Liga Mahasiswa Malaysia mempersoalkan kegagalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Adam Adli dalam menunaikan janjinya untuk mengadakan ruang dialog terbuka bersama gerakan mahasiswa selewat-lewatnya pada bulan Mei yang lalu.
Ketiadaan sebarang perkembangan atau usaha susulan setelah lebih dua minggu memasuki bulan Jun membuktikan bahawa komitmen tersebut hanyalah retorik politik bagi meredakan tekanan dan kemarahan mahasiswa.
Kami melihat bahawa Adam tidak berani berhadapan secara terbuka dengan gerakan mahasiswa; sebaliknya, cuba mewujudkan persepsi palsu bahawa kerajaan sedang mendengar aspirasi mahasiswa.
Liga Mahasiswa Malaysia juga memandang serius tindakan mengenakan prosiding Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) terhadap dua orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Fida’ dan Qayyum, hanya kerana membangkitkan isu rasuah yang berlaku di Sabah.
Lebih membimbangkan juga apabila didakwa bahawa setiausaha sulit kanan menteri pendidikan tinggi telah membuat satu laporan polis terhadap Brendon Gan, mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terkait satu hantaran berkaitan Auku selepas pertemuan bersama Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Kadir.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Situasi ini jelas menggambarkan bahawa kementerian semakin bacul dan cuba melarikan diri daripada berhadapan mahasiswa dengan meletakkan instrumen undang-undang sebagai alat kawalan untuk terus mengekang kemarahan dan tekanan mahasiswa.
Liga Mahasiswa Malaysia mengecam tindakan kerajaan “Madani” yang masih menggunakan undang-undang lapuk terhadap mahasiswa dan menuntut untuk menghentikan segala prosiding dan siasatan terhadap mahasiswa.
Kami menyeru seluruh gerakan mahasiswa untuk terus bersama-sama mengekalkan kekuatan solidariti dan terus mengangkat isu mahasiswa, rakyat dan nasional selari dengan kepercayaan kita terhadap kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa. – Liga Mahasiswa Malaysia, 16 Jun
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










