Mandiri mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan saudara Fadhil Kasim, Aliff Danial dan Sabir Syarifuddin susulan himpunan Gempur Rasuah Sabah
2.0.
Fadhi, Aliff, Sabir dan rakan-rakan lain dipanggil hadir ke ibu pejabat Polis Kepayan bagi tujuan siasatan forensik berhubung insiden simbah asid ke atas kenderaan mereka.
Namun tanpa sebarang penjelasan munasabah, mereka telah terus ditahan dan kini, ketiga-tiga mereka ditahan di bawah Akta Hasutan 1948. [Mereka kemudian dibebaskan.]
Ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak.
Akta lapuk warisan penjajah ini sepatutya dimansuhkan seperti mana yang dijanjikan dulu oleh pimpinan yang sudah berada di tampuk kekuasaan. Hakikatnya, akta ini terus digunakan untuk membungkam suara rakyat, termasuk mahasiswa yang lantang melawan rasuah.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lebih mengejutkan lagi, kami menerima maklumat bahawa berlaku kekasaran pihak polis terhadap tahanan masih berlaku di era pemerintahan Anwar Ibrahim.
Mandiri menuntut:
- Bebaskan aktivis mahasiswa dengan segera
- Hentikan sebarang bentuk kekerasan polis terhadap aktivis mahasiswa
- Mansuhkan serta-merta Akta Hasutan
“Madani” sedang melalukan kesilapan besar. Intimidasi begini tidak akan menakutkan mahasiswa, melainkan membuat api perlawanan dan semangat juang anak muda menjadi lebih kuat.
Makin ditekan, makin melawan.
Bebas Fadhil! Bebas Aliff! Bebas Sabir!
Wong KuKui ialah penyelaras projek Mandiri.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme