Home Civil Society Voices Malaysia harus bantu Cuba dalam mengatasi pengepungan AS/ Malaysia should help Cuba...

Malaysia harus bantu Cuba dalam mengatasi pengepungan AS/ Malaysia should help Cuba overcome US siege

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kepada/to PM Anwar Ibrahim

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah, amat khuatir tentang sekatan oleh pihak Washington yang semakin ketat terhadap Cuba.

Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan sekatan bahan api ke atas Cuba sejak bulan Januari 2026, dengan mengancam untuk mengenakan tarif tambahan ke atas import ke AS dari negara-negara yang membekalkan minyak kepada Cuba secara langsung atau tidak langsung.

Pengenaan sekatan bahan api ini telah mendatangkan lebih banyak kesusahan kepada rakyat Cuba, yang sedang mengalami masalah kekurangan bahan api, gangguan elektrik, gangguan terhadap perkhidmatan asas dan sebagainya.

Sekatan yang lebih ketat ke atas Cuba merupakan percubaan terbaru kuasa imperialis AS untuk mencekik rakyat Cuba dengan niat untuk perubahan rejim di negara pulau itu.

AS telah mengenakan embargo ke atas Cuba selama lebih enam dekad, dan sentiasa cuba menghancurkan negara itu, kerana Cuba selepas revolusi 1959 sering dianggap sebagai ancaman kepada kepentingan imperialisme AS.

Cuba merupakan salah satu mangsa tindakan melulu dan pembuli imperialis AS terhadap negara-negara yang tidak sehaluan dengan kepentingannya.

Serangan haram ke atas Venezuela dan penculikan presiden bersama wanita pertama negara itu, dan perang yang zalim ke atas Iran, menunjukkan kepada dunia bahawa kuasa imperialis AS adalah ancaman sebenar kepada keamanan dunia dan kemanusiaan. Sementara itu, Cuba mewakili sebaliknya.

Penentangan rakyat Cuba yang revolusioner terhadap imperialisme AS, untuk melindungi kemerdekaan mereka, kedaulatan negara mereka, dan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, melambangkan perjuangan rakyat sedunia untuk pembebasan, keamanan berkekalan dan keadilan sosial.

Internasionalisme perubatan Cuba yang tiada tandingannya yang memberi manfaat kepada jutaan orang di seluruh Selatan Global, telah menjadi benteng penting untuk solidariti dan kemanusiaan seluruh dunia.

READ MORE:  How NYT analysed the strike on the Iranian school

Walaupun jarak geografi yang jauh, sejah Malaysia dan Cuba menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1975, kedua-dua negara telah membangunkan kerjasama yang erat dalam banyak bidang, misalnya kesihatan, pendidikan, kebudayaan dan diplomasi pelbagai hala.

Walaupun dikenakan embargo oleh AS, kerajaan Cuba pernah menyediakan biasiswa penuh kepada pelajar perubatan Malaysia untuk belajar di Pusat Pengajian Perubatan Amerika Latin (Elam) di Havana.

Ini masanya untuk Malaysia, kawan karib Cuba, untuk menunjukkan solidariti secara konkrit dengan Cuba. Cuba telah banyak membantu; ini masanya untuk membantu balik Cuba.

Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk:

  • Menghantar kapal minyak Malaysia ke Cuba untuk membantu dalam mengatasi kekurangan bahan api di negara itu
  • Mengemukakan resolusi di PBB untuk menuntut penamatan sekatan bahan api dan embargo AS selama enam dekad ke atas Cuba
  • Menggerakkan bantuan kemanusiaan antarabangsa kepada Cuba melalui PBB
  • Boikot perusahaan senjata AS
  • Tarik diri segera daripada Perjanjian Timbal Balas Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika Syarikat (ART)
  • Mengusir duta AS ke Malaysia dan memanggil balik duta Malaysia ke AS sehingga AS menghentikan perangnya ke atas Iran dan langkah-langkah paksaan sehala terhadap negara-negara seperti Cuba. 

English version

Malaysia should help Cuba overcome US siege: Let Cuba live!

We, the undersigned organisations, are deeply concerned over Washington’s tightening blockade on Cuba. 

The United States has imposed a fuel blockade on Cuba since January 2026, by threatening additional tariffs on imports into the US from countries that directly or indirectly supply oil to Cuba.

The imposition of a fuel blockade has caused more hardship to the people of Cuba, who are experiencing a shortage of fuel, electrical blackouts and disruption of basic services.

READ MORE:  Epstein new revelations: One big dirty club

The tightening blockade on Cuba is the latest attempt by the imperialist US to suffocate the people of Cuba with the aim of regime change in the island country.

The US has maintained an embargo on Cuba for over six decades and consistently tried to crush the country, because Cuba after the revolution of 1959 is always seen as a threat to the interests of US imperialism.

Cuba is one of the victims of reckless and bullying actions by the imperialist US towards nations that do not align with its interests.

The illegal attack on Venezuela and the kidnapping of its president together with the first lady, and the brutal war on Iran, show the world that the imperialist US is the real threat to world peace and humanity – whereas Cuba represents the opposite.

The resistance of revolutionary Cuban people against US imperialism, to preserve their independence, the sovereignty of their country, and their right to self-determination, represents the struggle of the people worldwide for emancipation, sustainable peace and social justice.

The unparalleled Cuban medical internationalism that benefited millions of people across the Global South, has served as the bastion for solidarity and humanity worldwide.

Despite the geographical distance, since Malaysia and Cuba established diplomatic relations in 1975, both countries have forged close cooperation in many areas, eg healthcare, education, culture and multilateral diplomacy.

Although being embargoed by the US, the Cuban government has provided full scholarships to Malaysian medical students to study at the Latin American School of Medicine (Elam) in Havana.

READ MORE:  Trump comes to Beijing with hat in hand and leaves with a handshake from Xi Jinping

This is the time for Malaysia, a close friend of Cuba, to show solidarity in concrete terms with Cuba. Cuba has helped many; this is the time to help Cuba back.

We call upon the government of Malaysia to:

  • Send Malaysian oil tankers to Cuba to alleviate the shortage of fuel in the country
  • Initiate a resolution in the United Nations to demand an end to the fuel blockade and the six-decade-long US embargo on Cuba
  • Coordinate international humanitarian aid through the UN
  • Boycott the US arms industry
  • Withdraw immediately from the Malaysia-US Agreement on Reciprocal Trade (ART) [Malaysia has already said the agreement is now null and void.]
  • Expel the US ambassador to Malaysia and recall the Malaysian ambassador to the US until the US stops its war on Iran and its unilateral coercive measures against countries like Cuba

Endorsed by:

  1. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  2. Pemuda Sosialis
  3. Aliran
  4. Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi)
  5. Citizens’ Health Initiative
  6. Citizens International
  7. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  8. Diversity Inclusivity Equity Malaysia (DIEM)
  9. Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
  10. Gabungan Marhaen
  11. Gega
  12. Institut Kajian Dasar
  13. Islamic Renaissance Front
  14. Mandiri
  15. Parti Orang Asli Malaysia (Asli)
  16. Persatuan Pengguna Luar Bandar & Ekologi Malaysia (Rural Malaysia)
  17. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  18. Sekretariat Solidariti Palestin
  19. Third World Network
  20. Sahabat Alam Malaysia
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x