaysia is rich in water resources with around 98% of our water needs coming from rivers and streams. Unfortunately, many individuals and entities neglect the care of our rivers, resulting in severe pollution issues.

The Consumers’ Association of Penang (CAP) demands urgent and immediate action from the government to enforce existing environmental laws, to prevent industrial activities near rivers and to implement stringent policies that target pollution at its source.

According to the Environmental Quality Report 2023, out of the 672 rivers monitored, 25 (4%) were polluted, 161 (24%) were slightly polluted, and 486 (72%) showed good water quality.

In general, the decrease in river water quality recorded in 2023 was attributed to an increase in the pollution load on the river from point sources and non-point sources.

Despite various government efforts, our rivers continue to be polluted. Instead of relying on constant clean-up projects, focusing on protection and conservation would be cheaper and more effective in the long run.

Recently the Ministry of Energy Transition and Water Transformation was quoted by the media as stating that the special committee to address the deterioration of river water quality through the National Water Research Institute of Malaysia, will spearhead a working committee to identify new types of pollutants.

The National Water Council meeting has also agreed to the need to establish a working committee to examine the threat of water pollution in Malaysia by involving all stakeholders to ensure that the problem can be dealt with immediately.

The formation of this new committee dedicated to identifying emerging pollutants and developing policies to strengthen administration related to new types of pollutants in the nation’s water sources is a commendable initiative.

While understanding the types of pollutants affecting our waterways is crucial, addressing the root causes of the pollution is essential for providing the long-term protection our rivers desperately need. Thus, our current approach must evolve to prioritise prevention, enforcement and stringent policies that address pollution at its source.

The ongoing pollution issues highlight a critical spatial planning and enforcement gap. Although environmental regulations exist, they would be effective only if enforced stringently. Inaction or delayed responses from authorities allow polluters to continue harmful practices with little fear of consequences.

About 50 cases of river pollution were reported in Selangor this year. According to the Selangor executive council member for public health and environmental issues, Jamaliah Jamaluddin, enforcement of the amended Selangor Water Management Board (Luas) Enactment that provided for heavier penalties had succeeded in reducing water pollution cases compared to the year 2023.

The amended Luas Enactment of 2020 included mandatory imprisonment, increasing fines from a maximum of RM100,000 to a minimum of RM200,000 and up to RM1m for unlicensed water source pollution. The Luas Enactment also requires offenders to cover all costs incurred by Luas for remediation.

Rivers are often part of primary water catchments, floodplains or biodiverse ecosystems and thus are environmentally sensitive areas. These areas are critical for sustaining the natural environment and maintaining clean water resources.

Pollution load, which refers to the quantity and concentration of pollutants introduced into a water body over a specific period, is a critical factor in determining the health of rivers.

The riverbed plays a significant role in managing the pollution load as a natural filter to trap sediments and pollutants.

However, industrial activities, including the operation of factories near rivers, continue unabated. This proximity is a significant risk factor for river water pollution, as untreated or inadequately treated effluents can easily be discharged into rivers, degrading water quality and endangering human health and the ecosystem.

Deforestation is another critical factor that significantly contributes to river water pollution. The removal of natural vegetation destabilises the soil, leading to increased erosion and run-off, which carry sediments and harmful substances into rivers.

To protect our water resources, it is essential to halt deforestation and promote reforestation efforts, ensuring that these natural buffers remain intact to filter pollutants and stabilise the environment.

To combat river pollution effectively, it is crucial to implement comprehensive planning and zoning. Proper zoning ensures that sensitive river ecosystems are protected from industrial and commercial activities that could cause pollution.

Proper planning of areas for different types of land use can prevent high-risk activities from taking place near rivers, reducing the likelihood of pollutants entering our water bodies.

Zoning also supports the establishment of riparian buffer zones, where natural vegetation can help filter run-off before it enters the river, further protecting water quality.

Improving waste management is vital to reducing pollution. Effective waste management ensures that waste is properly collected, treated and disposed of, thus minimising the risk of pollutants entering water bodies.

Furthermore, pollution prevention efforts, such as restricting the use of agrochemicals, can address issues at their source.

The Consumers’ Association of Penang (CAP) urges the government to take immediate action to strengthen enforcement, revise policies and implement preventive measures.

By combining these efforts, we can safeguard our rivers and ensure cleaner water for future generations. – CAP

Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x