Home Civil Society Voices Masukkan ‘ketidakupayaan’ ke dalam Perlembagaan (Malay/English)

Masukkan ‘ketidakupayaan’ ke dalam Perlembagaan (Malay/English)

Treat people with disabilities with respect and compassion

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Badan Peguam Malaysia amat bimbang dengan situasi orang kurang upaya (OKU) yang masih didiskriminasikan.

OKU masih lagi berdepan dengan diskriminasi dalam bidang pendidikan, kesihatan, pekerjaan, perkhidmatan kewangan, kebolehcapaian fizikal dan digital, sukan dan penyertaan politik.

Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan larangan yang eksplisit mengenai diskriminasi terhadap ketidakupayaan. Perkara 8(2), antara lainnya, memperuntukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi atas alasan agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau jantina “kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan”.

Perkara 8 juga adalah dasar kepada hak asasi pendidikan yang diperuntukkan dalam Perkara 12(1) Perlembagaan Persekutuan, seperti berikut:

    1. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir –

(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Kurang Upaya (UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities) pada Julai 2010.

Sehingga kini (Mei 2024), setelah 14 tahun berlalu, Malaysia masih lagi belum mengharmonikan mana-mana undang-undang domestik dengan konvensyen ini. Ia mestilah dimulakan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Orang Kurang Upaya 2008, dan mestilah diteruskan dengan undang-undang lain yang meliputi semua aspek kehidupan setiap rakyat.

Perlembagaan Persekutuan – sebagai undang-undang tertinggi negara = haruslah diharmonikan dengan konvensyen ini. Perlembagaan Persekutuan seperti yang sedia ada tidak menyebut ketidakupayaan sebagai alasan untuk melarang diskriminasi, dan oleh itu ia adalah tidak selaras dengan konvensyen tersebut.

Kesimpulannya, ia tidak mendukung dan melindungi hak golongan yang lemah dan yang semakin berkembang ini. Setelah 67 tahun kita Merdeka, OKU masih terus diabaikan.

Berdasarkan anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2022, OKU membentuk 16% daripada populasi penduduk dunia. Setakat 29 Februari 2024, 2.1% daripada penduduk Malaysia adalah pemegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Malaysia telah menjadi negara menua dengan 11.3% daripada jumlah penduduknya telah berumur 60 tahun dan ke atas (Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan Suku Tahun ke-2, 2023.) Ini akan menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan OKU di Malaysia dalam masa terdekat ini.

Kegagalan mendukung undang-undang dan perlindungan sosial OKU di Malaysia adalah tidak konsisten dengan kewajipan antarabangsa negara kita yang terikat dari segi undang-undang di bawah konvensyen berkenaan.

OKU terus berdepan dengan undang-undang yang terangkum dengan sifat, polisi dan amalan yang berdiskriminasi; dan dipinggirkan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kesihatan, akses kepada barangan dan perkhidmatan (termasuklah barangan dan perkhidmatan kewangan), perumahan, kenderaan awam, kebolehcapaian dan komunikasi digital, dan sukan.

Dengan tidak memasukkan jaminan khusus kesaksamaan dan tiada diskriminasi atas sebab ketidakupayaan, Perlembagaan Persekutuan seperti yang sedia ada, meminggirkan golongan OKU. Ia melemahkan maruah dan kesaksamaan rakyat Malaysia yang kurang upaya.

READ MORE:  Adakah sambutan hari orang kurang upaya membawa sebarang faedah kepada komuniti tersebut? (Malay/English)

Konsep perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang bermaksud perlindungan yang efektif terhadap undang-undang yang mendiskriminasikan atas sebab ketidakupayaan.

Ini bermakna orang yang didiskriminasikan mestilah mempunyai remedi melalui undang-undang. Perlindungan sedemikian termasuklah peluang untuk mengisytiharkan undang-undang yang berdiskriminasi sebagai batal dan tidak sah.

Ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya jaminan kesaksamaan dan tiada diskriminasi atas sebab ketidakupayaan dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan itu, mana-mana rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mencabar Perlembagaan di mahkamah.

Badan Peguam Malaysia oleh itu, menyeru kerajaan untuk dengan segera meminda Perkara 8(2) dan 12(1) Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan bahawa ia memberikan perlindungan hak yang eksplisit kepada OKU. Cadangan pindaan (seperti yang digariskan dan ditebalkan) adalah untuk memasukkan perkataan “ketidakupayaan” ke dalam Perkara 8(2) dan 12(1), seperti berikut:

Kesamarataan

    1. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir, ketidakupayaan atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Hak berkenaan dengan pendidikan

    1. (1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, ketidakupayaanatau tempat lahir –

(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau

(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).

Cadangan pindaan ini akan membuka jalan kepada Malaysia untuk mengharmonikan undang-undang domestik dengan konvenysen PBB yang telah lama terlewat.

Untuk memastikan pindaan undang-undang yang penting ini dilaksanakan, Majlis Peguam telah menubuhkan jawatankuasa ad hoc orang kurang upaya (ad hoc committee on persons with disabilities) dan melantik Meera Samanther dan Anit Kaur Randhawa sebagai pengerusi bersama.

Badan Peguam Malaysia komited untuk mendukung hak-hak OKU di negara ini. – Badan Peguam Malaysia

Mohamad Ezri Abdul Wahab ialah yang dipertua Peguam Malaysia.

English version (the definitive version)

The urgent need to include ‘disability’ in Malaysia’s Federal Constitution

The Malaysian Bar is deeply concerned that people with disabilities are still being discriminated against.

People with disabilities are still facing discrimination in education, health, employment, financial services, physical and digital accessibility, sports and political participation.

READ MORE:  Grab driver assault: Access to justice - a fundamental human right

Article 8(2) of the Federal Constitution does not provide explicit prohibition of discrimination against disability. Article 8(2), inter alia, provides that there shall be no discrimination on the basis of religion, race, descent, place of birth or gender “except as expressly authorised by the Constitution”.

Article 8 is also the basis of the fundamental right to education in Article 12(1) of the Constitution, as follows:

    1. (1) Without prejudice to the generality of Article 8, there shall be no discrimination against any citizen on the grounds only of religion, race, descent or place of birth –

(a) in the administration of any educational institution maintained by a public authority, and, in particular, the admission of pupils or students or the payment of fees; or

(b) in providing out of the funds of a public authority financial aid for the maintenance or education of pupils or students in any educational institution (whether or not maintained by a public authority and whether within or outside the Federation).

Malaysia ratified the UN Convention on the Rights of Persons with Disabilities in July 2010. To date (May 2024), 14 years have elapsed without Malaysia harmonising any domestic legislation with the convention.

Harmonisation must start with the Constitution and the Persons with Disabilities Act 2008, and must continue with other legislation covering all aspects of every citizen’s life.

The Constitution – as the supreme legislation of the nation – has to be harmonised with the convention. As it stands, the Constitution does not cite disability as a ground for prohibition of discrimination, and is thus not aligned with the convention.

In summary, it does not uphold and protect the rights of a vulnerable and growing section of society. For 67 years since Merdeka, people with disabilities have continuously been overlooked.

According to the 2022 World Health Organization’s estimate, people with disabilities are 16% of the population. As at 29 February 2024, 2.1% of the Malaysian population are holders of OKU [people with disabilities] cards issued by the Department of Social Welfare.

Malaysia has become an ageing nation, with 11.3% of the total population aged 60 and above (Department of Statistics, second quarter report, 2023). This would be a contributing factor to the increase in the number of people with disabilities in Malaysia in the near future.

Failure to uphold the rights and social protection of people with disabilities in Malaysia is inconsistent with the nation’s international legally binding obligations under the UN convention.

People with disabilities continue to face laws that embody discriminatory attitudes, policies and practices; and face marginalisation in education, employment, health, access to goods and services (including financial products and services), housing, public transport, digital accessibility and communications, and sports.

By omitting a specific guarantee of equality and non-discrimination on the basis of disability, the Constitution, as it stands, perpetuates marginalisation. That omission undermines the dignity and equality of Malaysians with disabilities.

READ MORE:  'Kami perlukan pemimpin OKU yang seiring bersama kami, bukan menentang suara kolektif kami' (Malay/English

The concept of equal protection of the law means effective protection against laws that discriminate on the basis of disability. This means that a person who is discriminated against must have a remedy through the law. Such protection includes the opportunity to have discriminatory legislation declared null and void.

This is only possible if the guarantee of equality and non-discrimination on the grounds of disability is included in the Constitution. With that, any Malaysian would have the right to file a constitutional challenge in court.

The Malaysian Bar therefore calls on the government to urgently amend Articles 8(2) and 12(1) of the Constitution to ensure that it accords explicit protection of rights to people with disabilities.

The proposed amendment (underlined and in bold) is to include the word “disability” in both Articles 8(2) and 12(1), as follows:

Equality

    1. (1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.

(2) Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth, disability or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.

Rights in respect of education

    1. (1) Without prejudice to the generality of Article 8, there shall be no discrimination against any citizen on the grounds only of religion, race, descent, disability or place of birth –

(a) in the administration of any educational institution maintained by a public authority, and, in particular, the admission of pupils or students or the payment of fees; or

(b) in providing out of the funds of a public authority financial aid for the maintenance or education of pupils or students in any educational institution (whether or not maintained by a public authority and whether within or outside the Federation).

The proposed amendments will pave the way for Malaysia’s long-overdue progress on harmonisation of domestic legislation with the UN convention.

To ensure these important legislative amendments are executed, the Bar Council has set up an ad hoc committee on persons with disabilities and appointed Meera Samanther and Anit Kaur Randhawa as its co-chairpersons.

The Malaysian Bar is committed to upholding the rights of people with disabilities in the nation. – Malaysian Bar

Mohamad Ezri Abdul Wahab is president of the Malaysian Bar.

This piece is reproduced from here and has been edited for style only.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x