Home Civil Society Voices Malaysia mencantas angka banduan akhir, tetapi hukum mati kesalahan berkaitan dadah masih...

Malaysia mencantas angka banduan akhir, tetapi hukum mati kesalahan berkaitan dadah masih membimbangkan (Malay/English)

AMNESTYUSA.ORG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Malaysia mencapai kemajuan yang ketara pada tahun 2024 dengan mengurangkan secara drastik jumlah banduan akhir susulan pemansuhan hukuman mati mandatori.

Namun, pelaksanaan hukuman mati yang berterusan – termasuk bagi kesalahan berkaitan dadah – masih menjadi kebimbangan yang serius, kata Amnesty International Malaysia pada 9 April, ketika ia melancarkan laporan tahunannya mengenai penggunaan hukuman mati secara global, bertajuk “Hukuman Mati dan Pelaksanaan Hukuman 2024”.

Menurut laporan tersebut, jumlah pelaksanaan hukuman mati di peringkat global melonjak ke tahap tertinggi sejak 2015, dengan 1,518 pelaksanaan direkodkan di 15 negara tahun lepas.
Pada masa yang sama, bilangan negara yang melaksanakan hukuman mati mencapai rekod terendah untuk tahun kedua berturut-turut – menunjukkan bagaimana sebahagian besar dunia telah menjauhi hukuman mati, manakala hanya segelintir negara yang terus menggunakan hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan ini.

Rantau Asia-Pasifik kekal sebagai rantau dengan jumlah pelaksanaan hukuman mati tertinggi di dunia, walaupun angka rasmi tidak merangkumi beribu-ribu hukuman mati yang dipercayai berlaku di China, Korea Utara dan Vietnam -negara-negara yang terus menyelubungi penggunaan hukuman mati dengan berselindung di sebalik ‘rahsia negara’.

Kedudukan Malaysia di peringkat global

Malaysia tidak melaksanakan hukuman mati sejak 2018, tetapi tanpa pemansuhan sepenuhnya, ia kekal dalam kalangan 54 negara yang masih mengekalkan penggunaannya – menghalangnya daripada menyertai majoriti global 145 negara yang telah memansuhkan hukuman mati sama ada dalam undang-undang atau amalan.

Ia juga merupakan satu daripada hanya 13 negara yang diketahui telah menjatuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah walaupun kesalahan berkaitan dadah tidak memenuhi ambang “jenayah paling serius” yang mana penggunaan hukuman mati mesti dihadkan di bawah undang-undang dan piawaian antarabangsa.

“Malaysia mesti memilih untuk mencatat sejarah yang boleh dibanggakan – dan ini bermakna mengambil langkah seterusnya ke arah pemansuhan sepenuhnya hukuman mati,” kata Vilasini Vijandran, pengarah eksekutif interim Amnesty International Malaysia.

“Walaupun moratorium pelaksanaan hukuman mati sejak 2018 dan pemansuhan hukuman mati mandatori pada 2023 adalah langkah penting ke hadapan, hakikatnya hukuman mati masih tetap dijatuhkan – ia membimbangkan dengan 38% daripada hukuman mati yang baru dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah untuk kesalahan berkaitan dadah.

“Ini adalah tidak sah di sisi undang-undang dan piawaian antarabangsa. Perkata ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap komitmen Malaysia terhadap hak asasi manusia dan pematuhan kepada piawaian hak asasi manusia antarabangsa,” tambah beliau.

Laporan Amnesty International mengiktiraf kemajuan Malaysia pada 2024, dengan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan meringankan lebih daripada 1,000 hukuman mati – melalui kedua-dua bidang kuasa sementara Mahkamah Persekutuan dan bidang kuasa biasa mahkamah Malaysia.

Walau bagaimanapun, kemajuan ini telah terjejas oleh pelaksanaan hukuman mati baharu yang berterusan, dengan 24 hukuman mati baharu direkodkan di hadapan Mahkamah Tinggi dalam tahun yang sama (termasuk sembilan bagi kesalahan berkaitan dadah).

Hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah

Yang membimbangkan, semua hukuman mati baharu berkaitan dadah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

READ MORE:  Hidden death penalty: Malaysian drug offenders bound to life imprisonment amid legal oversight

Sebaliknya, tiada satu pun daripada 43 hukuman mati yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan berikutan semakan 860 permohonan di bawah bidang kuasa sementara Mahkamah Persekutuan melibatkan kesalahan berkaitan dadah.

Perbezaan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kebergantungan berterusan terhadap hukuman mati oleh mahkamah rendah yang hanya boleh diselesaikan dengan pemansuhan sepenuhnya hukuman mati dalam undang-undang.

“Kemajuan Malaysia kekal tercemar selagi mahkamah terus menjatuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah – suatu tindakan yang melanggar undang-undang hak asasi manusia antarabangsa,” kata Vilasini Vijandran.

“Jika Malaysia serius untuk menjadi peneraju dalam reformasi hak asasi manusia di rantau ini, langkah seterusnya adalah jelas: mansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah sebagai langkah seterusnya ke arah pemansuhan sepenuhnya.”

Langkah seterusnya

Malaysia secara konsisten menyuarakan bantahan terhadap hukuman mati di pentas global, mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa moratorium terhadap penggunaan hukuman mati dengan tujuan untuk memansuhkannya – termasuk pada Disember tahun lalu, apabila rekod dua-pertiga negara anggota PBB menyokong resolusi tersebut.

Namun, kedudukan ini dilemahkan oleh ketidakbertindakan di dalam negara. Walaupun kerajaan memberi isyarat sokongan untuk langkah-langkah menuju pemansuhan di peringkat antarabangsa, ia masih belum melaksanakan pembaharuan legislatif dan sistemik yang diperlukan untuk menyelaraskan undang-undang Malaysia dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Nasib lebih 140 banduan akhir di Malaysia masih tidak pasti. Sifat proses pengampunan yang legap dan rahsia hanya menambahkan kebimbangan, menyebabkan mereka yang dihukum mati – dan keluarga mereka – dalam keadaan kebimbangan dan ketidakpastian yang berpanjangan.

Memandangkan Malaysia berada di persimpangan jalan yang penting, keperluan untuk tindakan tegas bagi meringankan hukuman mati mereka tidak pernah lebih mendesak.

Tambahan pula, rakyat Malaysia terus menghadapi hukuman mati di luar negara, termasuk di Singapura, dengan beberapa keluarga mereka yang mengeluh mengenai kurangnya campur tangan bermakna oleh kerajaan Malaysia.

“Jika Malaysia ingin menjadi suara yang boleh dipercayai dalam menentang hukuman mati – bukan hanya dalam forum diplomatik tetapi juga dalam amalan – ia mesti memimpin melalui teladan,” kata Vilasini Vijandran. “Sebagai pengerusi Asean, memansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah akan menjadi duluan yang kuat di rantau ini.

“Ia juga akan mengukuhkan keupayaan Malaysia untuk menyokong rakyatnya sendiri yang berdepan dengan hukuman mati di luar negara sebaik sahaja komitmen dasar luarnya disokong oleh pembaharuan yang nyata dan berkekalan di negara sendiri.”

Kini adalah masa untuk Malaysia mengambil langkah seterusnya yang telah lama tertangguh ke arah memansuhkan sepenuhnya hukuman mati; mansuhkan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah – sebelum lebih banyak nyawa terkorban akibat hukuman yang tiada tempatnya dalam masyarakat yang adil dan berperikemanusiaan. – Amnesty Malaysia

English version

Malaysia slashes death row numbers, but persistence of drug-related death sentences remains alarming

Malaysia made significant progress in 2024 by drastically reducing its death row population following the repeal of the mandatory death penalty.

READ MORE:  Malaysia's progress in death penalty reform and indefinite juvenile detention

But the continued imposition of death sentences – including for drug-related offences – remains a grave concern, Amnesty International Malaysia said on 9 April, as it launched its annual report on the global use of the death penalty, entitled “Death Sentences and Executions 2024”.

According to the report, global executions surged to their highest level since 2015, with 1,518 executions being recorded across 15 countries last year.

At the same time, the number of countries carrying out executions reached a record low for the second consecutive year – demonstrating how most of the world has moved away from the death penalty, while only a handful of countries continue resorting to the use of this cruel and inhumane punishment.

The Asia-Pacific region remains the region with the highest number of executions in the world, though official figures do not account for thousands of executions believed to have taken place in China, North Korea and Vietnam -countries that continue to shroud their use of the death penalty under the guise of ‘state secrecy’.

Where does Malaysia stand globally?

Malaysia has not carried out executions since 2018, but without full abolition, it remains among the 54 retentionist countries – preventing it from joining the global majority of 145 countries that have abolished the death penalty in law or practice.

It was also one of only 13 countries known to have imposed death sentences for drug-related offences although drug-related offences do not meet the threshold of the “most serious crimes” to which the use of the death penalty must be restricted under international law and standards.

“Malaysia must choose to be on the right side of history – and that means taking the next step toward full abolition of the death penalty,” said Vilasini Vijandran, the interim executive director of Amnesty International Malaysia.

“While the moratorium on executions since 2018 and the abolition of the mandatory death penalty in 2023 were important steps forward, the fact remains that death sentences are still being handed down – with an alarming 38% of newly imposed death sentences by the High Courts being for drug-related offences.

“This is unlawful under international law and standards. This raises serious concerns about Malaysia’s commitment to human rights and adherence to international human rights standards,” she added

Amnesty International’s report acknowledges Malaysia’s progress in 2024, with the Federal Court and Court of Appeal commuting more than 1,000 death sentences – through both the Federal Court’s temporary jurisdiction and the ordinary jurisdiction of the Malaysian courts.

However, this progress has been undermined by the continued imposition of new death sentences, with 24 new death sentences recorded before the High Courts in the same year alone (including nine for drug-related offences).

Death for drug-related offences

Alarmingly, all the newly imposed drug-related death sentences came from high courts.

READ MORE:  Kerajaan Malaysia harus pohon Singapura tangguhkan hukuman mati Pannir Selvam

On the other hand, none of the 43 death sentences upheld by the Federal Court following the review of 860 applications under the temporary jurisdiction of The Federal Court were for drug-related offences.

This contrast raises concerns about the continued reliance on the death penalty by the lower courts which can only be resolved with the complete abolition of the death penalty in law.

“Malaysia’s progress remains tainted while courts continue sentencing people to death for drug-related offences – an act that violates international human rights law,” said Vilasini Vijandran.

“If Malaysia is serious about becoming a leader for human rights reform in the region, the next step is clear: abolish the death penalty for drug-related offences as the next step towards full abolition.”

Next steps for Malaysia

Malaysia has consistently voiced its opposition to the death penalty on the global stage, voting in favour of the UN General Assembly’s resolution calling for a moratorium on the use of the death penalty with a view to its abolition -including in December last year, when a record two-thirds of UN member states backed the resolution.

Yet, this position is undermined by inaction at home. While the government signals support for steps towards abolition internationally, it has yet to enact the necessary legislative and systemic reforms to align Malaysia’s laws with international human rights standards.

The fate of more than 140 individuals currently on death row in Malaysia remains uncertain. The opaque and secretive nature of the pardons process only deepens concerns, leaving those on death row – and their families – in a prolonged state of anxiety and uncertainty.

As Malaysia stands at pivotal crossroads, the need for decisive action to commute their death sentences has never been more urgent.

Further, Malaysian nationals continue to face execution abroad, including in Singapore, with some of their families lamenting the lack of meaningful intervention by the Malaysian government.

“If Malaysia is to be a credible voice against the death penalty – not just in diplomatic forums but in practice – it must lead by example,” said Vilasini Vijandran. “As the chair of Asean, abolishing the death penalty for drug-related offences would set a powerful precedent in the region.

“It would also considerably strengthen Malaysia’s ability to advocate for its own nationals facing execution overseas once its foreign policy commitments are supported by real and lasting reforms at home.”

Now is the time for Malaysia to take its long-overdue next step towards completely abolishing the death penalty; abolish the death penalty for drug related offences – before more lives are lost to a punishment that has no place in a just and humane society. – Amnesty Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x