Home Civil Society Voices Letak calon yang memperjuangkan keadilan iklim (Malay/English)

Letak calon yang memperjuangkan keadilan iklim (Malay/English)

GREENPEACE MALAYSIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Greenpeace Malaysia melintasi enam dewan undangan negeri dengan sepanduk “#UndiIklim”, mendesak parti politik menamakan calon yang boleh mewakili negeri dengan tuntutan untuk mengurangkan pencemaran plastik, memelihara udara bersih, melindungi alam semulajadi dan meningkatkan tenaga boleh diperbaharui di dewan.

Rakyat Malaysia berhak mengundi calon yang mementingkan alam sekitar dan krisis iklim pada hari pengundian.

Cabarannya ialah sistem sedia ada membolehkan pertumbuhan ekonomi tanpa had dan peraturan sepadan yang akhirnya menjadi sumber besar ketidakadilan iklim dan alam sekitar, serta eksploitasi dan mengancam komuniti yang terdedah, kepelbagaian biodiversiti, kemerosotan kualiti alam sekitar, kesihatan dan ekonomi kita.

Di Malaysia, kerajaan negeri memainkan peranan penting dalam penggunaan tanah, dasar tanah, serta pembinaan, perancangan dan pentadbiran persekitaran. Oleh sebab itu, kebanyakan isu alam sekitar boleh dan harus ditangani di peringkat negeri dan tempatan.

Pilihan raya untuk enam negeri yang akan datang memberi peluang penting kepada orang ramai untuk membuat perubahan melalui undi mereka.

Pencemaran plastik

Pencemaran plastik terus menjadi isu krisis iklim yang ketara dan masalah sisa toksik kepada alam sekitar kita dengan mencemarkan sungai dan ekosistem, memudaratkan hidupan marin di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.

Plastik mengandungi dan boleh larut lesap keluar sebanyak 13,000 bahan kimia berbahaya, yang mana penyelidik mengatakan sekurang-kurangnya 3,200 daripadanya adalah bahan kimia yang membimbangkan.

Selain bahan kimia berbahaya, mikroplastik mengancam kesihatan kita dengan anggaran 78,000 dan 204,000 zarah mikroplastik masuk ke dalam badan manusia setiap tahun, berdasarkan kajian pada tahun 2019.

Manakala proses penghasilan plastik mempunyai kesan kepada iklim yang ketara, daripada pengekstrakan, pengedaran dan pelupusan.

Kitaran semula secara amnya boleh berkesan untuk menuntut semula sumber bahan semula jadi, tetapi bukan untuk bahan plastik. Masalah kitar semula plastik bukan terletak pada konsep ataupun proses, tetapi pada bahan itu sendiri.

Kerajaan negeri harus mengiktiraf isu sisa plastik toksik dan mengamalkan prinsip mengurangkan, mengguna semula dan mengisi semula untuk menghentikan pencemaran plastik.

Udara bersih

Isu-isu hutan terus timbul semasa rakyat Malaysia dijangka mengalami jerebu yang lebih teruk akibat fenomena El Nino, manakala dunia mencatatkan hari terpanasnya buat kali ketiga dalam tempoh seminggu pada awal Julai ini.

Menurut Global Forest Watch, amaran kebakaran memuncak pada 10 April dengan 373 amaran, Kelantan mengalami kebakaran gambut akibat gelombang haba, memburukkan lagi risiko bencana perubahan iklim.

Manakala sejumlah 6,634 amaran kebakaran dialami antara Julai 2020 dan Julai 2023.

Selain itu, kebakaran tanah gambut dan hutan seperti ini akibat daripada kemusnahan hutan dan tanah gambut memburukkan lagi pencemaran udara persekitaran dan kesihatan manusia, yang pada tahun 2019 dianggarkan menelan belanja Malaysia sebanyak RM303bn setahun – atau 20% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Selain memelihara tanah gambut dan melindungi litupan hutannya, kerajaan negeri harus memastikan komitmen mereka untuk mengiktiraf hak udara bersih sebagai hak asasi manusia. Dalam proses membuat keputusan, semua agensi negeri harus sentiasa mempertimbangkan kesannya terhadap kualiti udara.

Biodiversiti

Banyak negeri menghadapi kehilangan biodiversiti akibat projek pembangunan dan pertanian besar-besaran yang menjejaskan hutan dan lautan, antara lainnya.

Kebimbangan terhadap hutan telah dibangkitkan mengenai pertanian monokultur, pembangunan yang tidak perlu dan projek kuasa hidro mega, serta pembalakan yang sah dan haram.

Menurut Global Forest Watch, terdapat 606,927 amaran penebangan hutan dilaporkan di Malaysia antara 13 dan 20 Jun tahun ini (2023), meliputi sejumlah 7.45kha (ribu hektar).

READ MORE:  Fence sitters will decide outcome of state elections - Rafizi

Isu-isu ini membawa kepada kehilangan biodiversiti yang menimbulkan masalah tambahan seperti konflik antara hidupan liar dengan manusia yang lebih kerap disebabkan oleh hutan yang diasingkan dan kehilangan kawasan hutan yang melampau.

Isu yang berkaitan dengan kehilangan biodiversiti marin ialah projek tebus guna tanah mega, yang menjejaskan hidupan liar marin di kawasan laut yang dicadangkan dan sekitarnya. Contoh yang paling menonjol ialah projek penambakan pulau-pulau selatan Pulau Pinang. Ia juga akan menjejaskan mata pencarian nelayan dan berisiko kerosakan kekal di kawasan sensitif alam sekitar.

Kerajaan negeri harus bekerjasama untuk menghentikan projek yang merosakkan alam sekitar seperti ini untuk mengekalkan dan memastikan keseimbangan antara mata pencarian rakyat dan hidupan liar di sekelilingnya berada dalam keharmonian bersama.

Perubahan iklim dan tenaga boleh diperbaharui

Sementara dalam bidang perubahan iklim dan tenaga, Malaysia memberi komitmen semula untuk mengurangkan keamatan karbonnya berbanding KDNK sebanyak 45% menjelang 2030 dalam COP26 baru-baru ini.

Pada Mac tahun ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan kapasiti sedia ada tenaga boleh diperbaharui mewakili 25% daripada jumlah campuran kuasa negara.

Walau bagaimanapun, data terkini dalam pelan hala tuju tenaga boleh diperbaharui Malaysia SEDA menunjukkan solar hanya menyumbang 4.3% daripada jumlah campuran kuasa (berdasarkan jumlah campuran kuasa 23.5% sebelumnya), walaupun Malaysia telah terbukti kedudukannya sebagai salah satu pengeksport utama dunia untuk panel solar.

Kerajaan negeri boleh bekerjasama secara langsung dengan kerajaan persekutuan untuk menguatkuasakan penggunaan teknologi fotovoltaik serta menyediakan lebih banyak insentif untuk pengguna panel solar atau pengguna RE dalam mempromosikan penggunaan PV solar.

Ini sejajar dengan objektif kerajaan persekutuan dalam menyediakan peralihan tenaga yang mampan dan saksama, dan secara tidak langsung meningkatkan peratusan kapasiti tenaga solar negara.

Thing Siew Shuen, pengurus kanan program Greenpeace Malaysia, berkata: “Rakyat Malaysia berhak untuk hidup dalam alam sekitar selamat, bersih, sihat dan mampan yang diperjuangkan oleh wakil rakyat yang mementingkan alam sekitar, isu perubahan iklim dan mengutamakan kesejahteraan rakyat dan bumi kita lebih penting lagi dari matlamat yang didorong oleh keuntungan semata-mata.

“Penyelesaian sebenar sudah wujud, iaitu melindungi dan memulihkan persekitaran semula jadi kita yang sedia ada, mengurangkan pengeluaran dan penggunaan plastik yang tidak diperlukan, sambil beralih kepada tenaga boleh diperbaharui solar.

“Isu seperti penebangan hutan untuk perubahan guna tanah dan amalan tidak mampan, kebakaran hutan dan tanah gambut, serta pencemaran plastik, memburukkan lagi bencana perubahan iklim seperti banjir dan kemarau; mengancam kesihatan dan ekonomi kita dengan memacu kehilangan biodiversiti dan kemerosotan alam sekitar. Sebagai manusia, kita telah mengambil banyak daripada alam semula jadi, bolehkah kita meninggalkan sedikit ruang untuk spesies atau haiwan lain?

“Greenpeace Malaysia menyeru rakyat untuk #UndiIklim, menuntut keadilan iklim dengan mengundi ahli dewan undangan negeri yang mengutamakan keadilan iklim dan komited terhadap ketelusan data sambil melaksanakan dasar alam sekitar yang berkesan.

“Kami memerlukan wakil negeri yang akan menyuarakan isu-isu alam sekitar seperti ini ke barisan hadapan di peringkat negeri dengan mendesak akta perubahan iklim, pencemaran jerebu merentasi sempadan atau akta udara bersih dan menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.” – Greenpeace Malaysia

English version

Greenpeace Malaysia demands environmental and climate-conscious state assemblies in upcoming elections

Greenpeace Malaysia crosses six state legislative assemblies with its “#Vote4Climate” banner to demand that political parties nominate candidates who can speak for reducing plastic pollution, preserving clean air, protecting diversity and increasing renewable energy in the state assemblies.

READ MORE:  New Bersih guidelines to curb incumbency advantage

Malaysians have the right to vote for environmentally and climate-conscious candidates on polling day.

The challenge is that our current system allows the pursuit of limitless economic growth without proper regulations, which becomes a huge source of environmental and climate injustice and exploitation threatening vulnerable communities, biodiversity, environmental degradation, our health and the economy.

In Malaysia, the state governments play crucial roles in land use, land policies, the built environment, and planning and administration; many environmental issues can be and should be addressed at state and local levels.

The upcoming six state elections provide a crucial opportunity for people to make a real difference through their votes.

Plastic pollution

Plastic pollution continues to be a significant climate issue and toxic waste problem to our environment by polluting rivers and our ecosystem, harming marine life across Kedah, Penang, Kelantan, Terengganu, Selangor and Negeri Sembilan.

Plastic contains and can leach as many as 13,000 hazardous chemicals, of which researchers say at least 3,200 of are chemicals of concern.

In addition to hazardous chemicals, microplastics threaten our health with estimates of 78,000 and 204,000 annual microplastic particles consumed per person based on a study in 2019.

The process of producing plastics itself – from extraction, distribution and disposal – has significant climate impacts.

Recycling in general can be an effective way to reclaim natural material resources but not plastics. The problem with plastic recycling lies not with the concept or process but with the material itself.

The state governments should recognise the issues of toxic plastic waste and adopt reduce, reuse and refill principles in treating plastic pollution.

Clean air

Concerns on forest issues continue to surface as Malaysians are expected to experience haze worsened by El Nino while the world recorded its hottest day for the third time in a week early this July.

According to Global Forest Watch, fire alerts peaked on 10 April with 373 alerts, with Kelantan experiencing peat fires resulting from heatwaves, exacerbating climate change disaster risk. A total of 6,634 fire alerts were experienced between July 2020 and July 2023.

Additionally peat and forest fires such as those resulting from forest and peat degradation worsens ambient air pollution and human health, which in 2019 was estimated to cost Malaysia RM303bn annually – or 20% of the country’s gross domestic product (GDP).

Besides preserving peatlands and protecting its forest cover, the state government should commit to recognising the right to clean air as a human right. In decision-making processes, all state agencies should always consider the impacts on air quality.

Biodiversity

Many states are facing loss of biodiversity due to massive developmental and agricultural projects affecting forests and oceans among others.

Concerns on forest have been raised regarding monoculture farming, unnecessary development and mega-hydropower projects, as well as legal and illegal logging.

According to Global Forest Watch, there were 606,927 deforestation alerts reported in Malaysia between 13 and 20 June of this year (2023), covering a total of 7.45kha (thousand hectares).

READ MORE:  Perjanjian damai parti politik, perlu?

These issues lead to biodiversity loss that creates additional problems such as more frequent human wildlife conflicts due to segregated forests and extreme loss of the forest area for wildlife to roam.

Issues relating to marine biodiversity loss are mega-land reclamation projects, which affect marine wildlife of the proposed and surrounding ocean areas. The most prominent example being the Penang south islands reclamation project. It will also affect the livelihood of fisherfolk and risk permanent damage in this environmentally sensitive area.

State governments should work together to halt environmentally devastating projects such as these in order to sustain and ensure the balance between its people’s livelihoods and surrounding wildlife are in mutual harmony.

Climate and energy

While on the climate and energy front, Malaysia recommitted itself to reducing its carbon intensity against GDP by 45% by 2030 in the recent COP26.

In March this year, Natural Resources, Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad announced that renewable energy installed capacity represents 25% of the total power mix.

However the most recent data in the Sustainable Energy Development Authority’s Malaysian renewable energy roadmap shows solar to make up only 4.3% of the total power mix (based on the previous 23.5% total power mix), despite Malaysia being established as one of the world’s major exporters of solar photovoltaic panels.

The state government could work directly with the federal government in enforcing the adoption of solar photovoltaic panels as well as providing more incentives for solar panel users or renewable energy users in promoting the adoption of solar photovoltaic systems.

This is aligned with the federal government’s objective in providing a clean and just energy transition and indirectly enhancing the nation’s solar energy capacity percentage.

Thing Siew Shuen, Greenpeace Malaysia’s senior programme manager, said: “Malaysians have a right to a safe, clean, healthy and sustainable environment championed by environmentally and climate-conscious elected representatives who prioritise the wellbeing of people and our planet above singularly profit-driven goals.

“Real solutions already exist, namely protecting and restoring our existing natural environment, reducing production and use of unnecessary plastic, while transitioning to solar renewable energy.

“Issues such as deforestation for land use change and unsustainable practices, forest and peat fires as well as plastic pollution are intensifying climate change disasters such as floods and droughts; threatening our health and economy by driving biodiversity loss and environmental degradation.

“As human beings, we have taken a lot from nature, can we leave some space for other species or animals?

“Greenpeace Malaysia calls for citizens to #UndiIklim, demand climate justice by voting for state assemblymen who prioritise climate justice and are committed to data transparency while implementing effective environmental policies.

“We need state representatives who will raise the environmental challenges such as these to the forefront at the state level by pushing for a climate change act, transboundary haze pollution or clean air act and the revising of our 1974 Environmental Quality Act.” – Greenpeace Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x