Mansuh ISA bukan pinda

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenal dengan nama ISA harus hendak dimansuhkan, bukannya dipinda. Inilah pendirian Parti Rakyat Malaysia (PRM) terhadap ISA semenjak ISA diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1960. Pada 1 Ogos 2010, ISA  genap dilaksanakan selama 50 tahun. Pelaksanaan ISA sendirinya  sudah memperlihatkan warna sebenar ISA.

 

Jika seseorang memandang balik ke masa perdebatan dan hujah-hujah perkenalan ISA pada 1960, adalah amat nyata ISA adalah untuk menangani perjuangan bersenjata komunis. Oleh sebab kerajaan Barisan Nasional telah menandatangani perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya pada 1989, dan Parti Komunis Malaya telah menghentikan perjuangan bersenjatanya, ISA sepatutnya sudah hilang sebab musabab dan asas untuk terus wujud.

Akan tetapi, Kerajaan Barisan Nasional tidak ada niat untuk memansuhkan ISA. Sebaliknya, kerajaan Barisan mengemukakan pelbagai dalih untuk menjustifikasikan perlunya ISA supaya kewujudannya disambung-pakai walaupun 50 tahun penggunaan ISA oleh kerajaan Barisan telah menceritakan semuanya iaitu undang-undang boleh menahan seseorang tanpa pembicaraan itu sudah tanpa segan-silu dan terang-terangan disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya dan ISA adalah bertentangan dengan  semangat pemerintahan undang-undang (rule of law).

PRM adalah satu-satu party dengan pendirian konsisten atau tidak berubah-ubah menentang habis-habisan pelaksanaan ISA. Oleh itu, adalah tidak hairanlah dalam masa 50 tahun pelaksanaan ISA, beribu-ribu anggota PRM daripada presiden nasional ke lapisan akar umbi menjadi mangsa kezaliman utama ISA.

Pemimpin-pemimpin nasional PRM seperti Allahyarham Ahmad Boestamam (Presiden, Ahli Parlimen), Tajuddin Kahar (Setiausaha Agung), Hasnul Hadi (Presiden Barisan Sosialis, Pengerusi Majlis Perbandaran Melaka yang dipilih oleh pengundi), dan mendiang Karam Singh (ahli Parlimen), Sivasubramaniam (Adun), dan Tan Hock Heng (Adun) meringkuk bertahun-tahun dalam kem-kem tahanan, antara contohnya Tan Hock Heng  telah ditahan selama 16 tahun dan dibebaskan tanpa syarat). Bahkan kebanyakan anggota PRM sekarang seperti Pemangku Presiden Ariffin Salimon, Naib Presiden S K Song, Setiausaha Agung Koh Swe Yong dan Bendahari Teh Soon Ming juga  menghabiskan masa hidup yang terbaik dalam kem tahanan.

READ MORE:  Kerajaan kena minta maaf? Dua bekas tahanan Operasi Lalang bersuara

Oleh itu, PRM mendesak supaya kerajaan Barisan di bawah kepimpinan Najib Razak memansuhkan  dan bukan membuat pindaan kepada ISA, dan juga undang-undang boleh menahan tanpa pembicaraan lain. Dengan berbuat demikian, kerajaan Barisan boleh menunjukkan amalan bikin serupa cakap dan memperlihatkan kesungguhan dan betul-betul komited  pada usaha  mentransformasi Malaysia kepada negara yang maju dan demokratik.

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
PRM

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x