
Gerakan Media Merdeka (Geramm) memandang serius kandungan draf rang undang-undang anti-berita palsu yang telah dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat kelmarin.
Antara lain, Geramm percaya definisi berita palsu’ dibawah draf rang undang-undang sedia ada adalah terlalu luas dan mudah disalahgunakan bagi mengekang kebebasan media dan kebebasan bersuara.
Rang undang-undang berkenaan mentakrif ‘berita palsu’ sebagai “sebarang berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain”.
Geramm juga berpendapat bahawa peruntukan denda RM500,000 dan penjara 10 tahun bagi individu yang disabitkan bersalah adalah berlebihan.
Apatah lagi bila denda yang sama turut terpakai kepada mana-mana pihak yang memberikan bantuan kewangan atau membantu dalam penghasilan “berita palsu”.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walaupun rang undang-undang berkenaan dijangka akan diluluskan pada hujung minggu ini, Geramm menyeru kepada semua pihak untuk menyertai kempen online kami melalui Twitter, sebagai satu cara menuntut kembali hak demokrasi.
Kerajaan tidak seharusnya dibenarkan memegang monopoli keatas definisi ‘berita palsu’.
Sebagai kumpulan memperjuangkan hak wartawan dan pengamal media, Geramm percaya senjata utama menentang ‘berita palsu’ bukanlah satu lagi akta baru, tapi sebaliknya dengan memperkasa hak kebebasan maklumat.
Dalam hal ini, semua pihak sama ada dari kerajaan, pembangkang, ataupun swasta seharusnya berkomitmen bagi menghormati hak media untuk bertanya soalan terkait isu kepentingan awam dan bukannya menyekat akses kepada maklumat serta berselindung di sebalik peruntukan ‘berita palsu’.
Memetik kata-kata tokoh protagonist dalam novel George Orwell 1984, dalam menentang penyebaran berita palsu oleh para penguasa, “Freedom is the freedom to say that two plus two make four. If that is granted, all else follows.”
Geramm dengan ini melancarkan kempen menentang rang undang-undang anti-berita palsu #FakeNews dengan hashtag #twoplustwo
Dengan ini, kami menggesa semua #kawangeramm untuk retweet pesan-pesan dari akaun Twitter @mediageramm bermula jam 10 pagi besok (27 Mac) sehingga tamat sidang pembahasan rang undang-undang anti-berita palsu, dengan tujuan agar perkara dibangkitkan dapat dibawa dalam sesi tersebut.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
