
Suara Mahasiswa UMS mengecam sekeras-kerasnya pembaziran kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM4 juta untuk pembelian nombor plat ‘SMJ’, sedangkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terletak hanya 3km dari pusat pentadbiran negeri Sabah masih dibelenggu masalah bekalan air yang tidak berkesudahan.
Langkah kerajaan negeri Sabah ini dilihat tidak berperikemanusiaan, cukup ironi apabila kerajaan persekutuan membelanjakan sekitar RM5 juta ringgit untuk pembinaan telaga tiub di UMS, tetapi kerajaan negeri Sabah tergamak berbelanja mencecah RM4 juta hanya untuk nombor plat kereta.
Masalah air membelenggu warga UMS sejak bertahun lamanya, namun pembelian plat SMJ 1-9999 boleh berlaku dalam sekelip mata.
Adakah ini “Sabah Maju Jaya” yang dimaksudkan? Kerajaan negeri Sabah berbelanja mewah, tetapi mahasiswa di universiti menadah air hujan hanya untuk mendapatkan air bersih mereka.
Suara Mahasiswa UMS ingin menegaskan “Sabah Maju Jaya” atau SMJ hanyalah simbolik politik kerajaan negeri Sabah semata-mata.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Realitinya, derita rakyat Sabah masih berlarutan mengenai masalah asas seperti bekalan air bersih, jalanraya rosak, infra, peluang pekerjaan dan rasuah yang kian membarah.
Sayangi Sabah, tolak rasuah.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme