Home Civil Society Voices Lebih 100 kumpulan menyeru Malaysia untuk menunjukkan kepimpinan semasa perundingan Perjanjian Plastik...

Lebih 100 kumpulan menyeru Malaysia untuk menunjukkan kepimpinan semasa perundingan Perjanjian Plastik Global (Malay/Engish)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center), Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pelindung Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Pertubuhan Sisa Sifar Malaysia dan Pertubuhan Sisa Sifar Sabah telah menyampaikan memorandum kepada ahli parlimen (AP) baru-baru ini, menyeru cita-cita tinggi daripada Malaysia di perundingan Perjanjian Plastik Global, dan memohon AP membawa suara rakyat kepada perdana menteri dan para menteri lain.

Penggunaan plastik yang berlebihan mendedahkan manusia kepada mikroplastik. Kajian baru-baru ini telah mengesan mikroplastik dalam najis bayi yang baru lahir, dan menggariskan ancaman plastik yang mendalam dan segera kepada kesihatan manusia.

Mikroplastik mungkin meningkatkan risiko kemudaratan pernafasan, kesihatan reproduktif dan gastrousus, dan mungkin dikaitkan dengan kanser paru-paru dan kolon.

Selain itu, 16,325 bahan kimia yang diketahui digunakan dalam semua aplikasi plastik, dan lebih daripada 4,200 dikenal pasti sebagai bahan kimia membimbangkan kerana ia berterusan, bio-akumulatif, mudah alih atau toksik.

Semenjak 2022, negara-negara dari seluruh dunia telah bertemu di lima mesyuarat jawatankuasa perundingan antara kerajaan (INC) untuk merundingkan instrumen yang dapat menangani pencemaran plastik sepanjang kitaran hayat penuh plastik, daripada pengeluaran kepada reka bentuk, penggunaan dan pelupusan.

Pada bulan Ogos, INC akan bersidang semula di Geneva untuk bahagian kedua rundingan kelima (INC-5.2).

Di bahagian pertama INC5 yang diadakan di Busan pada tahun lepas, para perunding tidak dapat mencapai persetujuan, di mana negara pengeluar minyak yang ‘berfikiran sama’ menentang pelbagai cadangan oleh gabungan bercita-cita tinggi, contohnya untuk mengehadkan pengeluaran plastik dan menghentikan penggunaan bahan kimia plastik yang membimbangkan.

“Kami menggesa Malaysia untuk menunjukkan kepimpinan di INC-5.2. Ketika pihak lain menggunakan strategi menghalang, Malaysia harus terlibat dalam mencari penyelesaian, supaya kita dapat membuat perancangan untuk pembangunan mampan dalam jangka panjang. Industri makanan, perikanan dan pelancongan bergantung kepada lautan yang sihat dengan kepelbagaian biologi yang tinggi –  yang mana semuanya kini diancam oleh pencemaran plastik,” kata Mageswari Sangaralingam dari SAM.

Selanjutnya, Wong Si Peng dari C4 Center memberi amaran tentang risiko yang timbul akibat perkembangan berlebihan kilang petrokimia berdasarkan anggaran pertumbuhan dalam pengeluaran plastik. Beliau menggesa Malaysia untuk mengamalkan tadbir urus yang baik dan berunding untuk ketelusan dan kebolehkesanan bahan kimia berbahaya dalam plastik.

Ruth Yap, pengasas Zero Waste Sabah, bersetuju. “Pengurangan pengeluaran plastik boleh memberi manfaat dari segi ekonomi, dengan peluang baharu dalam reka bentuk semula produk, pembungkusan mampan, sistem guna semula dan isi semula, kedai sifar sisa, dan banyak lagi. Kita perlu memberi insentif untuk mencipta penyelesaian yang selamat dengan segera kerana pencemaran plastik memburukkan lagi tiga krisis planet, iaitu pencemaran, kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim.”

READ MORE:  Can the world solve plastic pollution together?

Asia Tenggara ialah antara rantau yang paling terjejas oleh pencemaran plastik dan kesan bahayanya terhadap kesihatan, biodiversiti, mata pencarian, iklim dan hak asasi manusia. Rantau ini juga merupakan destinasi utama sisa plastik yang dieksport dari negara maju.

Kuala Langat adalah kawasan yang terjejas oleh pencemaran sisa plastik dan sisa elektronik diimport. AP Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, “Banyak sisa plastik yang dihantar ke Malaysia dibakar atau dibuang secara haram, sementara pengeluaran dan penggunaan global plastik dijangka bertambah. Perjanjian ini memberi peluang kepada Malaysia untuk memainkan peranan kepimpinan serantau selaku pengerusi Asean, untuk tampil dengan suara yang tegas dan beraspirasi. Melindungi kesihatan rakyat dan alam sekitar daripada krisis plastik bukan lagi pilihan, ia adalah satu keperluan mendesak yang memerlukan tindakan menyeluruh, berani dan berpandangan jauh.”

Wong Pui Yi dari Basel Action Network memuji Malaysia atas keperluan baharu sijil kelulusan, di mana persetujuan dari Malaysia diperlukan untuk semua jenis sisa plastik yang diimport. “Negara kita boleh menunjukkan kepimpinan dan mencadangkan supaya perjanjian plastik mewajibkan semua negara untuk memaklumkan negara destinasi dan mendapatkan persetujuan sebelum mengeksport semua jenis sisa plastik,” katanya.

AP Petaling Jaya, Lee Chean Chung, menerima memorandum sambil bertambah, “Seperti mana kita tidak mahu Malaysia menjadi tong sampah dunia, kita juga perlu menangani sisa plastik sendiri di sumbernya, dan meneraju perubahan sistemik untuk menghentikan pengeluaran plastik sekali guna.” Ini adalah peluang keemasan untuk menangani kesan buruk pencemaran plastik dan melindungi generasi masa depan kita.

Memorandum ini disokong oleh lebih daripada 100 pertubuhan masyarakat sivil dan perniagaan, dan dibuka untuk ditandatangani sehingga 3 Ogos, sebelum INC5.2. Memorandum ini menyeru Malaysia untuk menyokong Perjanjian Plastik Global yang:

  • Melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar daripada bahaya plastik, termasuk mikroplastik dan bahan kimia yang membimbangkan, melalui satu perjanjian yang inklusif dan mengutamakan peralihan yang adil
  • Menyokong kawalan global yang mengikat secara sah terhadap pengeluaran polimer plastik, bahan kimia yang membimbangkan dalam pengeluaran plastik yang harus dihapuskan, dan jenis produk plastik yang harus dihentikan secara berperingkat
  • Menambahbaik reka bentuk produk supaya mengurangkan sisa plastik dan telus mengenai kumpulan bahan kimia berbahaya
  • Mengawal pengeluaran bahan kimia plastik serta kebocoran dan pelepasan plastik, termasuk mikroplastik, pelet plastik dan alat penangkapan ikan
  • Memastikan pengurusan sisa yang selamat termasuk pencegahan sisa, mekanisme tanggungjawab pengeluar lanjutan (EPR), persetujuan maklum awal untuk semua pengeksportan sisa plastik, dan penolakan penyelesaian palsu

English version

Over 100 groups call on Malaysia to show leadership at Global Plastic Treaty negotiations after five rounds of stalemate

The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center), the Consumers’ Association of Penang (CAP), the Environmental Protection Society Malaysia (EPSM), Sahabat Alam Malaysia (SAM), Zero Waste Malaysia and Zero Waste Sabah have delivered a memorandum to MPs, calling for high ambition from Malaysia at the Global Plastics Treaty negotiations, urging the MPs to bring the voices of the people to the prime minister and other ministers.

READ MORE:  Southeast Asian governments urged to put environment and health first at plastics treaty negotiation

Excessive plastic use is exposing people to microplastics. Recent studies have detected microplastics in the faeces of newborn infants, underscoring the profound and immediate threat to human health posed by plastic.

Microplastics may increase the risk of respiratory, reproductive and gastrointestinal harm, with potential links to lung and colon cancer.

Meanwhile, 16,325 known chemicals are used across all plastic applications, with more than 4,200 classified as chemicals of concern because they are persistent, bio-accumulative, mobile or toxic.

Since 2022, countries from around the world have convened in five Intergovernmental negotiating committee (INC) meetings to develop an instrument to address plastic pollution across the full life cycle of plastic, from production to design, use and disposal.

In August, the INC will reconvene in Geneva for the second part of the fifth negotiations (INC5.2).

At the first part held in Busan last year, countries could not come to an agreement, with oil-producing ‘like-minded’ countries opposing various ambitious proposals by the high-ambition coalition, such as a cap on plastic production and eliminating chemicals of concern in plastics.

“We urge Malaysia to show leadership at INC5.2. While others participate in obstruction strategies, we should be part of the solutions, to better plan for long-term sustainable development, not least because our food, fisheries and tourism industries highly depend on healthy oceans with high biodiversity – all currently threatened by plastic and chemicals of concern,” said Mageswari Sangaralingam of SAM.

Wong Si Peng from C4 Center warned of the risks posed by an overexpansion of petrochemical facilities based on the projected growth in plastic production, and urged Malaysia to practise good governance and negotiate for transparency and traceability of hazardous chemicals in plastic.

Ruth Yap, founder of Zero Waste Sabah, concurred. “Reducing plastic production could be economically beneficial, with new opportunities in product redesign, sustainable packaging, reuse and refill systems, zero-waste shops and more.

“We urgently need to incentivise safe solutions because plastic is worsening the triple planetary crisis of pollution, biodiversity loss and climate change.”

READ MORE:  Ke arah instrumen yang mengikat secara sah mengenai pencemaran plastik (Malay/English)

Southeast Asia is one of the regions most affected by plastic pollution and its harmful impacts on health, biodiversity, livelihoods, climate and human rights. We are also the top destination for plastic waste exports from developed countries.

Kuala Langat is an area badly affected by pollution caused by imported plastic and electronic waste. MP Dr Ahmad Yunus Hairi rued: “Much of the plastic waste sent to Malaysia has been illegally burned or dumped, and the production and use of plastic globally is expected to increase.

“This Treaty is a chance for Malaysia to lead the region as Asean chair with a firm and aspirational voice. Protecting the health of our people and environment from the plastic crisis is no longer an option, but an urgent need that calls for comprehensive action, courage and forward thinking.”

Wong Pui Yi of Basel Action Network commended Malaysia on the new requirement for certificates of approval, where consent from Malaysia is needed for all types of plastic waste imports. “Our country is well-positioned to take the lead and advocate for the plastic treaty to mandate all countries to notify destination countries and receive consent before exporting all plastic waste,” she explained.

Petaling Jaya MP Lee Chean Chung, when receiving the memorandum, added: “Just as we do not want Malaysia to be the world’s rubbish bin, we also need to tackle our own plastic waste at its source, and induce systemic change to eliminate single-use plastics.” This is a golden opportunity to stem the devastating impacts of plastic pollution and protect our future generations.

The memorandum is supported by more than 100 civil society organisations and businesses…

The memorandum calls for Malaysia to support an ambitious Global Plastic Treaty that:

  • Protects human and environmental health from the harms of plastic, including microplastics and chemicals of concern, through an inclusive treaty that prioritises just transition
  • Supports legally binding global controls on plastic polymer production, the chemicals of concern in plastic production that should be eliminated, and the types of plastic products that should be phased out
  • Improves product design that minimises plastic waste and is transparent about hazardous groups of chemicals
  • Controls plastic chemical emissions and plastic leakages and releases, including microplastics, plastic pellets and fishing gear
  • Ensures the sound management of waste, including waste prevention, extended producer responsibility, prior informed consent for all plastic waste exports, and rejection of false solutions
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x