Home Civil Society Voices Malaysia mesti kembali kepada rumah kos rendah dan sederhana rendah pasang siap...

Malaysia mesti kembali kepada rumah kos rendah dan sederhana rendah pasang siap (Malay/English)

Image: malaymailonline.com

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya kembali kepada pembinaan pangsapuri dan rumah kos rendah serta sederhana rendah menggunakan kaedah pasang siap.

Malaysia mengguna pakai sistem binaan pasang siap (juga dikenali sebagai prefab) pada akhir 1960-an dalam pembinaan rumah kos rendah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, menjadi negara pertama di Asia yang berbuat demikian.

Rumah pangsa Padang Tembak (Rifle Range), Kampung Melayu dan Noordin Street Ghaut di Pulau Pinang serta rumah pangsa Jalan Pekeliling di Kuala Lumpur adalah antara bangunan menggunakan kaedah pasang siap yang terawal di negara ini.

Walaupun terdapat masalah yang berkaitan dengan IBS [“industrialised building system”] seperti kos yang tinggi untuk membangunkan kemudahan pembuatan pada awalnya untuk pengeluaran komponen bangunan, ia boleh menjimatkan kos jika bangunan dihasilkan secara besar-besaran dan menyiapkan pembinaan dalam masa yang lebih singkat.

Memandangkan kelebihan ini, kaedah pasang siap akan membantu mengurangkan kos pangsapuri atau rumah pangsa kos rendah hingga sederhana. Kelebihan lain yang berbeza dalam mengguna pakai kaedah pasang siap ini adalah untuk mengurangkan pergantungan Malaysia kepada buruh asing dalam sektor pembinaan dan yang lebih penting komponen kilang adalah lebih konsisten dari segi kualiti.

Fleksibiliti reka bentuk bangunan pasang siap boleh berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor termasuk jenis sistem pasang siap yang digunakan, keupayaan pengilang dan keperluan reka bentuk khususnya.

Sekiranya pembinaan kaedah pasang siap boleh dicapai pada kos yang jauh lebih rendah, penjimatan itu boleh memanfaatkan pembeli rumah berpendapatan 40% terendah dan 40% pertengahan. Pada harga perumahan semasa, mereka terutamanya daripada kategori 40% terendah mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman bank dan ini mungkin menjadi faktor dalam rumah pangsa kos rendah tidak terjual.

Kami menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan dengan lebih serius untuk mengguna pakai sistem perumahan pasang siap yang akan memanfaatkan hampir semua orang dari segi kos pembinaan yang lebih rendah dan harga jualan, garis masa penghantaran yang dipercepatkan dan kualiti. – CAP

Mohideen Abdul Kader adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

English version

Malaysia must return to prefab low and low-medium cost homes

The Consumers Association of Penang (CAP) urges the government to revert to prefabricated low and low-medium cost flats and apartments.

Malaysia adopted a prefabricated building system (also known as prefab) in the late 1960s, building low-cost flats in Kuala Lumpur and Penang – the first Asian country to do so.

The Rifle Range, Kampung Melayu and Noordin Street Ghaut flats in Penang and the Pekeliling Road flats in Kuala Lumpur were among the earliest prefab buildings in the country.

Although there are problems related to IBS [“industrialised building system”] such as the high cost of initially developing manufacturing facilities for the production of the building components, it can be cost-effective if buildings are mass produced and if the construction is completed within a very much shorter time.

Given these advantages, prefabs will help to reduce the cost of low to medium-cost flats or apartments. Other distinct advantages of adopting prefabs are to wean Malaysia’s  off its dependence on foreign labour in the construction sector, and more importantly, factory-manufactured components are more consistent in quality.

The versatility of a prefab building’s design can vary depending on several factors, including the type of prefab system used, the manufacturer’s capabilities and its specific design requirements.

If the construction of prefabs can be achieved at a much lower cost, the savings can benefit the low and middle-income house buyers. At the current housing prices, those – particularly from the low-income category – may find difficulty in obtaining bank loans, and this may be a factor in the overhang of low-cost flats.

We urge the government to seriously consider adopting prefab housing systems that will benefit almost everyone in terms of lower construction costs and selling price, accelerated delivery timelines and [improved] quality.

Mohideen Abdul Kader is the president of Consumers Association of Penang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x