Home Civil Society Voices Lawatan Trump ke Malaysia: NGO memberi amaran terhadap risiko kredibiliti Asean

Lawatan Trump ke Malaysia: NGO memberi amaran terhadap risiko kredibiliti Asean

Greenpeace Malaysia menyeru pemimpin Asean supaya tidak ‘jual maruah’ semasa lawatan Trump, demi damai dan iklim

GREENPEACE MALAYSIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sehari sebelum ketibaan Presiden AS Donald Trump, aktivis Greenpeace Malaysia melaksanakan aksi aman, menyeru pemimpin Malaysia dan Asean supaya mempertahankan integriti serta keadilan apabila berdepan dengan sikap munafik dalam penafian iklim dan kekejaman perang Donald Trump.

Sepanduk berwarna hijau terang dengan mesej “Time to Resist” digantung di beberapa jambatan utama di pusat bandar untuk menonjolkan kebimbangan bahawa menyambut kedatangan Trump berisiko mengiktiraf lakonan politik seorang tokoh yang dikritik kerana menolak beberapa resolusi gencatan senjata dalam perang Palestin, serta menafikan sains iklim.

Greenpeace Malaysia menegaskan bahawa kesan peperangan masih belum berakhir, terutamanya apabila pemimpin yang menafikan perubahan iklim turut mengabaikan kemanusiaan dan kemusnahan alam sekitar akibat konflik. Kesan ini akan terus menghantui mangsa perang, jauh selepas gencatan senjata diumumkan.

Tindakan ini merupakan seruan untuk menentang kemunafikan dan mengingat pemimpin Asean agar menunjukkan ketegasan semasa berurusan dengan Trump. Mereka tidak harus tunduk kepada permainan politik yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan kebenaran, dan melemahkan perjuangan menegakkan keadilan iklim di rantau yang paling terdedah kepada krisis iklim di dunia.

Heng Kiah Chun, ketua juru kempen Greenpeace Malaysia, berkata: “Sebagai rakyat Malaysia, kami mahu pemimpin kami menepati kata-kata mereka tentang keamanan, keadilan dan masa depan bumi. Malaysia boleh berdagang dengan sesiapa, tetapi tidak boleh menjual prinsipnya.

“Pesanan kami kepada Trump jelas: jangan veto gencatan senjata dan kemudian kononnya perjuangkan keamanan. Jangan nafikan krisis iklim dan kemudian berpura-pura mahu selamatkan dunia.

“Peperangan memusnahkan nyawa dan tanah air. Menafikan kesannya sama seperti menafikan perubahan iklim, bermakna menafikan masa depan manusia dan peluang bumi untuk dibaik pulih.

READ MORE:  When power becomes the only permission slip

“Ini bukan isu pasal melawan kuasa, tetapi isu tentang maruah. Kepimpinan sejati bukan diukur dengan sejauh mana kita dekat dengan kuasa, tetapi dengan keberanian untuk berdiri teguh mempertahankan kebenaran dan integriti.”

Greenpeace Malaysia akan bersama gabungan masyarakat pada 26 Oktober untuk menyeru keadilan bagi mangsa perang, kebertanggungjawaban terhadap penafian, dan kepimpinan Asean yang berprinsip.

Kempen TimeToResist merupakan sebahagian daripada gerakan global yang menentang kebangkitan golongan bilionair, oligarki dan korporat yang melemahkan keadilan, demokrasi dan kemajuan di seluruh dunia dengan menutup suara pengkritik, menyekat kebebasan bersuara, serta melindungi kepentingan golongan berkuasa daripada dipertanggungjawabkan. – Greenpeace

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x