Home Civil Society Voices Mansuhkan segala bentuk diskriminasi

Mansuhkan segala bentuk diskriminasi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pusat Komas berasa amat kecewa dengan serangan berbaur perkauman yang dilontarkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang terhadap Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy seusai perbentangannya soal jawab belanjawan 2019 pada 19 November.

Malaysia ialah negara yang berpaksikan keharmonian segala kaum. Laungan untuk meratifikasikan ICERD bersesuaian dengan manifesto Pakatan Harapan yang menyatakan “Cita-cita rakyat ialah ingin menikmati kehidupan yang inklusif, harmoni, maju, makmur, adil dan saksama, serta bebas daripada diskriminasi. Kepelbagaian kaum dan agama harus dilihat sebagai satu sumber kekuatan yang menyegarkan, bukannya sebagai kelemahan yang menyukarkan”.

Malaysia baru dijangka untuk menghentikan segala diskriminasi yang menggunakan agama dan kaum semata-mata kerana ingin mengangkatkan agenda politik yang hanya ada hayat yang pendek.

Pusat Komas amat terkejut dengan politik yang berada di takuk lama yang ditunjukkan oleh barisan pembangkang di Parlimen dengan melabelkan menteri sebagai seorang yang rasis kerana ingin meratifikasikan ICERD.

Kami ingin tekankan yang sepanjang beberapa minggu ini, parti-parti pembangkang ghairah dengan memainkan isu perkauman dan melakukan provokasi di dalam negara dengan menyebarkan maklumat yang palsu tentang meratifikasikan ICERD dan implikasinya terhadap negara. Ini boleh dilihat dalam kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh barisan pimpinan parti politik dan protes di setiap pelusuk negara yang membantah ratifikasi ICERD.

Kami ingin menekankan yang dengan menandatangani ratifikasi ICERD, ia tidak akan menjejaskan kebajikan bumiputera di Malaysia. Malahan, ia akan menguatkan lagi peruntukan yang relevan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk menggalakkan kepentingan kebajikan bumiputera di Malaysia. Buat sekian lamanya, Artikel 153 telah disalahgunakan oleh golongan politik elit yang hanya mementingkan diri sendiri, tanpa melihat kepada mereka yang amat memerlukan.

Pusat Komas berpendirian yang parti pembangkang harus hentikan setiap usaha untuk mengelirukan masyarakat umum dan berhenti menjuarai kepentingan kaum dan agama mereka.

Dalam era Malaysia baru, setiap bentuk provokasi dan hasutan harus dihentikan. Barisan pembangkang harus menanam sifat politik matang dan mencari kaedah yang sihat untuk bekerja dengan kerajaan baru dan jemaah menteri untuk Malaysia yang lebih baik dalam isu-isu tempatan mahupun untuk isu-isu luar negara.

Pusat Komas ingin menyeru kerajaan baru supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap barisan parti politik pembangkang. Kerajaan harus menunjukkan kehendak politik yang baru dengan mengecam tindakan diskriminasi dan maju ke hadapan dengan negara yang lebih inklusif. Inilah masanya untuk kita menunjukkan kepada negara-negara lain yang kita bukannya negara yang bertolak ansur dengan diskriminasi kaum dan kita tidak akan membenarkan sejarah diskriminasi berulang lagi.

English version

Let’s eliminate racial discrimination in all its forms

Pusat Komas is appalled by the racist attacks made by opposition MPs against National Unity and Social WellBeing Minister P Waytha Moorthy who was wrapping up the 2019 Budget debate on 19 November.

Malaysia is a nation which is built on the notion of inclusiveness. The call to sign and ratify the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination is in line with the notion and the Pakatan Harapan manifesto, which states that “all citizens of any country aspire for an inclusive, harmonious, progressive, prosperous, just and equitable life, free from any forms of discrimination. The diversity of races and religions should be seen as a source of power, not as an obstacle”.

A new Malaysia is expected to stop all forms of use of the racial and religious card, which pits one race against another for the sake of short-term political expediency and gain.

Pusat Komas is shocked by the old ugly politics of the new opposition in Parliament by labelling the minister a racist for having called for the ratification of the convention. We would like to stress that for the past few weeks, the opposition parties have been in cahoots in inciting racism and provoking riot within the country by spreading false and malicious information on the implications of the ratification in Malaysia. This is reflected in the statements made by leaders of these political parties and the nationwide protest against the ratification.

We reiterate that the signing and ratification of the convention would not harm the welfare of the bumiputeras in Malaysia. In fact, it would strengthen the relevant provisions in the Federal Constitution which are aimed at promoting the welfare of the bumiputeras in Malaysia. For far too long, Article 153 was misused by political elites to safeguard their own particular interests, disregarding the needs of the people who really need it.

Pusat Komas believes that the opposition parties should stop at all costs its efforts to mislead the public and to act as champions of their own race and religion.

In the breath of the new Malaysia, all forms of racial provocation and instigation should cease to exist. The new opposition needs to grow mature politically and find ways to work with the new government and ministers for a better Malaysia locally and internationally.

Pusat Komas also calls upon the new government to desist from falling into the racist traps by the opposition parties. The government should show its political will by denouncing such acts and march together to promote inclusiveness in the country. It is now time for us to show the world that we are not a racist country and will not allow anyone to corner us there again.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
9 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Ari Widjaya
2 Dec 2018 12.40am

Malaysia adalah tanah Melayu

Jestqlie Tom Thumb
1 Dec 2018 6.55am

Remove umno & Pas

Govind M. S. Munu
30 Nov 2018 11.03pm

Say No to Racisms and Discrimination.

Murali Subramaniam
30 Nov 2018 3.42pm

#behumanfirst

Kevin Dhillon
30 Nov 2018 2.49pm

Not going to happen

Gerrie Teng
30 Nov 2018 3.41pm
Reply to  Kevin Dhillon

We are ready to embrace a change for the better. But how are we to reach those who have ears that hear not & mouths that refused to stop talking rot?

Cheah Chachacheah
30 Nov 2018 6.28pm
Reply to  Kevin Dhillon

Never give up. Some changes take longer to come…. like 61 years. If PDRM upholds the anti racist law strictly, peace & harmony can come within a month. I trust them. It will happen. Peace 😍

Kevin Dhillon
30 Nov 2018 6.29pm
Reply to  Kevin Dhillon

Not giving up just being realistic

Robert Joseph
30 Nov 2018 11.17pm
Reply to  Kevin Dhillon

Don’t be a racist, all say that but when comes to marriage majority look for own race.

9
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x