NGO telah memahami keadaan setempat dan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan para penduduk yang terlibat, ujar WH Cheng.
Kami merujuk kepada siaran media yang dipaparkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai “tuntutan hak eksklusif” Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengumpul, mengatur, menyelaras dan mengedarkan bekalan bantuan makanan kepada para penduduk setempat yang memerlukannya.
Kami ingin mempersoal langkah kementerian dan JKM yang menyarankan agar semua bekalan bantuan daripada semua pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan hendaklah disalurkan kepada pihak mereka untuk mengumpul dan menyelaras sebelum ianya diedarkan kepada para penduduk setempat yang amat memerlukannya.
Adakah mereka mempunyai bilangan kakitangan, sumber pengangkutan dan logistik mencukupi yang diperlukan bagi menlaksanakan pengedaran tersebut secara persendirian?
Adakah mereka telah mrenyediakan kawasan dan tempat yang khusus untuk menerima, menyelia, mengumpul, menyelaras dan melaksanakan pengedaran tersebut secara berkesan?
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Setahu kami, keadaan di JKM sekarang seolah-olah mereka masih belum lagi bersedia untuk menghadapi keadaan sedemikian tanpa bantuan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Apa yang kami dapat maklum sehingga ke hari ini adalah NGO-NGO yang sedang menyelaras segala bentuk bantuan makanan kepada para penduduk yang memerlukannya di dalam keadaan sekarang sudah dapat mengenalpasti dan jelas dengan keadaan kawasan-kawasan yang memerlukan bekalan makanan serta pengedaran tersebut sedang dilaksanakan dengan teratur dengan adanya bantuan daripada pihak polis, Rela dan Pertahanan Awam.
Ini bermakna, rantaian pembekalan makanan tersebut jelas telah disusun, diatur dan dilaksanakan secara teratur di kebanyakan kawasan-kawasan yang memerlukannya, dan tindakan JKM dan kementerian tersebut yang berkehendakkan penglibatannya secara langsung akan mengakibatkan keadaan tersebut menjadi tergendala, tidak teratur, kelam kabut berikutan rombakan yang bakal berlaku terhadap struktur pengumpulan, penyelarasan dan pengagihan yang sedia ada.
Campurtangan pihak JKM dan kementerian di saat-saat yang genting sekarang adalah tidak wajar memandangkan rantaian pembekalan tersebut telah disusun dan dilaksanakan secara teratur dan efisien di mana kawasan-kawasan yang terlibat telah dikenalpasti keperluan mereka, dan NGO-NGO ini telah memahami keadaan setempat dan sedang berhubung dan bekerjasama rapat dengan para penduduk yang terlibat.
Oleh itu, kami berharap pihak JKM dan kementerian akur dengan keadaan yang telah dan sedang diurus dan dilaksanakan oleh NGO-NGO berkenaan di masa kini dan tidak campurtangan di dalam pengurusan rantaian pembekalan yang telah disusun dengan berkesan agar para penduduk di kawasan yang terlibat mendapatkan bekalan makanan mereka seperti yang dijadualkan.
29 Mac 2020
Sumber: g-socialaffairs.blogspot.com
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme