
Marilah kita semua berdiri bersama-sama para nelayan. Tanpa para nelayan tiada ikan-ikan di kantin, tiada makanan di kafe. Tanpa para nelayan, kita semua tidak akan mampu untuk belajar lagi. Tanpa para nelayan, kita semua akan kelaparan, ujar Gerakan Pembebasan Akademik (GPA).
Projek tambak di timur laut Pulau Pinang akan menjejaskan ekosistem laut di sekitar utara Malaysia. Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah kesan besar kepada para nelayan di sekitar Pulau Pinang.
Berdasarkan ulasan wakil daripada Penang Forum, Fasa 1 Penang Transport Master Plan (PTMP) adalah projek mega yang amat kompleks yang akan melibatkan projek light rail (elevated), Lebuhraya Pan-Island Link dan Penang South Reclamation (PSR).
PSR bercadang untuk menuntut semula tiga pulau berjumlah 4,500 ekar, lebih besar daripada Forest City dan akan melibatkan penambangan pasir berskala besar di perairan Perak.
Walaupun kerajaan negeri telah menawarkan pampasan kepada para nelayan yang bakal terjejas dengan projek mega, tetapi para nelayan amat jelas dengan pendirian bahawa projek ini perlu dihentikan kerana bakal mengakibatkan kesan buruk kepada ekosistem laut dan alam sekitar.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Menjadi nelayan bukan hanya satu pekerjaan tetapi juga adalah penjaga laut yang selama ini bertanggungjawab menjaga lautan, memastikan sumber laut terus dijaga. Projek- projek yang mementingkan pembangunan dan keuntungan ini akan mengakibatkan kesan kepada rantai makanan di Malaysia ini.
Dengan ini GPA ingin menyeru semua mahasiswa untuk turut serta dalam solidariti ini. Marilah kita semua berdiri bersama-sama para nelayan. Tanpa para nelayan tiada ikan-ikan di kantin, tiada makanan di kafe. Tanpa para nelayan, kita semua tidak akan mampu untuk belajar lagi. Tanpa para nelayan, kita semua akan kelaparan!
Kekuasaan ini perlu dilawan secara kolektif, ayuh kita tuntut keadilan pada alam dan juga pada para nelayan!
Mahasiswa bersama nelayan! Hormati alam sekitar!
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
Come on, Aliran. The title very misleading !
Dimana mahasiswa bila pantai ikonik Pantai Lido diJohor Bahru dihadiahkan kepada pemaju dari negara China oleh UMNO-BN? Masa itu, buta, pekak dan bisu.