
[ENGLISH VERSION BELOW] Malaysia berhak memiliki Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) yang kukuh dengan kualiti gred A dalam lima aspek utama:
- Kepimpinan
- autonomi pentadbiran
- autonomi kewangan
- perkhidmatan kepada ahli parlimen dan
- kebertanggungjawaban kepada rakyat
untuk memperkukuh fungsinya sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap badan eksekutif serta meningkatkan kualiti penggubalan dasar dan undang-undang.
Kami menggesa kerajaan “Madani”, pihak pembangkang rasmi Perikatan Nasional (PN) serta semua ahli parlimen untuk membawa 11 penambahbaikan penting terhadap Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen (RUU PSA) yang telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Februari (Isnin) sebelum dibentangkan untuk bacaan kedua pada 4 Mac supaya rang undang-undang ini mencapai kualiti 5A.
Walaupun beberapa perkara boleh dilaksanakan melalui peraturan mesyuarat Dewan atau arahan pentadbiran, kami berpendapat bahawa lebih baik jika peruntukan atau jaminan yang jelas dimasukkan terus dalam RUU PSA 2025 untuk hal-hal penting seperti:
- perwakilan ahli pembangkang dan ahli parlimen kerajaan dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP)
- meletakkan semua kakitangan atau sekurang-kurangnya sebahagian besar jabatan di bawah PSA
- pelantikan dan jaminan tempoh perkhidmatan bagi setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara
- autonomi kewangan untuk MPP serta
- penubuhan pejabat bajet Parlimen dan pejabat penggubal undang-undang parlimen
Berdasarkan kajian terhadap akta perkhidmatan parlimen di beberapa buah negara Komanwel, termasuk PSA 1963 Malaysia yang dimansuhkan pada 1992, kami telah membangunkan satu rangka kerja analisis dengan lima kriteria penilaian yang digredkan dari A hingga E untuk menilai RUU PSA 2025.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami sepenuhnya sedar akan keterbatasan dan subjektiviti rangka kerja ini kerana kajian kami hanya tertumpu pada akta utama tanpa meneliti peraturan atau dinamik kuasa dalam parlimen negara-negara yang dikaji.
Disebabkan masa yang terhad sejak pengumuman pembentangan rang undang-undang ini, hanya inilah yang mampu diusahakan oleh empat NGO dalam keadaan yang sepatutnya memerlukan kertas hijau, kertas putih atau kajian terperinci oleh bahagian perpustakaan dan perkhidmatan penyelidikan Parlimen sendiri.
Usaha ini bertujuan untuk memudahkan perbahasan terbuka mengenai matlamat, fungsi dan reka bentuk perkhidmatan parlimen yang diperlukan oleh Malaysia.
Lebih-lebih lagi apabila kerajaan seperti ingin menghadkan skop rang undang-undang ini kepada parameter PSA 1963 dan mengecualikan sebahagian besar pegawai parlimen daripada cakupannya.
Kami tidak dapat memahami mengapa kerajaan Madani mengambil pendekatan yang begitu terbatas, sedangkan parlimen di negara-negara Komanwel seperti New Zealand, Australia, United Kingdom dan Kanada telah melaksanakan reformasi berani bagi mewujudkan perkhidmatan parlimen yang lebih profesional dan berdayamaju sejak atau bahkan sebelum pemansuhan PSA 1963 pada tahun 1992.
Jika kerajaan tidak menggunakan strategi pembangunan ekonomi dari tahun 1963 untuk lanskap yang sudah banyak berubah pada 2025, mengapa pula kerajaan mahu mengikat dirinya kepada rangka tahun 1963 dalam usaha reformasi parlimen dan bukannya mencontohi amalan terbaik antarabangsa?
Berdasarkan rangka kerja penilaian kami, RUU PSA 2025 hanya memperoleh gred komposit 1C, 3D, 1E. Walaupun ini adalah satu kemajuan berbanding status quo sejak 1992 yang bertaraf 5E, dan hampir setanding dengan kualiti PSA 1963 yang telah dimansuhkan.
Namun, gred komposit ini bermakna bahawa jika rang undang-undang ini diluluskan, Parlimen masih akan berada di bawah pengaruh kuat eksekutif serta tidak mempunyai sumber dan kuasa yang mencukupi untuk menjalankan semakan dan imbangan serta menghasilkan undang-undang dan dasar yang lebih baik.
Walaupun amat kecewa dengan tahap aspirasi yang rendah oleh kerajaan Madani dalam PSA 2025, kami tetap mengucapkan tahniah atas usaha memulihkan semula perkhidmatan parlimen – satu idea yang telah dibincangkan sejak 2005 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Badawi, tetapi gagal direalisasikan oleh empat kerajaan berturut-turut sebelum kerajaan Madani.
Keazaman politik kerajaan Madani dalam melaksanakan reformasi ini wajar dipuji, terutamanya apabila 70% penjawat awam parlimen menyatakan bantahan terhadapnya dalam satu tinjauan sebelum ini, seperti yang diakui oleh Ketua Pembangkang Parlimen Hamzah Zainudin pada 27 Februari, yang berkemungkinan berpunca daripada taklimat dan maklumat yang tidak mencukupi mengenai butiran serta alternatif bagi Akta Perkhidmatan Parlimen.
Penolakan terhadap PSA yang baharu ini didorong oleh pelbagai motivasi daripada autoritarianisme, sifat kewilayahan kuasa sehingga kepada isu laluan kerjaya.
Malangnya, kebimbangan sah yang dihadapi oleh sebahagian penjawat awam tidak pernah dinyatakan secara terbuka untuk memungkinkan perbincangan awam bagi mencari penyelesaian menang-menang.
Episod ini sekali lagi menjadi contoh mengapa proses penggubalan rang undang-undang perlu dipertingkatkan dengan mengadakan rundingan yang mencukupi bersama semua pihak berkepentingan, mengakui kebimbangan mereka, dan mendapatkan sokongan mereka sejak awal.
Pada 4 Mac, apabila RUU PSA 2025 dibentangkan untuk bacaan kedua, kami berharap agar keberanian kerajaan Madani, pembangkang PN dan semua 222 ahli parlimen dapat diserlahkan dalam memastikan PSA yang kukuh dengan kualiti 5A yang benar-benar mencerminkan semangatnya.
Marilah kita gunakan peluang ini untuk memperkukuhkan salah satu institusi demokrasi yang penting di negara ini.
Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
Rasuah Busters
Nota: Pada 5 Mac, Dewan telah meluluskan PSA dengan beberapa pindaaan.
English version
Malaysia deserves a strong Parliamentary Service Act of five-A quality
Malaysia deserves a strong Parliamentary Services Act (PSA) that is of grade A quality in five aspects:
- leadership
- administrative autonomy
- financial autonomy
- services provided to MPs and
- public accountability
to enable checks and balances on the executive and better quality in lawmaking and policymaking.
We call upon the “Madani” (civil and compassionate) government, the official opposition Perikatan Nasional (PN) and all MPs to bring about 11 necessary improvements to the PSA Bill tabled for first reading on 24 February, when it is tabled for second reading on 4 March for it to be of five-A quality.
While arrangements may be subsequently made through standing orders of the Houses or administrative orders, we see the superiority of having express provisions or guarantees in the PSA 2025 Bill for important matters such as:
- representation of opposition and the government backbench in the Parliamentary Service Council (MPP)
- placing all personnel or at least most departments under the PSA
- legislative appointments and tenure security for the clerks of the House of Representatives and the Senate
- financial autonomy for the MPP as well as
- the establishment of a parliamentary budget office and parliamentary draftsman’s office
Based on desk research on parliamentary service legislation in several Commonwealth democracies, including Malaysia’s PSA 1963 which was repealed in 1992, we constructed a five-criteria analytical framework with grades A-E to assess the PSA 2025 bill.
We fully recognise the limitations and subjectiveness of this analytical framework, as we can only study the parent acts and not by-laws or regulations, let alone the power dynamics in the parliaments studied.
Given the limited time from the announcement of the bill’s tabling, this is what is humanly possible for four NGOs to do, when the task should have been undertaken by a green paper, white paper or some detailed study by the parliamentary library and research service itself.
This attempt to facilitate an open-ended debate on the purposes, functions and design of the parliamentary service Malaysia needs is prompted by the government’s apparent intention for the bill to be constrained by the parameters of the PSA 1963 and to exclude a substantial part of the parliamentary officers from its coverage.
We cannot comprehend why such a self-restricting approach is undertaken by the Madani government, as parliaments in Commonwealth democracies like New Zealand, Australia, the UK and Canada have undergone bold reforms to produce professional and competent parliamentary services since or even before the 1992 repeal of the PSA 1963.
If the government would not adopt a 1963 strategy for economic development in 2025, why should it tie its hands to a 1963 design instead of benchmarking on international best practices in parliamentary reform?
Based on our yardstick, the PSA 2025 Bill yields only a composite grade of two Cs, two Ds and one E. This is doubtlessly progress compared to the five-E quality of the status quo since 1992 and almost equally matches the quality of the repealed PSA 1963.
However, the composite grade means that if this bill is passed, Parliament will still be largely under the influence of the executive, and not well-resourced and empowered to provide checks and balances and produce better laws and policies.
While gravely disappointed by the Madani government’s low ambition in the PSA 2025, we congratulate it for at least restoring the parliamentary service, an idea that had been deliberated since 2005 under the Abdullah Badawi government but was unable to be advanced by four successive governments before Madani.
The Madani government’s political will to push through this reform is commendable given that 70% of parliamentary civil servants expressed opposition to it in an earlier survey, as acknowledged by Parliamentary Opposition Leader Hamzah Zainudin on 27 February, which possibly resulted from inadequate briefings and information about the details of and alternatives to the PSA.
Objection to a new PSA has been driven by various motivations – from authoritarianism, territoriality to career paths. Regrettably, the legitimate concerns of some civil servants were not given the encouragement to be expressed openly to enable public deliberation towards win-win solutions.
This episode is yet another example of why the process of drafting bills must be substantially improved by organising adequate consultations with all stakeholders involved, acknowledging their concerns and obtaining their buy-in from early on.
On 4 March, when the PSA 2025 bill is tabled for a second reading, we call on the Madani government, the PN opposition and all 222 parliamentarians to take the necessary steps to ensure that the PSA is of five-A quality and worthy of its name.
Let’s use this opportunity to strengthen one of the vital democratic institutions in this country.
Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
Rasuah Busters
Note: The Parliamentary Services Act was passed on 5 March with several amendments.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme