Home Civil Society Voices Langkah besar dalam pembaharuan pilihan raya – namun masih ada risiko dimansuh...

Langkah besar dalam pembaharuan pilihan raya – namun masih ada risiko dimansuh sepenuhnya

BENEDICT LOPEZ

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Di tengah-tengah kekecewaan politik, kita mestilah mempertahankan pembaharuan pengundian yang jenuh dijuangkan dengan lebih kencang, tulis Danesh Prakash Chacko.

Pilihan raya umum 2018 menjadi titik perubahan dengan membuka jalan pembaharuan yang segar untuk sistem pilihan raya kita yang telah dicemari. 

Walaupun penyelewengan pengundian di hampir setiap peringkat proses pengundian, namun peralihan pengundi pada tahun 2018 dan kehadiran ejen-ejen kiraan dan tempat undi yang terlatih mengatasi sebarang percubaan untuk memanipulasi. 

Ini membuka jalan kepada pembaharuan demokrasi agar mekar dalam kancah pengundian.

Sudah dua tahun sejak kita membawa pembaharuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya. Apa yang telah kita capai setakat ini dan apakah halangan yang menanti di masa depan?

Pencapaian

Perubahan bersejarah penukaran kerajaan dalam tahun 2018 itu menyapu habis kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah diaibkan.  

Pesuruhjaya yang baharu, sebelum ini diketuai oleh Azhar Harun, datang dari latar aktivisme pilihan raya dan perkhidmatan awam. Langkah sulung bersejarah ini diperlukan bagi menyambut pembaharuan yang amat diperlukan untuk keseluruhan sistem pengundian kita.

Bukti nyata kesan pertukaran kepimpinan ini adalah petunjuk dalam perkembangan kumpulan pemerhati yang memantau proses pilihan raya kecil.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menjemput Bersih, Engage dan kumpulan advokasi kami, Tindak Malaysia, untuk memerhati pengendalian pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum yang lalu. Melalui jemputan inilah sukarelawan Tindak Malaysia dapat lihat pembaikan yang ketara yang telah dilakukan oleh pesuruhjaya ini dalam setiap pilihan raya kecil sejak itu. 

Lebih-lebih lagi, suruhanjaya itu memperbaiki tahap akses untuk pengundi-pengundi dengan kelainan upaya. Bermula dengan pilihan raya kecil Cameron Highland pada tahun 2019, ia menempatkan pengundi yang mempunyai kelainan upaya ke saluran mengundi pertama, yang mana capaian adalah mudah. Suruhanjaya itu kemudiannya melabur wang untuk membina laluan yang lebih elok untuk pusat undian Kimanis (Sabah) pada tahun 2020 bagi menambahbaik tahap akses ke pusat mengundi. 

Suruhanjaya Pilihan Raya meningkatkan proses penglibatan dengan kumpulan penyokong pembaharuan pengundian di pelbagai kawasan. Sebagai contoh, di bawah Azhar Harun, suruhanjaya itu secara proaktif melibatkan diri dengan Bersih, Engage dan Tindak Malaysia dalam persepakatan terhadap parameter tertentu bagi takrifan rasuah menjelang pilihan raya kecil Cameron Highlands. 

Pada September 2019, tiga pesuruhjaya telah meluangkan masa untuk berbincang dengan kumpulan kami melalui pembaharuan terhadap menggariskan semula sempadan pengundian, pembersihan daftar pemilih dan pelaksanaan pengundian.

Bagi penyelewengan sempadan pengundian yang masih belum selesai, kami sedar bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya tiada kuasa dalam proses semasa untuk membetulkan semula kerosakan yang lalu. Asas sempadan pengundian di Malaysia telah dicelarukan dek pembangunan bermasalah (dalam daerah dan kawasan mengundi). Ia adalah dalam kuasa suruhanjaya untuk melakukan pembaikan yang perlu untuk daerah mengundi (subunit bahagian pilihan raya negeri) dan kawasan (subunit daerah mengundi).

Dengan adanya Suruhanjaya Pilihan Raya yang terbuka, kami telah bentangkan cukup pembuktian tentang bagaimana batu asas kawasan pilihan raya parlimen dan negeri adalah fitrahnya mempunyai salah silap dan dicadangkan penambah baikan menyeluruh. Kami benar-benar percaya bahawa penggarisan semula sempadan yang adil mestilah menghasilkan daerah mengundi yang ada pengisian yang bermakna dan bukan sekadar sarat dengan terlalu ramai pengundi. Pesuruhjaya kita telah mengambil maklum kajian kami dan menyertakan ia untuk pembaikan pada masa mendatang.

Pada pelaksanaan pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya telah secara proaktif memperbetulkan isu-isu yang telah diangkat oleh pelbagai kumpulan pemantau. Isu-isu ini dari menambah baik tahap akses untuk pengundi-pengundi kelainan upaya hingga ke meningkatkan kecekapan kakitangan pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah menyediakan kad-kad pengundi sebelum pilihan raya kecil untuk membantu pengundi-pengundi mengenal pasti pusat-pusat mengundi dan saluran mengundi. Ini mungkin menjadikan ia hilang keperluannya untuk parti-parti politik menawarkan perkhidmatan sedemikian rupa pada hari pengundian melalui “pondok panas” (yang selalunya satu bentuk muslihat halus cara berkempen yang salah di hari pengundian). Dan dengan ‘kelaziman baharu’ akibat Covid-19, kad-kad pengundi yang dikeluarkan untuk pilihan raya kecil Chini menunjukkan masa yang disarankan diambil oleh pengundi untuk mengundi. 

Suruhanjaya Pilihan Raya yang terbuka itu juga membenarkan kumpulan advokasi untuk menghantar sukarelawan ejen pengiraan dan pusat undi kami yang berpengalaman untuk menjadi anggota pilihan raya. Ini membenarkan sukarelawan kami untuk melihat langsung sebarang isu awal dalam latihan anggota, mencegah ketidakcekapan dan untuk menggerakkan suruhanjaya itu ke hadapan dalam latihan yang bermutu.

Untuk menjamin kesemua pencapaian ini, kami bekerja rapat bersama Bersih, Engage dan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya dalam semua segi pembaharuan pilihan raya. Usaha sama kami dengan Suruhanjaya Pilihan Raya telah membenarkan kami untuk membuat pembaikan tambahan dalam batas sistem pemenang undi terbanyak. 

Sementara itu, usaha sama kami dengan rakan kumpulan advokasi dan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya akan memudah cara penyusunan semula menyeluruh dan pelaksanaannya di masa hadapan. Walaupun terdapat banyak kejayaan, namun pertukaran kerajaan baru-baru ini boleh menyekat gerak kerja ini. 

Cabaran di masa hadapan

Sementara kita mempunyai kepimpinan yang diperbaharui dalam Suruhanjaya Pilihan Raya, kita telah bertembung dengan halangan ke arah pembaharuan pilihan raya dari suruhanjaya yang sama dan rangka perundangan yang wujud.

Sedang kita mendekati suruhanjaya itu untuk mencadangkan sukaralewan kita yang berpengalaman untuk menjadi sebahagian dari anggota pilihan raya, kita sedar bahawa birokrasinya masih memeningkan seperti mengedarkan notis singkat untuk latihan dan tidak tentu tentang pengesahan anggota.

Yang kedua, sementara suruhanjaya telah menyerap banyak dari penambah baikan yang dicadang oleh pemegang taruh, pelaksanaannya tersentap dek kerana banyak pilihan raya kecil berlangsung sejak pilihan raya 2018.

Ketiga, pertukaran kerajaan yang mengejut awal tahun ini menimbulkan keresahan tentang sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya kita yang agak bebas boleh kekal tidak diganggu. Perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Azhar pada bulan Jun dan seorang lagi pesuruhjaya membuatkan ramai dari kita dalam dunia advokasi patut risau tentang masa depan.

Kita mungkin telah menggerakkan dua langkah kecil ke hadapan tetapi kini berisiko ia akan dibatalkan sepenuhnya. Begitu jua kita tidak pasti sama ada kepimpinan politik semasa berminat untuk melaksanakan pembaharuan yang menyeluruh oleh Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya. Peraturan kita yang wujud telah melunakkan Suruhanjaya Pilihan Raya daripada menguatkuasakan undang-undang kempen asas dan membenarkan rumah-rumah kosong dipenuhi oleh pengundi-pengundi lampau. 

Apa yang boleh kita lakukan

Pembaharuan pilihan raya masih lagi sasaran yang mudah dicapai dalam proses pendemokrasian. Kita telah melakukan langkah yang besar dalam dua tahun sebelum ini.

Rakyat Malaysia boleh memainkan peranan dengan mengemaskini alamat mengundi mereka, melaporkan sebarang kesilapan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya dan menyokong gerak kerja kumpulan advokasi seperti kami. 

Di tengah-tengah kekecewaan politik, kita mestilah mempertahankan pembaharuan pengundian yang jenuh dijuangkan dengan lebih kencang.

Danesh Prakash Chacko, seorang penganalisis kajian di Jeffrey Sachs Center (Sunway University) dan sebahagian daripada pucuk pimpinan Tindak Malaysia, yang menumpukan kepada pembaharuan pengundian dan pelaksanaannya

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x