Home Civil Society Voices Laksanakan dengan segera projek perumahan untuk nelayan Kuala Juru

Laksanakan dengan segera projek perumahan untuk nelayan Kuala Juru

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melaksanakan segera projek perumahan untuk nelayan di Kampung Kuala Juru daerah Seberang Perai di sini yang telah tertangguh sejak 30 tahun yang lalu.

CAP kesal walau pun rancangan pembinaan projek itu telah lama diluluskan, namun hingga sekarang nelayan-nelayan di sini yang memerlukan rumah sendiri terutama mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga masih menunggu bagi mendapatkannya.

Baru-baru ini penduduk-penduduk Kampung Kuala Juru terkejut apabila sebuah syarikat memasuki dan membersihkan kawasan seluas 27 ekar di lot 1508 yang diluluskan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti ternakan udang.

Mereka membantah dan tertanya-tanya pihak manakah yang membenarkan kawasan itu diteroka oleh syarikat terbabit kerana tanah tersebut telah diluluskan untuk membina 200 buah rumah untuk nelayan di sini.

Justeru itu CAP meminta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makananan, kerajaan Pulau Pinang, Pejabat Tanah dan Galian, pihak berkuasa tempatan, jabatan serta agensi yang terlibat menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

CAP menegaskan bahawa nelayan-nelayan Kampung Kuala Juru yang sudah berkahwin dan berkeluarga berhak mendapatkan keperluan asas tersebut dan projek perumahan di sini perlu dilaksanakan segera untuk mereka.

CAP turut membantah bersama penduduk-penduduk kampung ini jika kawasan yang telah diluluskan untuk tersebut dijadikan tapak projek ternakan udang kerana ia bukan saja melanggar keputusan pihak berkenaan dengan penduduk-penduduk di sini tetapi juga akan mengancam alam sekitar dan kawasan ternakan kerang seluas 100 ekar dilaut berhampiran.

CAP percaya jika berlaku pencemaran sisa buangan dari kolam ternakan udang, kerang yang diternak oleh nelayan-nelayan di sini mungkin mati dan mereka akan mengalami kerugian besar serta terputus mata pencarian untuk menyara kehidupan keluarga.

Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x