Home Civil Society Voices Masa untuk membangunkan semula Malaysia (Malay/English)

Masa untuk membangunkan semula Malaysia (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW} Sempena ulangtahun pembentukan Malaysia yang ke-57, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyeru semua rakyat Malaysi termasuk pemimpin politik, mengambil detik sosial, ekonomi dan politik mencabar ini untuk melangkau lebih jauh daripada hanya memulihkan negara kepada keadaan sebelum koronavirus, tetapi untuk berani memikirkan dan mengimpikan membangunkan semula Malaysia agar kita akan muncul dengan lebih kukuh dan berperanan dengan lebih baik di pentas global.

Hanya tiga bulan memasuki tahun 2020, Malaysia menyaksikan dua bencana yang berlaku hampir serentak iaitu pandemik koronavirus dan rampasan kuasa yang menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Kocakan daripada kejadian ini masih membinasakan ekonomi, dan huru-hara politik yang menimpa kita masih tidak nampak jalan keluarnya.

Ketika kepemimpinan dan kehendak politik diperlukan untuk menyelamatkan ekonomi serta mengembalikan harapan dan keyakinan, kita dihidangkan dengan lebih banyak muslihat politik dan perebutan kuasa, yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan negeri, perbicaraan mengenai rampasan semula kuasa, pilihan raya umum kilat dan kini, pilihan raya negeri Sabah.

Bersih 2.0 menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengutamakan kepentingan Malaysia di atas politik kepartian dan membuat rundingan persetujuan dengan parti lawannya untuk mengembalikan kestabilan politik dengan mereformasi beberapa institusi dan undang-undang utama, yang kelemahannya adalah punca kepada permasalahan yang tidak pernah berakhir ini.

Bersih 2.0 telah bersama-sama mengeluarkan pernyataan dengan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pada 10 Jun 2020 bagi memperincikan reformasi utama ini.

Untuk menggapai reformasi ini, kepemimpinan politik dari semua parti diperlukan kerana mungkin memerlukan pindaan perlembagaan. Bersih 2.0 mendesak agar persetujuan dwipartisan dicapai supaya institusi utama kita dapat diperkasakan dan keyakinan terhadap demokrasi kita segera dipulihkan.

Secara tuntas, perkara tersebut adalah:

  • Kesetaraan di sisi undang-undang dengan menamatkan imuniti dari didakwa dan pendakwaan terpilih dengan pereformasian kehakiman dan Jabatan Peguam Negara. Kedaultan undang-undang bukan sahaja perlu ditegakkan malah perlu dilihat ditegakkan
  • Peranan yang lebih konstruktif untuk pembangkang dan ahli parlimen bangku belakang kerajaan (government backbenchers) dengan mengiktiraf kabinet bayangan pembangkang dan memberi lebih ruang terhadap jawatankuasa pilihan khas parlimen untuk memainkan peranan yang berkesan sebagai semak dan imbang kepada cabang eksekutif
  • Reformasi pendanaan politik yang komprehensif dengan tidak membenarkan wakil rakyat yang dipilih untuk memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan, menyediakan dana awam untuk parti politik, dan peruntukan yang saksama kepada semua wakil rakyat yang dipilih
  • Mencegah lompatan wakil rakyat yang dipilih dengan menggubal pilihan raya pecat wakil rakyat yang akan memperkasakan pengundi untuk membuang atau mengekalkan wakil rakyat mereka sekiranya melompat parti
  • Meninjau semula pembahagian kuasa antara persekutuan-negeri-kerajaan tempatan berdasarkan tetapi tidak terhad kepada terma dan semangat Perjanjian Malaysia 1963 supaya semua negeri dan wilayah persekutuan akan mempunyai kuasa setara dengan status sejarah dalam Persekutuan Malaysia
  • Reformasi pilihan raya dan perwakilan politik untuk mempromosikan politik pelbagai parti yang sihat. Hal ini termasuklah sistem pilihan raya, persempadanan, demokrasi intra-parti, pemilihan calon, pendaftaran pengundi, penjalanan pilihan raya dan akses media
READ MORE:  A Malaysia Day poem

Tanpa reformasi ini, kestabilan politik akan menjadi kelaziman baharu dan harapan untuk membangunkan semula ekonomi Malaysia yang terkesan teruk dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem politik dan demokrasi akan menjadi lebih sukar.

Sedang kita memuhasabah 57 tahun kenegaraan kita, rakyat Malaysia – tanpa mengenal etnik, kepercayaan dan latar belakang sosial – mesti berdiri tegas melawan segala tekanan yang ingin memecahbelahkan perpaduan, dan kita perlu lebih aktif untuk mencari titik persamaan bagi membina negara ini. Tidak ada negara yang berpecah dari dalam dapat menghadapi beban cabaran yang sama yang sedang kita pikul bersama ini.

Bersih 2.0 mengucapkan selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Kami sentiasa berdiri bersolidarti dengan semua pihak yang terkesan dengan kejatuhan ekonomi dan mereka yang haknya sedang dinafikan.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Time to not only restore but to rebuild Malaysia

On this 57th anniversary of the formation of Malaysia, the Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) calls on all Malaysians, including our political leaders, to seize this moment of unprecedented economic, political and social challenges to go beyond restoring our nation to pre-coronavirus status but to think and dream boldly to rebuilt our nation so that we would emerge stronger and better placed to play our part on the global stage.

Three months into 2020, Malaysia witnessed two cataclysmic events that happened almost simultaneously: the global coronavirus pandemic and the political coup that toppled a democratically elected government. The ripples from these events are still wreaking economic distress and political chaos on us with no end in sight.

READ MORE:  Putrajaya must set right 60-year surly solidarity with Sabah and Sarawak

At a time when political will and leadership is needed to salvage our economy and restore hope and confidence, we are served with more political machinations and power struggles, resulting in the collapses of state governments, talk of counter- coups, a snap general election and now, the Sabah state election.

Bersih 2.0 calls on Prime Minister Muhyiddin Yassin to prioritise the interests of Malaysia above partisan politics and negotiate an inter-party agreement with his opponents to restore political stability by reforming some key institutions and laws whose weaknesses are the root causes of the never-ending machinations.

Bersih 2.0 had jointly issued a statement with Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) and Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) on 10 June 2020 detailing these key reforms.

To achieve these reforms, political leadership from all parties is needed as constitutional amendments may be required. Bersih 2.0 urges bipartisanship so that our key institutions can be strengthened and confidence in our democracy restored.

In summary, they are:

  • Equality before the law by ending selective prosecution or immunity from prosecution by reforming both the judiciary and Attorney General’s Chamber. The rule of law must not only be upheld but seen to be upheld
  • Constructive roles for Opposition and government backbenchers by recognising the Opposition’s shadow cabinet and allowing parligamentary select committees to play an effective role as a check and balance on the executive
  • Comprehensive political financing reform by disallowing elected representatives from holding positions in government-linked companies, providing public funding of political parties and granting equal allocations for all elected representatives
  • Deterring crossovers of elected representatives by enacting a recall election law that would empower voters to sack or reaffirm their own representatives if they defect
  • Reviewing the federal-state-local division of power based on but not limited to the terms and spirit of the Malaysia Agreement 1963 so that all states and federal territories will have powers commensurate to their historical positions in the Federation of Malaysia
  • Reform of electoral and representative politics to promote healthy multi-party politics. This would cover the electoral system, delimitation, intra-party democracy, candidacy selection, voter registration, the conduct of elections and media access.
READ MORE:  Malaysia at 60: What hope for a more inclusive nation?

Without these reforms, political instability will be the new norm, and the hope of rebuilding Malaysia’s devastated economy and restoring the people’s confidence in our political system and democracy will be made even more difficult than it already is.

As we reflect on 57 years of nationhood, Malaysians of all ethnic backgrounds, creeds and social backgrounds must stand resolute against all forces that would seek to divide us. We must actively find common ground to build this nation of ours. No nation divided against itself can withstand the many common challenges we are burdened with.

Bersih 2.0 wishes all Malaysians a happy Malaysia Day; we stand in solidarity with all those who are adversely affected by the economic downturn and whose full rights are still denied.

Bersih 2.0 steering committee

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x