Home Civil Society Voices Kukuhkan perlindungan kanak-kanak di sekolah / Call for school safeguarding reforms

Kukuhkan perlindungan kanak-kanak di sekolah / Call for school safeguarding reforms

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pesuruhjaya kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya susulan pemergiannya yang tragis di Batu Pahat, Johor.

Kehilangan nyawa seorang kanak-kanak merupakan satu tragedi yang amat menyayat hati, dan ingatan serta doa kami bersama keluarga serta insan tersayang yang sedang berduka dalam menghadapi saat yang amat sukar ini.

Pesuruhjaya kanak-kanak  menyeru orang awam, organisasi media dan pengguna media sosial agar memberikan privasi, maruah serta ruang yang sewajarnya kepada keluarga untuk melalui tempoh berkabung.

Kami dengan tegas menyeru semua pihak agar mengawal diri dan tidak menerbitkan laporan media yang mengganggu privasi, menyebarkan imej yang menyedihkan atau mengedarkan dakwaan yang belum disahkan.

Menghormati siasatan

Pesuruhjaya kanak-kanak  mengiktiraf tindakan pantas polis dalam memulakan siasatan menyeluruh berhubung kejadian tersebut.

Pesuruhjaya kanak-kanak  tidak membuat sebarang andaian awal berhubung keadaan, motif atau faktor khusus yang menyumbang kepada tragedi ini, termasuk laporan yang belum disahkan berkaitan kemungkinan berlakunya buli, dan menyeru orang awam agar mengelakkan spekulasi, tuduhan pramatang di platform dalam talian atau ‘perbicaraan oleh media’.

Sekiranya kanak-kanak terlibat dalam apa jua keadaan, sama ada sebagai saksi, rakan sebaya yang terkesan atau individu yang sedang disiasat, proses yang adil dan hak mereka di sisi undang-undang hendaklah sentiasa dijamin.

Selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001, hak, privasi, maruah serta prinsip anggapan tidak bersalah bagi setiap kanak-kanak hendaklah dilindungi.

Perlindungan terhadap hak dan kerahsiaan kanak-kanak yang sedang disiasat tidak bermakna keseriusan kehilangan yang berlaku dipandang ringan, dan tidak menghalang mana-mana pihak daripada dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang.

Perlindungan institusi

Walaupun siasatan jenayah oleh polis penting untuk menentukan fakta dan mengenal pasti sama ada terdapat sebarang kesalahan jenayah, pesuruhjaya kanak-kanak  menegaskan bahawa aspek perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran pendidikan juga perlu diberi perhatian.

Dalam hal ini, siasatan jenayah oleh pihak penguat kuasa dan semakan oleh Kementerian Pendidikan terhadap aspek keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di institusi pendidikan merupakan dua proses yang berbeza, namun kedua-duanya penting dan saling melengkapi:

  • Siasatan polis: Memberi tumpuan kepada penentuan fakta, pengumpulan bukti dan mengenal pasti liabiliti jenayah di bawah undang-undang yang berkaitan.
  • Semakan perlindungan oleh Kemenenterian Pendidikan: Meneliti kerangka pentadbiran, protokol pengawasan, strategi pengurusan risiko dan langkah-langkah keselamatan fizikal bagi mengenal pasti kelemahan sistemik serta mencegah tragedi seumpama ini daripada berulang.

Persoalan yang lebih luas ini penting untuk mengenal pasti dan mencegah risiko pada masa hadapan. Namun, ia tidak bermaksud bahawa telah berlaku kegagalan di pihak institusi dalam kes ini.

Memperkukuh perlindungan di sekolah

Setiap kanak-kanak berhak untuk belajar dalam persekitaran yang selamat dan melindungi kesejahteraan mereka.

Keselamatan di sekolah bukan sekadar soal pematuhan kepada peraturan disiplin, tetapi juga memerlukan budaya yang mengutamakan perlindungan, kepentingan dan keperluan kanak-kanak.

Bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di semua sekolah, pesuruhjaya kanak-kanak  mengesyorkan agar Kementerian Pendidikan mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

  • Pemantauan keberadaan murid yang lebih berkesan: Sekolah perlu memastikan keberadaan murid dipantau bukan sahaja melalui rekod kehadiran pada waktu pagi, tetapi juga melalui prosedur yang jelas apabila murid meninggalkan sekolah atau diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga. Pemantauan juga perlu merangkumi kelas tambahan, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan aktiviti selepas waktu persekolahan.
  • Prosedur yang jelas apabila murid hilang atau tidak dapat dikesan: Kementerian Pendidikan perlu menyediakan garis panduan yang seragam mengenai tindakan yang perlu diambil apabila seseorang murid tidak dapat dikesan. Ini termasuk tindakan pencarian segera, tanggungjawab pihak sekolah, tempoh untuk memaklumkan ibu bapa atau penjaga dan pihak pentadbiran, serta bila perkara tersebut perlu dilaporkan kepada polis.
  • Penilaian risiko bagi aktiviti selepas waktu persekolahan: Sekolah perlu menilai risiko keselamatan bagi aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan biasa. Penilaian ini perlu mengambil kira jumlah petugas yang mengawasi murid, pergerakan murid di kawasan sekolah serta lokasi yang terpencil atau kurang dipantau.
  • Penilaian menyeluruh terhadap perlindungan murid di sekolah: Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan penilaian secara menyeluruh di sekolah-sekolah bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh menjejaskan keselamatan dan perlindungan murid. Ini termasuk pemantauan pergerakan murid, saluran pelaporan, kawasan sekolah yang kurang mendapat pengawasan serta tahap kesedaran warga sekolah mengenai perlindungan kanak-kanak.
  • Meningkatkan kefahaman mengenai perlindungan kanak-kanak: Kementerian Pendidikan perlu memastikan semua murid memahami dasar perlindungan kanak-kanak di sekolah, termasuk hak mereka untuk berada dalam persekitaran yang selamat, cara mengenal pasti dan melaporkan kejadian buli, penderaan atau gangguan, serta saluran yang boleh digunakan untuk mendapatkan bantuan.
READ MORE:  Keep children out of political campaigning

Sokongan berasaskan trauma

Kesan emosi dan psikologi daripada tragedi seperti ini terhadap rakan sekelas, sahabat dan seluruh komuniti sekolah perlu diberi perhatian segera dengan penuh empati.

Pesuruhjaya kanak-kanak menyeru Kementerian Pendidikan dan agensi berkaitan agar menyediakan sokongan psikososial yang bersesuaian kepada murid dan warga pendidik yang terjejas.

Sebarang interaksi dengan kanak-kanak yang menjadi saksi hendaklah mengambil kira keadaan emosi mereka, mengelakkan soal siasat berulang yang tidak perlu serta dilaksanakan dengan cara yang mesra dan sensitif terhadap keperluan kanak-kanak.

Pada masa yang sama, kanak-kanak perlu diberi ruang untuk turut memainkan peranan dalam menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan mereka. Saluran untuk membuat laporan atau mendapatkan bantuan di sekolah hendaklah mudah diakses, dipercayai, sulit dan mesra kanak- kanak. Murid perlu tahu kepada siapa mereka boleh mendapatkan bantuan apabila berasa tidak selamat atau menyedari sesuatu yang membimbangkan melibatkan rakan mereka.

Tragedi ini perlu menjadi pengajaran penting untuk memperkukuh sistem keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di sekolah. Melindungi kanak-kanak memerlukan komitmen berterusan, tanggungjawab yang jelas serta langkah pencegahan yang berkesan di setiap persekitaran pembelajaran di Malaysia.

Hari Kanak-Kanak Perempuan Antarabangsa disambut pada 11 Oktober setiap tahun, dan tragedi ini menjadi peringatan bahawa komitmen terhadap hak kanak-kanak perempuan mesti diterjemahkan kepada perubahan yang nyata dan bermakna.

Setiap kanak-kanak perempuan berhak untuk belajar, membesar dan mengejar masa depan dalam persekitaran yang selamat. Tiada kanak-kanak perempuan seharusnya kehilangan nyawa hanya kerana pergi ke sekolah, yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk mereka belajar dan dilindungi daripada sebarang bentuk bahaya.

Pesuruhjaya kanak-kanak akan terus melaksanakan mandatnya dalam memperjuangkan hak, keselamatan dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak.

READ MORE:  How do we protect the children?

Pesuruhjaya kanak-kanak juga bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, polis dan masyarakat sivil bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di seluruh negara. – Suhakam

English version

Call for comprehensive school safeguarding reforms

The children’s commissioners of the Malaysian human rights commission Suhakam express their deepest condolences and heartfelt sympathies to the family of young Irene Sofiya following her tragic passing in Batu Pahat, Johor.

The loss of a young life is a devastating tragedy, and our thoughts and prayers are with her bereaved family and loved ones during this painful time.

The children’s commissioners the public, media organisations and social media users to grant the family privacy, dignity and the space necessary to grieve.

We strongly appeal to all parties to exercise restraint and refrain from publishing intrusive media reports, sharing distressing images, or circulating unverified claims.

Respect for ongoing investigations

The children’s commissioners acknowledge the swift response of the police in initiating a comprehensive investigation into the incident.

The children’s commissioners strictly refrain from prejudging the circumstances, motives, or specific factors surrounding this tragedy, including unverified reports regarding potential bullying, and urge the public to avoid speculation, premature online accusations or ‘trial by media’.

Where children may be involved in any capacity, whether as witnesses, affected peers or individuals under investigation, the preservation of procedural fairness and due process is paramount.

In alignment with the Convention on the Rights of the Child and the Child Act 2001, the rights, privacy, dignity and presumption of innocence of all children must be strictly safeguarded.

Protecting the legal rights and confidentiality of children under investigation in no way diminishes the severity of the loss, nor does it preclude accountability in accordance with the law.

Institutional safeguarding

While the police’s ongoing criminal investigation must establish the facts and determine criminal responsibility, the children’s commissioners highlight the critical need to address broader institutional safeguarding in educational environments.

The children’s commissioners emphasise that a criminal investigation by law enforcement and an institutional safeguarding review by the Ministry of Education are two distinct but complementary processes:

  • The police investigation: Focuses on establishing facts, collecting evidence and identifying criminal culpability under the relevant statutes
  • The MoE’s safeguarding review: Examines administrative frameworks, supervision protocols, risk management strategies and physical safety measures to identify systemic gaps and prevent future tragedies

Raising these broader systemic questions is essential for preventive risk management and does not imply or constitute a finding of institutional failure in this specific case.

Strengthening school safeguarding

Every child has an inherent right to an education in a safe, secure and protective environment. School safety must extend beyond basic disciplinary rules to encompass a proactive, child-centred safeguarding culture.

To enhance child protection frameworks across all schools, the children’s commissioners recommend that the MoE consider the following concrete measures:

  • Robust student accountability frameworks: Moving beyond standard morning attendance-taking to establish robust check-out and handover procedures. Schools must maintain clear oversight of student presence during extra classes, co-curricular sessions, sports training and late afternoon activities.
  • Standardised missing student escalation protocols: Developing clear, time-sensitive escalation guidelines that define immediate search parameters, designate staff coordination roles, specify parental and administrative notification timelines, and set out clear thresholds for escalating matters to the police.
  • Targeted after-school risk assessments: Conducting comprehensive risk evaluations specifically tailored to activities taking place outside regular school hours, taking into account lower staffing levels, movement across school grounds, and isolated or under-supervised areas.
  • Systemic safeguarding audits: Executing nationwide school safeguarding audits – moving beyond conventional security checks – to evaluate student movement, reporting mechanisms, physical facility blind spots, and overall staff safeguarding awareness.
  • Immediate nationwide familiarisation with child protection policies: Implement immediate, nationwide familiarisation programmes across all schools to ensure that students understand the school’s child protection policy, their rights to safety and protection, how to recognise and report bullying, abuse, harassment and other safeguarding concerns, and where to seek help.
READ MORE:  Roaming and aggressive dogs: Proactive, child-sensitive action urged

Trauma-informed support

The psychological impact of a tragedy of this nature on classmates, friends and the broader school community requires immediate and compassionate attention.

The children’s commissioners call on the MOE and relevant state agencies to deploy trauma-informed psychosocial support services to assist affected children and educators.

Any interaction with child witnesses must prioritise emotional safety, avoid unnecessary repeated questioning, and be conducted using child-sensitive approaches.

Furthermore, children should be recognised as active partners in their own safety. Reporting channels within schools must be rendered accessible, trusted, confidential and child-friendly, ensuring that students know where to turn to, when they feel unsafe or notice warning signs in their peers.

As the International Day of the Girl Child is observed annually on 11 October, this tragedy is a painful reminder that our commitment to girls’ rights must extend beyond words and observances to real and meaningful change.

Every girl has the right to learn, grow and pursue her future in safety and with dignity. Honouring girls’ rights means building a society where no girl loses her life simply because she went to school, and where every school is a place in which children are protected from harm.

This heartbreaking incident must serve as a catalyst for meaningful, sustained and nationwide institutional reform. Protecting our children requires unwavering commitment, clear lines of accountability, and proactive safeguarding frameworks across every learning environment in Malaysia.

The children’s commissioners remain steadfast in their mandate to advocate for the rights, protection and best interests of all children, and stand ready to collaborate with the MOE, police and civil society to strengthen child protection mechanisms across the nation. – Suhakam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x