
Semasa mesyuarat Dewan Rakyat pada 6 Jun, blok pembangkang yang terdiri daripada ahli-ahli politik gabungan Perikatan Nasional (PN) telah sebulat suara membantah dengan lantang perbahasan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 dalam Parlimen.
Meskipun Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul masih meneruskan usul itu untuk membenarkan laporan tersebut dibahaskan, tiada ahli-ahli politik pembangkang yang hadir dalam Dewan Rakyat untuk perbahasan tersebut; ini menunjukkan kurangnya sikap tanggungjawab mereka yang amat mengecewakan.
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4) mengecam perbuatan ahli-ahli politik yang cuba menyekat perbincangan suatu laporan mustahak yang menunjukkan pembaziran dan ketirisan yang berkemungkinan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan, dan juga menegaskan semula pendirian bahawa laporan-laporan ketua audit negara mesti tertakluk kepada penelitian dan perbahasan Parlimen.
Tindakan ahli-ahli politik PN yang membantah sekerasnya perbahasan laporan ketua audit negara membangkitkan kesangsian – laporan tersebut merangkumi perbelanjaan yang dibuat semasa tempoh pemerintahan PN, dan akan mendedahkan sebarang penyelewengan kewangan atau pembaziran yang berlaku semasa pentadbiran mereka.
Syak wasangka tentang penyelewengan kewangan oleh PN telah bertambah sejak kerajaan perpaduan di bawah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara pada bulan November 2022.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Dakwaan dan penyiasatan mengenai penyelewengan berjuta-juta ringgit yang diperuntukkan untuk bantuan kewangan Covid oleh Bersatu serta pendanaan politik Pas yang menggunakan hasil perjudian telahpun berbangkit.
Hal-hal tersebut sedang disiasat secara aktif oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan beberapa tangkapan telah dibuat atas dakwaan ini, yang menunjukkan bahawa dakwaan tersebut bukannya khabar angin sahaja. Oleh itu, siasatan harus dilanjutkan.
Reaksi yang terlampau oleh ahli-ahli politik PN ini menunjukkan bahawa tempoh pentadbiran mereka mungkin tercemar dengan rasuah dan kepentingan sendiri, yang bertambah teruk semasa pandemik Covid yang telah membuka peluang bagi ahli-ahli politik untuk menggunakan dana kerajaan kononnya demi “perolehan darurat”.
Oleh itu, perbuatan ahli-ahli politik PN ini yang amat mengecewakan dan mencurigakan sama sekali kerana enggan bertanggungjawab terhadap Parlimen dan rakyat Malaysia yang mengundi mereka sebagai ahli parlimen.
Rasional disebalik penjelasan Yang di-Pertua Johari dalam membenarkan perbahasan tersebut diteruskan adalah kerana Mas Ermieyati, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang, hadir bersama ahli-ahli jawatankuasa tersebut yang lain. Meskipun sebagai ahli-ahli jawatankuasa ini, bantahan mereka terhadap peneruskan perbahasan tersebut jelas menunjukkan mereka telah mengabaikan tugas dan amanah dengan mengutamakan parti politik melebihi hal-hal kepentingan awam.
Mengenai persoalan Jawatankuasa Kira-kira Wang, Takiyuddin Hassan berpendapat bahawa laporan tersebut telah pun diteliti sepenuhnya oleh jawatankuasa tersebut dan perbahasan selanjutnya akan membazirkan masa Dewan Rakyat.
Ini adalah suatu isu yang mudah ditangani sekiranya contoh-contoh penyelewengan kewangan yang amat buruk dibahaskan dalam Dewan Rakyat berdasarkan tahap keseriusannya.
Walau bagaimanapun, Mas Ermieyati menyatakan bahawa laporan tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-kira Wang dan bukannya Parlimen. Beliau juga telah menyatakan bahawa Dewan Rakyat patut membahaskan laporan-laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang, dan bukannya laporan terus daripada pejabat ketua audit negara.
Walaupun begitu, ini menimbulkan persoalan penting: mengapakah blok PN menentang perbahasan laporan ketua audit negara dengan sekeras-kerasnya sekiranya Jawatankuasa Kira-kira Wang sendiri telah meneliti laporan tersebut di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa tersebut, Mas Ermieyati?
Tambahan pula, Mas Ermieyati juga menyarankan kerajaan bahawa adalah lebih baik sekiranya sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang dibuka kepada orang awam.
Sebagai respons kepada pernyataan ini, Pusat C4 ingin mengingatkan pihak pembangkang bahawa ketelusan dalam mekanisme institusi adalah mustahak untuk kepentingan awam dalam memperjuangkan tadbir urus baik.
Meskipun Jawatankuasa Kira-kira Wang mempunyai kebebasan di bawah tadbir urus oleh Parlimen, jawatankuasa tersebut masih menyediakan laporan-laporan yang secara amnya tidak terbuka kepada orang ramai.
Sebagai blok pembangkang, PN sepatutnya bertanggungjawab bagi memastikan agar tadbir urus, khasnya dalam pengurusan dan penyimpanan rekod kewangan oleh kerajaan, menepati standard. Ini amat membimbangkan bahawa kepentingan PN tertumpu kepada pengabaian mekanisme semak dan imbang, dan percubaan dalam mengurangkan penglibatan Parlimen dan ahli-ahli yang dipilih secara demokratik dalam penelitian perbelanjaan kerajaan.
Sejak pertengkaran dalam Dewan Rakyat pada 6 Jun, wakil-wakil daripada PN telah memberikan pelbagai alasan mengapa mereka enggan melibatkan diri dalam perbahasan tersebut – kemungkinan untuk menyembunyikan hakikat bahawa mereka cuma mengelak daripada menghadapi dapatan yang terkandung dalam laporan ketua audit negara di suatu forum awam.
Dengan itu, Pusat C4 mengesyorkan perkara- perkara berikut:
- Kerajaan mesti meminda peraturan-peraturan standing order untuk menetapkan perbahasan laporan-laporan ketua audit negara sebagai sebahagian daripada mesyuarat-mesyuarat Dewan Rakyat
- Kerajaan juga harus menjadikan semua sesi Jawatankuasa Kira-kira Wang terbuka dan mudah diakses untuk tontonan rakyat
- Parlimen mesti membentangkan usul perbahasan laporan ketua audit negara semula, dan ahli-ahli politik PN, termasuk mantan menteri, harus hadir untuk memberikan penjelasan atas dapatan-dapatan penting dalam laporan tersebut berkaitan dengan kementerian mereka
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (Pusat C4)
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Laporan Ketua Audit Negara may have been SENDIWARA in Demokrasi berparlimen for decades not only in Malaysia but also in other countries including someadvanced/developed countries.
All one needs for evidence of SENDIWARAS is to download the Reports of their respective Aud-Gen and see their ineffectiveness due to lack of interest/sincerity of some political/civil service elites/corporate/professional/religious/society/others leaders and the increasing rate of MISMANAGEMENT-FRAUD-CORRUPTION-COLLUSION-CRONYISM-EMBEZZELEMENT-BRIBERY-KICKBACKS-NEPOTISM-MONEY LAUNDERING-TAX EVASION and most IMPORTANT OF ALL LACK OF DETERRENT PENALTIES ON SOME WHO MAY HAVE BEEN CONVICTED AND SENTENCED BY COURTS OF LAW.
Aud-Gen may be COSMETIC.
Bless all