Suara Siswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpandangan bahawa majlis perwakilan pelajar (MPP) sudah tidak lagi berfungsi sebagai wadah perjuangan mahasiswa, sebaliknya telah menjadi alat legitimasi pentadbiran universiti.
Dalam banyak keadaan, MPP kini lebih menyerupai extension birokrasi, bergerak dalam batas yang ditentukan oleh pihak pengurusan, bukannya mewakili kepentingan mahasiswa secara bebas dan kritikal.
Kegagalan MPP untuk bersuara terhadap isu-isu mendesak seperti krisis kolej kediaman, tekanan kos sara hidup, serta penindasan terhadap suara pelajar menunjukkan bahawa sistem ini telah kehilangan makna asalnya.
MPP bukan lagi suara mahasiswa, sebaliknya hanya gema daripada suara pihak universiti. Hal ini boleh dilihat apabila mereka pantas mengeluarkan kenyataan mempertahankan kuasa, namun hanya mengeluarkan kenyataan separuh masak tentang krisis kolej kediaman, itu pun setelah didesak oleh mahasiswa.
Suara Siswa menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk struktur ini dimansuhkan dan digantikan dengan kesatuan mahasiswa UiTM, sebuah badan demokratik yang benar-benar dimiliki, dikendalikan dan dipimpin oleh mahasiswa. Tidak seperti MPP yang bergantung kepada kelulusan pentadbiran, kesatuan mahasiswa haruslah berdiri atas prinsip autonomi, kebebasan bersuara dan solidariti kelas pelajar.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kesatuan mahasiswa membolehkan pelajar menentukan dasar dan tindakan mereka tanpa campur tangan pentadbiran universiti. Ia mengembalikan hak pelajar untuk menyuarakan pandangan dan membuat keputusan secara kolektif.
Di bawah sistem MPP sedia ada, mahasiswa dikekang daripada terlibat dalam perbincangan politik dan gerakan sosial. Kesatuan mahasiswa pula memberi ruang untuk pelajar mendidik diri secara kritikal, menyuarakan isu rakyat dan berperanan dalam masyarakat.
Program seperti “MPP Care” menunjukkan bagaimana kebajikan mahasiswa kini dijadikan alat penjinakan (instrument of pacification).
Kesatuan mahasiswa harus memperjuangkan hak kebajikan, bukannya mengagih bantuan atas nama simpati.
Kami menegaskan bahawa pembebasan mahasiswa bermula dengan pembubaran MPP. Selagi MPP wujud dalam bentuknya yang kini, dilantik melalui sistem yang dikawal, diselia, disaring dan dibiayai oleh universiti, selagi itu mahasiswa tidak akan bebas.
Suara Siswa UiTM menyeru seluruh mahasiswa untuk bersatu membina semula kekuatan kolektif, menolak budaya ‘pelajar jinak’, dan mendirikan kesatuan mahasiswa UiTM sebagai simbol kebangkitan baru gerakan pelajar. – Suara Siswa UiTM
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











