Home Civil Society Voices Laporan pemprofilan risiko maklumat palsu dalam kalangan media Malaysia dilancarkan (Malay/English)

Laporan pemprofilan risiko maklumat palsu dalam kalangan media Malaysia dilancarkan (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] The Centre for Independent Journalism (CIJ) bersama dengan Global Disinformation Index (GDI) telah mengeluarkan satu laporan berjudul “Pemeringkatan Risiko Pasaran Media: Malaysia”.

Dapatan kajiannya adalah berdasarkan analisis terhadap 31 laman berita Malaysia dalam Bahasa Inggeris dan Melayu serta Mandarin.

Sebelum ini, GDI pernah bekerjasama dan mengeluarkan laporan yang sama bersama rakan kongsi tempatan dalam pelbagai pasaran media termasuk di India, Afrika Selatan, Argentina, Perancis, Jerman dan Latvia. Malaysia adalah penambahan terbaru dalam senarai ini, beserta laporan yang membawakan peluang yang unik buat ekosistem media di Malaysia bagi menjalankan analisis menggunakan set ukuran yang bebas dan selaras.

Laporan Malaysia ini menerapkan metodologi GDI dalam menilai risiko maklumat palsu melalui tiga tonggak utama: kebolehpercayaan kandungan laman (tonggak kandungan), semak imbang dalam operasi laman (tonggak operasi) dan bagaimana pembaca dalam talian yang berpengetahuan melihat konteks keseluruhan buat laman-laman yang dikaji (konteks).

Laman media Malaysia secara umumnya menunjukkan risiko yang sederhana dan rendah dalam kerangka kerja kami:

  • Kajian menunjukkan majoriti (hampir 75%) laman-laman Malaysia jatuh dalam kategori berisiko sederhana. Enam laman daripada sampel kami mendapat skor yang baik dengan memperoleh peringkat risiko yang rendah, manakala dua laman dikategorikan sebagai ‘berisiko tinggi’. Meskipun begitu, tiada laman berada dalam kategori ‘berisiko maksimum’ dan ‘berisiko minimum. Laman-laman yang berisiko tinggi kebanyakannya sering menggunakan tajuk yang sensasi, ketiadaan ketelusan dalam operasi dan kerap membekalkan berita yang tidak tepat
  • Indikator yang menilai kebolehpercayaan sesuatu kandungan pula disokong oleh prestasi dalam indikator tonggak konteks yang mengukur kualiti liputan, dengan purata keseluruhan skor sekitar 81 daripada 100
  • Tambahan lagi, pemeringkatan keseluruhan domain merudum secara mendadak akibat kelemahan pada operasi kerana kurangnya ketelusan maklumat berkenaan dengan pemilik laman dan sumber dana yang diterima dan juga dasar operasi dan editorial. Secara purata, pada skala 0 sehingga 100, laman-laman di Malaysia hanya memperoleh 15 markah dalam hal penanggapan pengarang dan dasar bagi memastikan ketepatan kandungan, 30 markah dalam ketelusan pemilikan dan 31 markah buat ketelusan dana.
  • Kajian ini juga mendapati kebanyakan laman berita di Malaysia kurang mempunyai operasi semak dan imbang, terutamanya dalam hal pemilikan, perbelanjaan dan dasar editorial. Hal ini menyebabkan kekurangan ketelusan, serta menghadkan keupayaan masyarakat untuk memastikan media lebih bertanggungjawab dan mewujudkan rasa sangsi terhadap motif media dan kebarangkalian pertembungan kepentingan sewaktu membuat liputan.
READ MORE:  'Not a French flag in sight': Fake news after left-wing victory in snap elections

Berdasarkan dapatan-dapatan kajian utama dalam laporan ini, kami mencadangkan kepada laman-laman berita agar:

  • Fokus untuk menerapkan standard operasi dan kewartawanan, seperti mana yang telah ditetapkan oleh Journalism Trust Initiative, yang turut merangkumi amalan mendedahkan pertembungan kepentingan dan proses operasi penyemakan fakta yang selaras, serta mengumumkan dasar tersebut secara jelas dalam laman
  • Menerbitkan sumber dana di paparan laman mereka dan bukannya di laman syarikat induk mereka. Maklumat ini membantu untuk mewujudkan rasa percaya dan menghilangkan rasa sangsi tentang soal bagaimana laman tersebut didanai atau sebarang pengaruh dan pertembungan kepentingan yang boleh terjadi
  • Menerbitkan kenyataan kebebasan editorial, panduan bagi memastikan kesahihan fakta dan penanggapan dalam liputan serta dasar pengurusan komen pengguna

Kerajaan Malaysia harus memainkan peranan yang penting bagi menyediakan landasan dan undang-undang untuk ekosistem media yang lebih telus dan kurang berisiko dalam penyebaran maklumat palsu. Antara langkah yang boleh diambil bagi memperkukuhkan kepercayaan terhadap ruangan media adalah:

  • Memperkukuhkan undang-undang hak untuk mendapatkan maklumat di peringkat negeri serta melaksanakan undang-undang ini di peringkat persekutuan. Melalui akses terhadap maklumat yang lebih baik, para wartawan boleh melaporkan dengan yakin dan menggunakan sumber yang dipercayai dengan lebih kerap
  • Mewujudkan majlis media Malaysia yang ditadbir urus secara sendiri bagi memperkasakan ahli industri media untuk mengurus secara sendiri, memperkukuhkan integriti kewartawanan dan mendukung standard umum dalam menghasilkan liputan yang bertanggungjawab
  • Memansuhkan segala undang-undang media yang menyekat seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan, serta menggubal semula undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia bagi membolehkan kebebasan media untuk membuat liputan tanpa dikenakan tindakan oleh pihak pemerintah

Pembentukan satu pemeringkatan risiko maklumat palsu yang bebas dan dipercayai adalah sangat diperlukan. Pelancaran kerangka pemeringkatan risiko ini dapat memberikan maklumat yang penting buat penggubal dasar, laman-laman berita dan industri periklanan berteknologi agar pembuat keputusan lebih peka dan berusaha untuk membina suasana media yang lebih sihat dan lestari. Laporan penuh boleh didapati melalui pautan ini. – CIJ

English version

Centre for Independent Journalism (CIJ) and Global Disinformation Index (GDI) launches report profiling risk of disinformation in Malaysian media

The Centre for Independent Journalism (CIJ) together with the Global Disinformation Index (GDI) has released a report “Media Market Risk Ratings: Malaysia“.

READ MORE:  'Not a French flag in sight': Fake news after left-wing victory in snap elections

The report, with research led by CIJ, investigates the Malaysian media market’s risk of disinformation. The findings are based on an analysis of 31 Malaysian news sites in English, Bahasa Melayu and Mandarin.

GDI has previously coordinated and released similar reports with local partners across various media markets including India, South Africa, Argentina, France, Germany and Latvia. Malaysia is the latest addition to this roster, with the report presenting unique opportunities for the Malaysian media ecosystem to be analysed using an independent and standardised set of measures.

The Malaysia report applies the established GDI methodology for assessing disinformation risk in three key pillars: the reliability of the site’s content (content pillar), the site’s operational checks and balances (operations pillar), and how informed online readers perceive the overall context of the sites (context).

Malaysian media sites typically demonstrate medium to low risk in our framework:

  • The research showed that the majority (nearly 75%) of Malaysian sites fell into the medium-risk category. Six sites in our sample perform relatively well, receiving low-risk ratings while two sites were categorised as ‘high risk. However, there are no sites that fall under the ‘maximum risk’ and ‘minimum risk’ categories. Sites at ‘high risk’ tend to use sensational headlines, lack transparency in operations and are often purveyors of inaccurate news
  • When it comes to indicators that assess the reliability of content, it is supported by strong performance on the context pillar indicators that measure quality reporting, with an overall average score of 81 out of 100
  • Furthermore, the domains’ overall ratings decreased significantly by operational shortcomings due to a lack of transparent information about a site’s beneficial owners and its sources of funding, as well as operational and editorial policies. Based on a scale of 0 to 100, Malaysian sites scored 15 for attribution as well as policies for ensuring accuracy, 30 for ownership transparency, and 31 for funding transparency
  • The study also found that most Malaysian news sites lacked operational checks and balances, especially regarding ownership, finances and editorial policies. This result in a lack of transparency and minimal ways for the public to hold the media accountable, casting doubts over the media’s motives or conflicts of interest when reporting
READ MORE:  'Not a French flag in sight': Fake news after left-wing victory in snap elections

Based on the report’s key findings, we strongly recommend news sites to:

  • Focus on adopting journalistic and operational standards, such as those set by the Journalism Trust Initiative, which include disclosing conflicts of interest as well as adopting fact-checking standard operating procedures, and making the policies visible on the site;
  • Publish their sources of funding on their page rather than a parent company site. This information helps to build trust and dispel doubts about how the site is funded or any potential sources of influence or conflicts of interest
  • Publish a statement of editorial independence, guidelines for ensuring accuracy and attribution in reporting, and policies for user-generated comments

The Malaysian government also plays a crucial role in setting the tone and legislation for a media ecosystem with more transparency and less risk for disinformation. Some steps to enhance trustworthiness in the media space would include:

  • Strengthening existing state-level right to information laws as well as adopting federal-level legislation to promote freedom of information. With better access to information, journalists will be able to report with confidence and use reliable sources more often
  • Forming a self-regulatory media council by empowering media industry members to self-govern, enhance journalistic integrity and uphold common standards for responsible reporting
  • Abolishing restrictive media laws such as the Printing Presses and Publications Act and the Sedition Act, as well as amending laws such as the Communications and Multimedia Act to grant the press the freedom to report without government crackdowns
  • The need for a trustworthy and independent rating of disinformation risk is necessary. The launch of this risk-rating framework will provide crucial information to policymakers, news websites, and the ad tech industry to enable key decision-makers to stem the tide for a healthier and sustainable media environment. The full report can be accessed here. -CIJ

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x