Home Civil Society Voices Lapan langkah untuk menangani krisis makanan

Lapan langkah untuk menangani krisis makanan

Memorandum kepada Majlis Keselamatan Negara dan jawatankuasa kabinet mengenai dasar sekuriti makanan negara

Rising food prices; Focus on the issues that matter - ANIL NETTO

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Kami, dari organisasi masyarakat dan NGO yang mengendoskan memorandum ini, amat bimbang kesan peperangan Ukraine terhadap bekalan dan kos makanan di Malaysia.

Negara Russia dan Ukraine merupakan pembekal lebih kurang 30% daripada jumlah eksport gandum di pasaran antarabangsa dan 19% jumlah eksport jagung.

Jika pengeluaran bijirin-bijiran ini terjejas oleh peperangan dan sekatan ekonomi (sanctions) terhadap Russia, maka suatu kekurangan dalam bekalan bijirin akan menyebabkan peningkatan harga makanan secara mendadak.

Penggunaan gandum di Malaysia adalah sekitar 1.6 juta tan setahun (2021) manakala penggunaan beras oleh penduduk Malaysia adalah 2.7 juta tan setahun.

Beras dan gandum merupakan punca utama bahan karbohidrat di makanan penduduk Malaysia. Tiga-puluh peratus daripada beras yang dimakan di Malaysia (0.9 juta tan setahun), adalah diimport, manakala hampir semua gandum adalah diimport (dari Australia, Amerika Syarikat dan Kanada). Kita juga mengimport 3.8 juta tan jagung setahun untuk makanan penternakan.

Jumlah kos import bahan makanan ke Malaysia telah melebihi RM56bn setiap tahun.

Pengurangan dalam eksport gandum dan jagung dari Russia dan Ukraine akan meningkatkan harga bukan sahaja kedua-dua bijirin tersebut tetapi harga beras juga. Besar kemungkinannya rakyat di merata tempat akan beralih dari gandum ke beras apabila harga gandum melambung naik.

Selain itu, Russia juga mengeluarkan 11.5 juta tong minyak petrol setiap hari, iaitu 12% dari jumlah pengeluaran petroleum dunia. Pengecutan dalam eksport minyak daripada Russia akan meningkatkan harga minyak dan sekali gus menyebabkan kos pengangkutan dan kos baja meningkat secara serius.

Kesemua perkara yang digariskan di atas mewujudkan risiko bahawa makanan asas akan berkurangan di Malaysia tidak lama lagi, dan kos gandum, beras dan daging akan melambung naik.

Adalah amat penting Majlis Keselamatan Negara dan jawatankuasa kabinet mengenai dasar sekuriti makanan negara mengambil berat terhadap risiko ini yang berpotensi amat menyusahkan golongan berpendapatan rendah.

Majlis Keselamatan Negara harus mengadakan konsultasi dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk mengenal pasti mana antara lapan langkah yang digariskan di bawah harus dilaksanakan segera.

  1. Menambahkan bekalan pelbagai jenis ubi yang dapat ditanam di Malaysia termasuk ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek, ubi keladi, labu dan lain. Ubi-ubi ini boleh ganti bijirin sebagai sumber bahan karbohidrat jika harga bijirin naik terlalu banyak. Penanaman ubi akan ambil masa beberapa bulan sahaja untuk berhasil dan akan merupakan alternatif yang baik pada bijirin yang berkurangan bekalannya.
    • Petani kecil dan pekebun getah kecil harus digalak menanam ubi-ubi di antara pokok getah (inter-cropping) dengan jaminan bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan membeli keluaran ubi dengan harga yang munasabah – ditetapkan melalui kontrak formal
    • Syarikat perladangan dengan keluasan tanah lebih daripada 10,000 ekar harus diberi kuota ubi untuk dibekalkan oleh mereka setiap tempoh masa
    • Saluran media nasional harus diguna untuk popularkan resipi makanan yang berasaskan pada ubi supaya rakyat dididik mengenai bagaimana sumber yang ‘luar biasa’ ini dapat memenuhi keperluan kabohidrat keluarga mereka
  1. Satu kajian harus dilaksanakan dengan kadar segera untuk mengenal pasti semua pengeluar makanan yang mengusahakan tanah atau laut di Malaysia pada takat ini termasuk pesawah padi, pengeluar sayur dan buah, nelayan, pembela ikan dan penternak. Langkah-langkah tegas harus diambil untuk memastikan mereka semua dapat meneruskan kegiatan mereka dalam menghasilkan bahan makanan untuk rakyat kita tanpa sebarang gangguan. Pengusiran sesiapa pengeluar makanan harus dihentikan sama sekali sehingga krisis dalam bekalan makanan dapat diatasi. Aktiviti ‘pembangunan’ ekonomi yang ada kesan negatif terhadap pengeluaran makanan harus dikenal pasti dan dihentikan
  1. Penanaman jagung harus ditingkatkan. Jagung merupakan sumber penting dalam makanan haiwan ternakan dan pada masa ini hampir semua jagung untuk tujuan ini diimport (90% dari Brazil dan Argentina). Jabatan pertanian harus buat kajian samada jagung dapat ditanam di antara pokok getah di kebun-kebun kecil getah. Jika ini boleh dilaksanakan ia juga akan merupakan satu punca pendapatan tambahan pada pekebun kecil
  1. Pelan induk kebangsaan berkaitan kegunaan tanah negara harus diteliti dan diubahsuai. Pada takat ini, daripada jumlah 32,865,000ha keluasan tanah Malaysia:
    • 55% digazet sebagai tanah berhutan, walaupun sebahagian besar daripada jumlah ini (dua pertiga) telah pun dibalak. Kawasan hutan harus dikekalkan sebagai hutan dan bahagiannya yang telah dibalak harus dipulihkan sebagai hutan dengan penanaman pokok hutan
    • 23% daripada tanah Malaysia, ataupun 7.6 juta hektar sedang digunakan untuk pertanian. Daripada jumlah ini hanya 1.5 juta hektar sedang diguna untuk menghasilkan makanan untuk rakyat kita – termasuk 0.7 juta hektar untuk penanaman padi. Lima juta hektar dikhaskan untuk kelapa sawit dan 1.1 juta hektar untuk pengeluaran getah
READ MORE:  When food can’t be bought - even with money

Nisbah penggunaan tanah pertanian harus dikaji semula memandangkan bekalan makanan untuk rakyat kita diancam bukan sahaja kerana berlakunya krisis di Ukraine, tetapi juga oleh kerana perubahan iklim.

Syor kami adalah kawasan yang digazet sebagai hutan harus dikekalkan begitu. Tetapi sebahagian tanah yang dikhaskan untuk kelapa sawit dan getah harus ditukar guna tanahnya ke penanaman padi, jagung, kacang soya dan sumber makanan yang lain. Suatu akta harus digubal untuk mewajibkan syarikat perladangan mematuhi pelan induk berkaitan perkara ini

  1. Penanaman sayur-sayuran, ubi-ubi dan jagung harus digalak di halaman rumah di bandar dan di kawasan kampung
  1. Tanah kosong kerajaan dan juga tanah kosong yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) and swasta harus dipajak kepada petani dan pembela ikan supaya bekalan makanan dapat dijamin pada rakyat kita
  1. Memandangkan kos makanan ternakan dan baja sedang meningkat, langkah-langkah harus diambil dengan segera untuk memastikan sisa buangan makanan daripada pasar, restoran dan rumah dapat dikitar semula sebagai sumber makanan ternakan ataupun baja organik. Tahi ayam daripada fasiliti ternakan ayam dan sisa buangan kilang kelapa sawit juga boleh diguna sebagai baja selepas diproses. Ahli sains di universiti tempatan harus diminta membantu dalam usaha ini
  1. Majlis Keselamatan Negara harus memantau situasi bekalan dan kos makanan dengan rapi. Jika kos makanan meningkat walaupun langkah-langkah di atas dilaksanakan, program-program tambahan seperti berikut harus dilaksanakan:
    • Bantuan kewangan sebanyak RM200 sebulan harus dimasukkan ke akaun bank semua keluarga golongan berpendapatan rendah di masyarakat kita (3.2 juta keluarga tersebut = RM640 juta sebulan ataupun RM7.6bn setahun)
    • Berkerjasama dengan NGO dan kumpulan-kumpulan agama untuk membuka dapur makanan untuk menyediakan makanan masak (cooked meals) untuk sesiapa yang memerlukannya di tiap bandar
READ MORE:  Perak farmers’ evictions: Why the generosity towards developers?

Kami harap pihak Majlis Keselamatan Negara akan mengambil berat terhadap syor-syor yang dikandungi dalam memorandum pendek ini dan bertindak secara berkesan untuk mengelak satu masalah pemakanan yang serius.

Kami juga harap dapat peluang untuk berjumpa dengan wakil Majlis Keselamatan Negara ataupun jawatankuasa kabinet mengenai dasar sekuriti makanan negara untuk berbincang isu-isu yang terkandung dalam memorandum ini.

  1. Agora Society Malaysia
  2. Aliran
  3. Belatani
  4. CAP
  5. Caram Asia
  6. Childline Foundation
  7. Family Frontiers
  8. Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca)
  9. Gabungan Petani Perak
  10. Health Equity Initiatives
  11. International Movement for a Just World
  12. Jaringan Penternak Nasional, Marhein
  13. Justice for Sisters
  14. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
  15. Komuniti Pondok Sukun (Kompos)
  16. Malaysia Consumer Movement
  17. Malaysian Insititute of Sustainable Agriculture (Misa)
  18. Malaysian Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG+)
  19. North South Initiatives
  20. Our Journey
  21. Parti Murba
  22. Parti Rakyat Malaysia
  23. Parti Sosialis Malaysia
  24. Penang Tolak Tambak
  25. Persatuan Agroekologi Malaysia
  26. Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-Pengguna Pahang
  27. Persatuan Petani Moden Kanthan
  28. Persatuan Sahabat Wanita
  29. Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia
  30. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
  31. Pusat Komas
  32. Sahabat Alam Malaysia
  33. Saya Anak Bangsa Malaysia
  34. Sustainable Development Network Malaysia
  35. Tenaganita
  36. Third World Network
  37. TrEES (Treat Every Environment Special)
  38. Women’s Aid Organisation
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x