[ENGLISH VERSION BELOW] Pada 22 April, penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Pendanaan Politik di Malaysia telah diluluskan oleh setiausaha Dewan Rakyat pada 20 April 2022.
Sembilan orang ahli parlimen dari sembilan parti berbeza serta seorang senator telah bersetuju untuk menjadi ahli KRPPM ini.
KRPPM juga dianggotai oleh enam organisasi masyarakat sivil (CSOs) serta dua individu pakar, seperti dalam senarai di bawah. Ideas, berperanan sebagai sekretariat KRPPM, akan turut memberikan sokongan intelektual dan pentadbiran kepada kumpulan ini.
Kami merasa bangga dan teruja kerana berjaya menubuhkan KRPPM mengenai Pendanaan Politik di Malaysia ini, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.
Tujuan utama KRPPM ini adalah untuk mewujudkan satu saranan supaya para penggubal undang-undang dan CSOs dapat mengadakan perbincangan serta mempertimbangkan isu pendanaan politik sebagai rakan kongsi setara, dengan tujuan meluluskan satu akta pendanaan politik.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami berharap penubuhan KRPPM ini akan dapat mencetuskan semula perbincangan mengenai pendanaan politik dalam kalangan ahli-ahli parlimen dan para senator dari kedua-dua belah pihak.
Pendekatan rentas parti ini amat penting apabila memperjuangkan perkara sepenting ketelusan dalam pendanaan politik ini.
Harapan kami adalah KRPPM ini akan mempercepat pembaharuan pendanaan politik di Malaysia, kerana hampir tiada apa-apa kemajuan berkenaan perkara ini sejak dua tahun lalu.
Kami percaya pembaharuan pendanaan politik merupakan satu tunjang dalam usaha transformasi politik Malaysia. Pembaharuan ini adalah satu langkah penting dalam perjuangan memerangi rasuah dan membasmi penyalahgunaan dana awam. Malah, ketelusan juga diperlukan untuk membuang pengaruh sektor swasta terhadap politik.
Cubaan untuk memperkenalkan perundangan mengenai pendanaan politik bukan suatu perkara baharu. Usaha telah bermula pada tahun 2008, diterajui oleh Transparency International-Malaysia. Pada tahun 2015, satu lagi usaha dilakukan oleh G25 bersama-sama dengan kira-kira 70 CSOs.
Berdasarkan pengetahuan kami, usaha terkini dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan apabila satu rang undang-undang telah dirangka namun tidak dibentangkan. Rang undang-undang ini dirangka sebagai satu respons kepada tekanan oleh pihak CSOs.
Kami ini mengambil kesempatan ini untuk menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk memberikan status terkini draf rang undang-undang pendanaan politik serta berkongsi draf tersebut dengan KRPPM Mengenai Pendanaan Politik di Malaysia.
Amat penting untuk kami mengetahui dan memahami perkara yang telah dibincangkan sebelum ini pada tahun 2018 agar kami dapat memberikan maklum balas serta jika perlu, memberikan beberapa cadangan baharu.
Kami secara khusus menanti untuk bekerjasama dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) ke arah undang-undang pendanaan politik yang dipersetujui bersama supaya dapat menambah baik kebertanggungjawaban parti politik di negara ini.
Kami ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa membentangkan akta pendanaan politik kekal menjadi keutamaan kami berdasarkan kepada semakan semula separuh penggal pelan antirasuah nasional (NACP) yang menyatakan bulan Disember 2022 sebagai penanda “untuk menjalankan satu kajian mengenai penggubalan undang-undang baharu berkaitan sumbangan dana politik”.
Malah, masyarakat awam berhak untuk mengetahui komitmen kerajaan dalam mempertingkat ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam sistem politik negara. Hal ini amat penting ketika negara semakin menghampiri pilihan raya umum.
Sebagai KRPPM yang baru ditubuhkan, kami amat mengalu-alukan sokongan, saranan dan sumbangan dari para penggubal undang-undang, agensi kerajaan, pihak CSOs serta masyarakat awam.
Kami mengambil serius usaha pembaharuan pendanaan politik ini dan menyatakan kesanggupan kami untuk bekerjasama ke arah mencapai matlamat bersama. Kami juga akan sentiasa memaklumkan aktiviti kami kepada masyarakat awam dari masa ke masa.
Ditandatangani bersama oleh ahli KRPPM seperti berikut:
Ahli parlimen
1. Ahmad Fadhli Saari (Pas – Pasir Mas), pengerusi
2. Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai), timbalan pengerusi
3. Wong Shu Qi (DAP – Kluang), setiausaha
4. Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran), bendahari
5. Saifuddin Abdullah (Bersatu – Indera Mahkota)
6. Mukhriz Mahathir (Pejuang – Jerlun)
7. Ahmad Maslan (Umno – Pontian)
8. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda – Muar)
9. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)
Senator
Fadhlina Sidek, Pulau Pinang (PKR)
Ahli CSO
- Ideas (sekretariat)
- Agora Society
- Bait Al-Amanah
- Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4)
- Engage Network
- G25 Malaysia
- Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)
- Rasuah Busters
- Transparency International-Malaysia (TI-M)
- Maha Balakrishnan (pakar)
- Prof Wong Chin Huat (pakar)
English version
All-party parliamentary group on political financing formed as approved by Parliament, nine MPs and one senator on board
On 22 April the formation of an All-Party Parliamentary Group (APPG) on Political Financing was approved by the secretary of the Dewan Rakyat on 20 April 2022.
Nine MPs from nine different parties and one senator have agreed to become members of this group.
The group also consists of members from six civil society organisations (CSOs) and two expert individuals, the list of which is below. Ideas serves as the secretariat for the APPG and will also provide the intellectual and administrative support for the group.
We are proud and excited to have established this APPG on Political Financing, which is unprecedented in Malaysian history.
The main purpose of this APPG is to establish a platform where elected representatives and CSOs can discuss and deliberate on the issue of political financing as equal partners, with the aim of eventually passing into law a political financing act.
With the formation of this APPG, we also hope to reignite the conversation on political financing amongst MPs and senators on both sides of the divide. This cross-partisan approach is crucial when advocating for a cause as important as transparency in political financing.
It is our collective hope that this APPG will hasten the speed of political financing reforms in Malaysia, as there has been little to no movement on this front over the last two years.
We believe that political financing reform is a fundamental pillar in transforming Malaysian politics. It is a key step in the fight against corruption and preventing the misuse of public funds. Furthermore, transparency is also needed to remove private sector influence over politics.
The attempt to introduce legislation on political financing is not new. Efforts began in 2008, led then by Transparency International-Malaysia. In 2015 another effort was made by G25, together with about 70 CSOs. To our knowledge, the latest attempt was by the Pakatan Harapan government, where a bill was drafted but was not tabled. This bill was drafted in response to pressure from CSOs.
We take this opportunity to call the Minister for Law and Parliamentary Affairs, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar for a status update of the draft political financing bill and for the draft in its current form to be shared with the APPG on Political Financing.
It is important for us to know and understand what was previously discussed in 2018, so we can provide feedback and propose new recommendations if necessary.
We specifically look forward to engaging with the law minister and the Governance, Integrity and Anti-Corruption Centre (GIACC) in working towards a commonly agreed upon Political Financing Law to improve political party accountability in the country.
We would like to remind the government that tabling a Political Financing Act remains a priority according to the mid-term review of the national anti-corruption plan (NACP), which states December 2022 as the milestone “to undertake a study on enacting new legislation on political funding contributions”.
Furthermore, the public deserves to know the government’s commitment to improving transparency and accountability in our political system. This is especially important as the country heads towards its general election.
As the most newly formed all-party parliamentary group, we would like to welcome the support, suggestions and contributions from elected representatives, government agencies, CSOs and members of the public.
We take the efforts to reform political financing seriously, and hereby commit to working together to achieve our common goal. We will also keep the public updated on our activities from time to time.
Jointly signed by all members of the APPG:
MPs
1. Ahmad Fadhli Saari (Pas – Pasir Mas), chairman
2. Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PKR – Lembah Pantai), deputy chairman
3. Wong Shu Qi (DAP – Kluang), secretary
4. Wilfred Madius Tangau (Upko – Tuaran), treasurer
5. Saifuddin Abdullah (Bersatu – Indera Mahkota)
6. Mukhriz Mahathir (Pejuang – Jerlun)
7. Ahmad Maslan (Umno – Pontian)
8. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda – Muar)
9. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Parti Bangsa Malaysia – Julau)
Senator
Fadhlina Sidek of Penang (PKR)
CSO members
- Ideas (secretariat)
- Agora Society
- Bait Al-Amanah
- Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
- Engage Network
- G25 Malaysia
- Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)
- Rasuah Busters
- Transparency International-Malaysia (TI-M)
- Maha Balakrishnan (expert)
- Prof. Wong Chin Huat (expert)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme